ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Thursday, 28 November 2013

VIDEO SADIS !!! PENIAGA WANITA PENGSAN TERKEJUT DENGAN TINDAKAN YANG DIBUAT MPSP !!!


Percaya atau tidak, INILAH REALITI yang terpaksa kita TELAN walaupun pahit. Saya pun tak tahu di mana silap dan puncanya.

Pendedahan video ini dari SAHANAT BLOGGER sebenarnya bukan isu baru dalam penguatkuasaan undang-undang oleh pihak PBT. Nak salahkan pegawai-pegawai ini pun tidak adil sepenuhnya kerana mereka terikat kepada "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".

Bukan setakat di Penang, tetapi saya percaya hampir di seluruh negara. Pergilah lihat di bandar-bandar atau pekan yang majoritinya Cina sebagai pengusaha utama di kawasan tersebut. Habis jalan-jalan dan kawasan letak kereta dipenuhi meja-meja makan atau gerai-gerai jualan oleh peniaga-peniaga "TANPA SEBARANG TINDAKAN". Rasanya tak perlulah saya nak zoom satu-satu gambar atau kawasan yang berkaitan, rasanya perkara ini dah "TERANG LAGI BERSULUH".

Berbalik kepada posting ini, saya amat yakin dan percaya bahawa Guan Eng dan Jeff Ooi "kucing kurap" yang biadap sudah tentu tersenyum lebar melihat drama ini. Penguatkuasa melayu yang menurut arahan ini hanya menjalankan tugas merampas barangan peniaga yang dikatakan berniaga di kaki lima serta dikatakan tiada lesen.

Insiden ini berlaku baru baru ini di bandar Perda, Bukit Mertajam Pulau Pinang dimana pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bertindak dengan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit. Insiden ini menyebabkan peniaga wanita tersebut terus pitam kemungkinan akibat tertekan dan panik dengan yang diambil tersebut.

Seperti video dibawah, peniaga tersebut mempertikai mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sama terhadap penjaja kaum cina yg turut melakukan kesalahan serupa seperti di Jalan Raja Uda (Parlimen Guan Eng, Bagan) dan Pekan Lama Bukit Mertajam.

Anda sudaj tentu tahu jawapannya kan?

SUSPEK KES SAMUN MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI !!!



Satu kejadian samun telah berlaku pada 27/11/2013 @ 12.30pm di tepi jalan Kg Temin , Sungai Siput, Perak. 

Suspek merupakan 3 Lelaki Melayu telah menyamun seorang perempuan Melayu yang baru selesai mengutip duit amanah ikhtiar. Mangsa yang sedang memandu kereta proton saga BLM putih telah dihimpit kereta proton Wira yang dipandu suspek menyebabkan kereta mangsa berhenti.

Dua daripada Suspek yang berparang telah menyamun dan melarikan kereta mangsa setelah mangsa berjaya keluar dari kereta miliknya yang dirampas suspek. 


Kereta mangsa yang dilarikan suspek yang dinaiki 2 lelaki tadi kemudian telah bertembung dengan sebuah lori di selekoh kubur Kg Temin . Akibat kemalangan itu seorang suspek mati di tempat kejadian . Seorang lagi mati di hospital kerana cedera parah manakala rakan suspek yang memandu kereta proton Wira menghilangkan diri. 



MAHA SUCI ALLAH !!!
ALLAH bayar cash dalam kejadian ini. 

Jadikan ini renungan bersama.

Wednesday, 27 November 2013

KJ UMUM PERLANTIKAN 10 EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO PUSAT.


KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan pelantikan 10 ahli exco baharu sayap parti itu bagi penggal 2013-2015.

Pelantikan dibuat daripada calon-calon yang telah dipilih pada Pemilihan Pemuda UMNO bulan lalu.

Beliau mengumumkan demikian ketika mesyuarat pertama Exco Pergerakan Pemuda UMNO di sini petang ini.

Turut diumumkan adalah pelantikan pengerusi biro-biro pergerakan berkenaan dan Ketua-ketua serta Naib Pemuda UMNO negeri.

