ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Thursday, 26 September 2013

AL-FATIHAH...MANTAN MB KEDAH, TAN SRI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK MENINGGAL DUNIA.


Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak Bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Kedah. Semenjak semalam media telah melaporkan mengenai keadaan Allahyarham yang dilaporkan agak kritikal susulan masalah jantung.

Perkara itu juga disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Muhkriz Mahathir.

Semalam, Ustaz Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau dilaporkan dalam keadaan kritikal, selepas mengalami komplikasi jantung yang serius dipercayai akibat jangkitan kuman.

Ustaz Azizan, 69, yang bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan sejak seminggu lalu, dikatakan pengsan selepas serangan jantung pertama kira-kira jam 3 pagi semalam dan kini dipantau rapi oleh doktor. 

Isterinya, Puan Seri Faezah Sheikh Hamzah, mengakui kesihatan Ustaz Azizan semakin tidak stabil sejak seminggu lalu sehingga memaksanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Pada 9 Mei lalu, Ustaz Azizan menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan diabetes selepas dipindahkan dari Kedah Medical Centre (KMC), di sini. 

Beliau yang mempertahankan kedudukan sebagai ADUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB mulai 13 Ogos lalu. 

Sementara itu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hadir ke HSB pada kira-kira jam 11.50 pagi bagi melawat jenayah Ustaz Azizan.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum jam 5.30 petang ini.
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْن …..alfatihah
Semoga Roh Arwah ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman.

SENARAI CALON AHLI-AHLI JAWATANKUASA SAYAP UMNO 2013-2016


Pergerakan Wanita UMNO Malaysia


Pengerusi Tetap 
NAPSIAH BINTI OMAR 1 MTB
Timb. Pengerusi Tetap 
SARIPAH AMINAHBI BINTI SYED MOHD  - 1
MASTIKA JUNAIDAH BINTI HUSIN – 2
Ketua
SHAHRIZHAT BINTI ABDUL JALIL – 1
RAIHAN BINTI SULEIMAN  - 2
MAZNAH BINTI MAZLAN  - 3
Naib Ketua 
SURAYA BINTI YAACOB  - 1
HAMIDAH BINTI OSMAN TARIK DIRI
AZIZAH BINTI MOHD DUN  - 3
Ahli Jawatankuasa
NORAINI BINTI AHMAD  -1
MELATI BINTI ALI  -2
NOR HAYATI BINTI ONN  - 3
ARMANI BINTI MAHIRUDDIN  - 4
JAINAB BINTI AHMAD  - 5
ROSLIN BINTI ABDUL RAHMAN  - 6
NORHAYATI BINTI OMAR  - 7
NORASLINA BINTI ZAINAL ABIDIN  - 8
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN  - 9
MARIANY BINTI MOHAMMAD YIT  - 10
RUSNAH BINTI KASSIM  - 11
JAMELAH BINTI A BAKAR   – 12
ARBAISAH BINTI OTHMAN  - 13
HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN   – 14
HASNAH BINTI SALAM   – 15
NORLIZA BINTI ABDUL RAHIM  - 16
AZIZAH BINTI JOHOR   – 17
ROSLINAH BINTI MOHAMED   – 18
MASHITAH BINTI IBRAHIM   – 19
SHAHANIM BINTI MOHAMAD YUSOFF  - 20
MARLIA BINTI ABD LATIFF  - 21
SHARIFAH AZIZAH BINTI SYED ZAIN   – 22
ASMAIZA BINTI AHMAD   – 23
ZAUYAH BINTI ZAINUDDIN   – 24
MAZNAH BINTI ABD HAMID   – 25
ZAITUN BINTI MAT AMIN   – 26
ZARINA BINTI MD EUSOPE   – 27
NIK NORIZA BINTI NIK SALLEH   – 28
NORIAH BINTI MAHAT   – 29
NORA`SHEKIN BINTI YUSOF   – 30
RAHMAH JAN BINTI SULAIMAN KHAN   – 31
SERIPAH NOLI BINTI SYED HUSSIN   – 32
ROS SURYATI BINTI ALANG  - 33
DYG SANIAH BINTI AWG HAMID   – 34
HABIBAH BINTI MOHD YUSOF   – 35
ROSNI BINTI ZAHARI   – 36
NOOR AIENI BINTI MOHD ALI    - 37
AZIZAH BINTI HARUN   – 38
AZIHANI BINTI ALI   – 39
RABIYAH BINTI ALI    - 40
NUAINUN @ SHUHANIE BINTI DERAMAN   – 41
MARZITA BINTI MANSOR   – 42
ZAINEY BINTI ZANUDIN   – 43
NONEE ASHIRIN BINTI MOHD RADZI    - 44