Berikut senarai penuh Exco Pemuda yang baharu, pegawai-pegawai, pengerusi biro dan Ketua serta Naib Ketua Pemuda UMNO negeri-negeri:

Penolong Setiausaha – DATUK MOHAMAD SAFRI AB. AZIZ

Penolong Bendahari – ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN

Ketua Penerangan – JAMAWI JAAFAR

Exco Lantikan – KAMAROL SALLEH

Exco Lantikan – SHEIKH AHMAD NAFIQ SHEIKH A. RAHMAN

Exco Lantikan – AZMIR YUZAIMI MOHD. YUNUS

Exco Lantikan – SHAHRIL SUFFIAN HAMDAN

Exco Lantikan – AR RAHMAN HUSSIN

Setiausaha Kerja Pemuda UMNO – MOHD. LASSIM BURHAN

Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional – ZAIDEL BAHARUDDIN

Biro Jawatankuasa Pengurusan – KHAIRUL AZWAN HARUN

Biro Penerangan – JAMAWI JAAFAR

Biro Pendidikan Tinggi – FATHUL BARI MAT JAHYA

Biro Pendidikan Politik dan Pidato – ARMIZAN MOHD. ALI

Biro BN dan 1Malaysia – MOHD. NAJIB MOHD. ISA

Biro Pendidikan Luar Negara – ONN HAFIZ GHAZI

Biro Keselamatan Awam – MUAMMAR GHADAFFI JAMAL HAAMALUDIN

Biru Hal Ehwal Bandar dan Perumahan – NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN

Biro Hubungan NGO – KHAIRUL FIRDAUS KHAN AKHBAR KHAN

Biro Pertanian dan Asas Tani – JEFFRI SALIM

Biro Perkadiran Politik – TENGKU ZUHRI TENGKU AZIZ

Biro Pekerja Muda – DAZMA SHAH DAUT @ DAUD

Biro Tugas Khas – SHAMSUL BAHARIN PUTRA AHMAD SHIBI

Biro Sukan – YUSMIZAN MD. YUNUS

Biro Antarabangsa – DATUK MOHAMED HAZALI ABU HASSAN

Biro Soal Etika – MOHD. ISKANDAR JAAFAR

Biro Kesatri Pemuda – ARMAN AZHA ABU HANIFAH

Biro Hal Ehwal Luar Bandar – ANUAR ABU MANAP

Biro Pelajaran – MOHD. RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

Biro Media Baru – IBDILILLAH ISHAK

Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – AZLAN ABDULLAH

Biro Agama – AZMIR YUZAIMI MOHD. YUNOS

Biro Aduan Komuniti – SHEIKH AHMAD NAFIQ SHEOKH A RAHMAN

Biro Keahlian dan Daftar Pemilih – KAMAROL SALLEH

Biro Professional Muda – SHAHRIL HAMDAN

Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup – MOHD. AR RAHMAN HUSSIN

Keseniaan & Kebudayaan : Sdr Jefri Salim

MISTERI DISEBALIK TRAGEDI KEMALANGAN LORI AISKRIM !!!


Santubong: Kemalangan membabitkan sebuah lori aiskrim di Jalan Santubong di sini, malam kelmarin, diselubungi misteri apabila pemandunya mendakwa cuba mengelak ‘seseorang’ yang tiba-tiba menyeberangi jalan sebelum kenderaan itu terbabas lalu melanggar sebatang pokok.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 8 malam ketika lori dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dalam perjalanan dari Bintawa menuju ke pusat bandar raya Kuching sebelum dikejutkan dengan insiden itu.

Sumber berkata, mangsa memberitahu dia menyangka penduduk kampung berdekatan melintas jalan menyebabkan dia cuba mengelak daripada melanggarnya menyebabkan kenderaan itu terbabas lalu merempuh pokok di tepi jalan.

“Sebaik kemalangan itu, mangsa melihat tiada sesiapapun di sekitar lokasi kejadian dan hatinya mula terdetik bahawa seseorang yang dilihat bukanlah manusia.

“Sebelum ini, pengguna jalan raya pernah mengalami situasi sama apabila terserempak lembaga menyerupai manusia merayau-rayau di sekitar kawasan berkenaan terutamanya sebelum jambatan Santubong dari arah Kuching,” katanya.

TOLONGLAH AWASI ANAK ANDA !!! PASANGAN REMAJA BANGGA "UPLOAD" GAMBAR BOGEL BERPELUKAN DALAM "FB" !!!

“Atas nama cinta, rela semuanya ku serahkan demi rindu dan kasih sayang, keluarga semua ku ketepikan asalkan aku dapat bersamamu”
Itulah bait-bait kata indah yang mungkin bermain di fikiran kedua-dua remaja yang tidak malu memuatnaik gambar di laman Facebook dalam keadaan tidak berbaju.
Gambar pasangan remaja bercinta itu kini tersebar di laman Facebook sehingga mendapat kecaman dan teguran daripada warga internet yang prihatin daripada melihat kedua-dua remaja ini terjebak lebih jauh dalam alam cinta mereka.
Seperti kebiasaan, lelaki di dalam gambar berkenaan memarahi seorang yang memberi komen ke atas gambar ini dengan menyifatkan mereka sebagai menjaga hal ehwal orang lain sedangkan kebaikan sendiri tidak seberapa.
Komen mereka berbunyi seperti tidak takutkan Allah langsung dan menurut si lelaki, jika tertangkap pun hanya perlu membayar denda dan kemudian selesai kes.
Begitu mudah remaja kita sekarang ini atas nama cinta nak dedah dan pamerkan gambar berdua konon-konon cinta mereka paling hebat dan paling indah dalam pada masa sama tidak menyedari orang menyampah melihat perangai mereka berdua.
Kalau mereka rasa tertangkap dek pihak berkuasa tidak cukup mampu mengubah mereka, anda tolong sebarkan biar ahli keluarga dan saudara mara mereka pula terlihar gambar ini seterusnya menegur serta menyedarkan mereka.
Bukan tujuan nak mengaibkan sesiapa tetapi agar dijadikan pengajaran kepada pasangan remaja lain. Yang pastinya keluarga mereka terutama ibu ayah tidak tahu aktiviti anak-anak mereka di luar sana.
Semoga jadi ikthtibar dan peringatan kepada kita semua dalam mendidik anak-anak era teknologi canggih.
mynewshub.my

WAHAI WANITA DI LUAR SANA !!!
Rasa sayang tak salah, rasa rindu pun tak salah. Tapi kena pandai kawal, jangan sebab sayang kita hilang segalanya. Hargai dirimu... wahai wanita.

HOT!!! @_USTAZDON SINDIR PARTI PALING ISLEEE DI DUNIA !!!


tu dia...ambil kau!!! 
1 ayat untuk puak Parti Paling Isleee Di Dunia.

Saya harap anda faham maksud ini...sebelum ini PAS kata undi boleh masuk syurga.

yang ni....hehehe....malas nak ulas panjang-panjang, nanti mereka kata salah UMNO

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, 26 November 2013

SEBARKAN !!! BANTU @pdrm CARI PEROGOL BUDAK BAWAH UMUR !!!


Remaja ini telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dari Pontian, laporan polis juga telah di buat oleh pihak mangsa. 

Lelaki ini dikenali sebagai Mohd Farhan Bin Ismail a.k.a Jony dari Kg Bagan, Rengit dan berumur 22 tahun. 

Di harap mana-mana pihak yang mengenali atau tahu dimana lelaki ini berada dapat bantu keluarga mangsa dan pihak polis. 

Info terbaru budak lelaki ini telah melarikan diri setelah pihak polis datang mencari di rumah keluarga beliau. 

Sila hubungi abang mangsa 0127031254 [ Azman ] atau balai polis yang berhampiran jika anda ada sebarang info tentang budak ini.
Sumber

GILA TAHAP TAK ADA OTAK : SUAMI CURANG SANGGUP BELASAH ISTERI DAN BAYI 3 BULAN BILA DAPAT TAHU RAHSIA TERBONGKAR !!!

1) Mewujudkan undang-undang khas melindungi badan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasibwanita dan kanak-kanak. 
Gombak: Seorang wanita patah tulang hidung manakala bayinya berusia tiga bulan kini menerima rawatan di hospital kerana dikhuatiri mengalami gegaran otak, angkara amukan seorang suami yang naik minyak selepas kecurangannya dengan wanita lain terbongkar.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Desa Jaya, Kepong kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, sebelum dua beranak terbabit dihalau keluar dari kediaman itu. Wanita berusia 33 tahun yang enggan dikenali itu berkata, kejadian bermula ketika dia mengemas rumah dan menjumpai telefon bimbit suaminya yang mengandungi mesej ayat-ayat cinta dengan seorang wanita.