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Pengerusi Tetap
ZUBIR BIN ZABIDI - 1
ABDUL FATTAH BIN ABDULLAH – 2
SYED AZMI AHMAD BIN SYED NAZIR AHMAD – 3

Timb. Pengerusi Tetap
MUHAMMAD YADZAN BIN MOHAMMAD – 1
AHMAD MUSHAWIR BIN ABDULLAH – 2
BAHRUL RAZHA BIN CHUPRAT 3
HISHAM BIN AHMAD SABRI – 4
MOHD SHOUBLI BIN JAMAL – 5

Ketua
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR - 1
SYED ROSLI BIN SYED HARMAN – 2
AKHRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH BIN SANUSI – 3
IRWAN AMBAK BIN KHALID IZHAR – 4
ABD KARIM BIN ALI – 5

Naib Ketua
JAMAWI BIN JAAFAR – 1
LOKMAN NOOR BIN ADAM - 2
MOHAMAD IRUAN BIN ZULKEFLI – 3
KHAIRUL AZWAN BIN HARUN – 4

Ahli Jawatankuasa
IBDILILLAH BIN ISHAK – 1
SYAMSUL BAHARIN PUTRA B.AHMAD SHIBI – 2
ROHSAWAL NIZAM BIN ABD GHAFAR – 3
ARMAN AZHA BIN ABU HANIFAH – 4
MOHD AIZLI SHAHAR B ABDUL MALEK SHAHAR – 5
MOHD RAFE BIN SIDEK - 6
NAZIR HUSSIN BIN AKHTAR HUSSIN – 7
MOHAMAD FAZLY BIN ZAINUDIN – 8
MOHD ZAMRI BIN MOHD IDRUS – 9
ARMIZAN BIN MOHD ALI - 10
AHMAD MUKHRIZ BIN AHMAD FUAD – 11
AHMAD FAISAL BIN ABDUL KARIM – 12
ROZAIDI BIN ABDUL JAMIL – 13
SUHASNI BIN HAYANI – 14
MOHD NAJIB BIN MOHD ISA - 15
FATHULBARI BIN MAT JAHYA – 16
DAZMA SHAH BIN DAUT @ DAUD – 17
MUHAMMAD YUSMIZAN BIN MD YUNUS - 18
FAEZ AINSTEIN BIN NORDIN – 19
MAZLAN BIN ISMAIL - 20
MUHAMAD MUQHARABBIN BIN MOKHTARRUDIN - 21
ONN HAFIZ BIN GHAZI – 22
AWANG SALEH BIN MAKMUD – 23
MOHAMAD SUJI BILANG BIN MOHD NORDIN - 24
KHAIRUL FIRDAUS BIN AKBAR KHAN – 25
RAHIMI BIN ABD KARIM – 26
MOHD RAFIQ BIN NAIZAMOHIDEEN - 27
AHMAD LUTFI BIN IBRAHIM - 28
MAISHAM BIN MA`AROF - 29
TENGKU ZUHRI BIN TENGKU ABDUL AZIZ – 30
AZLAN BIN ABDULLAH – 31
MOHAMAD FAIZ BIN YAACOB - 32
SHEIKH AHMAD NAFIQ BIN SHEIKH A RAHMAN - 33
ABDUL AZIZ BIN ISMAIL – 34
ARIFFIN BIN KASSIM – 35
SHAHRIZAL BIN MAN HARUN - 36
KAMAROL BIN SALLEH – 37
JEFFRI BIN SALIM – 38
MOHAMMAD NAWAR BIN ARIFFIN - 39
ZAIDEL BIN BAHARUDDIN - 40
MOHAMED HAZALI BIN ABU HASSAN - 41
MOHD SAFIEE BIN SALAM - 42
SALLEHUDIN BIN SATAR - 43
ERWIN MUKHRIZ BIN ZAHARI - 44
MOHD AMIR IZWAN @ FELIX BIN ABDULLAH – 45
MOHD FAIZAL BIN DAUD – 46
MUHAMAD SAMAN @ AZIZUL KAMAR BIN ABDUL RAHMAN – 47
MUA`AMAR GHADAFI JAMAL BIN JAMALUDIN - 48
NORHILMAN BIN MOHD NOOR – 49
MOHD KHAIRUL AMRI BIN AMIHAMZAH – 50
MOHD SHAZRIL BIN MOHD KHALID – 51
SYAHRIN BIN MD JAMALUDIN – 52
MOHAMED NOOR BIN MOHAMED AMIN - 53
NURUL IZHAM BIN NURUL ANUAR – 54
MOHD FAIRUZ BIN MOHD SAKIRIN – 55
MOHD IDHAM YASSER BIN SULEIMAN – 56
AZRINIZAM BIN IBRAHIM – 57
HASNIYUSFEE BIN ABU HASSAN - 58
MOHD IKHMAL BIN ABU BAKAR – 59
ZUKHAIRI BIN MD OSMAN – 60
MUHAMMAD FAIZ BIN HASHIM – 61
ARIFF HAKIMI BIN ZULKIFLI – 62
JEFRIZAL BIN MOHD JAAFAR – 63
MOHAMED NOOR AFFENDY BIN AMEERUDEEN – 64
MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR – 65
MOHD HUSAIMI BIN HUSSIN – 66
ANUAR BIN ABD.MANAP – 67
AZMI BIN MD YATIM - 68
MANNDZRI BIN NASIB – 69
MOHMAD ASIAN BIN AHMAD - 70
KHAIRUL AZLAN SHAH BIN ABD AZIZ - 71
MOHD SAIFUL BIN MOHD SAHAK - 72
SHAHRIMAN AKMA BIN MD SHABUDIN - 73
MOHAMAD NAJUIB BIN MOHAMAD SHAHAIMI - 74
MOHAMAD NAZARI BIN AHMAD - 75
AHMAD BAIDZAWI BIN SALEH HAMDI - 76
MUHAMMAD FAIZ BIN MAHAYUDIN - 77