Menurutnya, marah dan kecewa dengan kecurangan suami, dia segera menghubungi suaminya yang memiliki satu lagi telefon bimbit menyebabkan mereka bertengkar.

“Tidak lama kemudian suami pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah dan terus memukul serta menumbuk muka saya beberapa kali."

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menendang dan membelasah saya selama beberapa minit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Wanita itu berkata, selepas puas membelasahnya lelaki berusia 30-an itu bagaikan hilang akal apabila mengambil pula bayi perempuan mereka yang demam dan ketika itu sedang tidur.

“Suami saya memukul dan mencampak bayi kami ke sofa. Akibat dicampak kira-kira dua meter, bayi saya menangis, namun suami masih berang apabila menghalau kami berdua keluar dari rumah."

“Sebaik keluar dari rumah itu, saya terus ke hospital dan sehingga kini (semalam) anak saya masih menerima rawatan. Doktor melakukan ujian imbasan untuk mengesan jika berlaku gegaran pada otak anak dan keputusannya masih belum diterima,” katanya.

Mangsa berkata, sebelum ini sudah beberapa kali dia dipukul namun kali ini suspek bertindak lebih teruk apabila bayi perempuan mereka turut menjadi mangsa.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya dan tindakannya itu menyebabkan suaminya bertambah marah.

“Suami tahu saya membuat laporan polis kerana dia ada menghubungi dan mengugut mahu memukul saya. Katanya, apa yang berlaku adalah kesalahan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan mangsa.

PENTING!!! TOLONG SEBARKAN !!!


AWAS SAJADAH BERGAMBAR BABI, SALIB, & BUDHA..!! 
MARI KITA BAGIKAN INFO PENTING INI PADA SEMUA SAUDARA KITA..AGAR TIDAK TERTIPU DENGAN SAJADAH BERBAHAYA INI..!!


PELIK TAPI BENAR !!! REMAJA LELAKI DI PAKSA KAHWIN DENGAN LEMBU BETINA YANG DISETUBUHINYA !!!


Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditangkap sedang menyetubuhi seekor lembu . Akibatnya, pemuda tersebut dihukum oleh penduduk kampung. Pemuda yang bernama Ngurah Alit ini merupakan warga Desa Yehembang , Kabupaten Jembrana , Bali. Apakah hukuman yang ditetapkan oleh penduduk kampung tersebut kepada pemuda yang menyetubuhi lembu betina ini?

Awalnya, Alit mengelak dan menolak untuk mengakui perbuatannya itu . Alit mengatakan bahawa lembu itu tadinya adalah seorang wanita cantik yang menggodanya. Namun ketika mereka berhubungan seksual , wanita tersebut berubah menjadi seekor lembu . Namun disebab Alit tersebut dianggap terlalu mengada - ada . Sehingga penduduk setempat menjatuhkan hukuman terhadap Alit .

Rupanya , penduduk kampung menghukum Alit dengan cara menikahkan Alit dengan lembu betina tersebut . Upacara perkahwinan antara Alit dengan lembu betina tersebut bermula pada hari Jumaat tarikh 11 Jun pukul 12 tegahari. Sebelum upacara perkahwinan bermula , ratusan penduduk Desa Yehembang berkumpul di lokasi tempat Alit menyetubuhi lembu betina tersebut di tepi pantai Banjar Pasar .

Pada upacara perkahwinan tersebut, Alit memakai pakaian adat Bali dan si lembu betina dihiasi dengan kain putih. Upacara perkahwinan ini ditonton oleh ratusan penduduk kampung. Alit pun terlihat terus menundukkan kepalanya kerana malu. Upacara perkahwinan ini juga merupakan ritual pembersihan desa yang dianggap sudah tercemar oleh perbuatan Alit. 

Ritual ini  dijaga ketat oleh polis kerana banyak wartawan dan orang - orang yang merakam gambar Alit. Sehingga polis diperlukan untuk berjaga - jaga agar tidak terjadi kekecohan.Selepas upacara pernikahan tersebut selesai, diadakan ritual pembersihan. Mana lembu betina tersebut ditenggelamkan ke tengah laut, sedangkan Alit yang pengsan di tengah upacara hanya dimandikan saja di tepi pantai.
Sumber