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia


Pengerusi Tetap
AZLIEZA BINTI AZIZAN 1 MTB

Timb. Pengerusi Tetap 
SALBIAH BINTI SAARI - 1
NURUL HUDA BINTI NORDIN AHMAD – 2

Ketua
MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN - 1
JAMILAH HANIM BINTI OTHMAN - 2

Naib Ketua
NORSABRINA BINTI MOHD NOOR – 1
ZAHIDA BINTI ZARIK KHAN - 2
NAZLIAH BINTI ALI - 3

Ahli Jawatankuasa
AZURA BINTI MOHD AFANDI – 1
NORASIMAH BINTI MD NOWAR - 2
NORRULHUDA BINTI MARSIDIN - 3
NOORMADIANA BINTI KAMARUDDIN – 4
NASIBAH BINTI ISMAIL – 5
JUNE ARTISHA BINTI MOHAMAD NAZARI – 6
ASFALINDA BINTI ANUAR – 7
NORWAHIDA BINTI PATUAN – 8
MASMIRA BINTI MOHD SALLEH - 9
NOOR AEIZA BINTI HASSAN - 10
MIMIE HARIANIE BINTI ALIAS - 11
NURHUDA BINTI AB KARIM - 12
NOR HAZREENA BINTI MOHAMAD HASHIM - 14
SUZANNA BINTI SHAHROM - 15
NURHIDAYAH BINTI MOHAMAD SHAHAIMI – 16
ISFARINA BINTI MOHD BALI – 17
MARIANA BINTI AYOB - 18
NORHAYATI BINTI RAMLI - 19
WAN IZWANY BINTI ABDUL MALEK - 20
JUNAIDA BINTI MAT ISHAK – 21
NOR FARHANA BINTI ALHAM – 22
AZLINA AZMA BINTI MOHD AZMI – 23
JULIE BINTI SABRAN – 24
NOR AZRYNA BINTI MOHD JAINURI - 25
SYAKIMA NUR BINTI SABRI – 26
NORMALAH BINTI RASIK - 27
NOLEY BINTI HARUN – 28
RAZMALINA BINTI RAZALI – 29
HAZIQAH NASIRAH BINTI ZOL BAHARI - 30
SRY NORAERNI BINTI KHAIRUDIN - 31


umno online

BERITA BAIK !!! KAKITANGAN AWAM BAKAL TERIMA PELARASAN GAJI !!!


Satu berita baik bakal dilaksanakan buat 1.4 juta kakitangan awam disektor Kerajaan, mereka yang terlibat bakal menerima kenaikkan gaji tidak lama lagi.

Ini adalah hasil pertimbangan pihak kerajaan untuk Pelarasan Gaji kakitangan awam bagi mempertingkatkan perkhidmatan yang cemerlang untuk setiap rakyat Malaysia.

Gaji Baru ini bakal dikuatkuasakan Seawal Disember 2013. Berita ini KBC baru sahaja dapat daripada Putrajaya.

Berdasarkan maklumat yang KBC terima, melalui salah seorang panel yang terlibat memaklumkan akan ada berita gembira sekitar 3 bulan daripada sekarang.

Penyelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun seawal tahun 2014.

Berita gembira ini bakal mengurangkan lagi kos saraan hidup kakitangan kerajaan masakini yang melonjak naik mengikut kemajuan era zaman baru ni.

Sudah pasti ia bakal membantu dan menambahkan pendapatan kakitangan awam untuk terus memajukan diri berjuang memberi perkhidmatan terbaik kelak.





Credit : KL BOYZ CHANNEL

SENARAI CALON AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI PENGGAL 2013 – 2016


Pengerusi Tetap 
BADRUDDIN BIN AMIRULDIN    1 MTB
Timb. Pengerusi Tetap 
MOHAMAD BIN HAJI AZIZ    - 1
AHMAD FARIZ BIN ABDULLAH    - 2
ABD RAHMAN BIN HAJI PALIL   – 3
Presiden
MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK   1 MTB
Timb.Presiden 
MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN   1 MTB
Naib Presiden
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI   – 1
HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN ONN    - 2
MOHD SHAFIE BIN HJ. APDAL    - 3
MOHD ISA BIN DATO ABDUL SAMAD    - 4
MUKHRIZ BIN MAHATHIR    - 5
MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM    - 6
Majlis Tertinggi
SHAHIDAN BIN KASSIM    - 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH    - 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR    - 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB    - 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN     – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA    - 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN    - 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN     – 8
MISRI BIN BARHAM    - 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN    -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR   – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK   –  13
AB AZIZ BIN KAPRAWI   – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM    - 15
MUSTAPA BIN MOHAMED    - 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN    - 17
IDRIS BIN HJ JUSOH    - 18
MAHDZIR BIN KHALID    - 19
RAZALI BIN IBRAHIM    - 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI    - 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE    - 22
YUSOFF BIN ISHAK     – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ    - 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS    - 25
MOKTAR BIN RADIN     – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM   – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN    - 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH    - 29
ROSNI BINTI ZAHARI    - 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM    - 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN    - 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD    - 33
RAZALI BIN HUSAIN     – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD    - 35
AZALINA BINTI OTHMAN    - 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN    - 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD    - 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH    - 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN     – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN    - 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID    - 42
HAMIDAH BINTI OSMAN    - 43
HASAN BIN MALEK     – 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI     – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN    - 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN    - 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED    - 48
IDRIS BIN HARON    - 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL    - 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD    - 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED     – 52
NASIR BIN SAFAR    - 53
AZLAN BIN MAN    - 54
ZUBIR BIN HARUN   – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN     – 56
MOHSIN BIN YUSOFF    - 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH    - 58
ISHAK BIN ISMAIL     – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK    - 61
AHMAD BIN JAAFAR     – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN     – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO    - 64
UMNO ONLINE

Wednesday, 25 September 2013

KEMANA SEBENARNYA HALATUJU PAS ???



AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR. Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Manakala Datuk Harun Taib pula - yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu - memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP, terutama Karpal Singh. Bukan sekali dua Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya, bukan pendirian parti selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.

Umum mengetahui bahawa hubungan Hadi dengan Harun sangat rapat. Namun demi mengekalkan keyakinan DAP dan PKR terhadap Pas, Hadi terpaksa untuk tidak berpihak kepada Harun. Bukan sekali, bukan dua. Namun Harun tetap tidak berkurang juga lantangnya menegur pemimpin DAP. Kemuncaknya adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar, Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula. Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi. Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya, Abdul Hadi ke penjuru dilema!

Soalnya, apakah perkara yang disuarakan Harun itu salah ataupun disuarakan secara salah?

Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta. Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam. Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.


Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja, namun tertanya-tanya juga oleh kita, apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?

Apakah pengaruh kedua-duanya itu lebih kuat mencengkam dalam Pas berbanding ulama yang pernah ditatang tinggi oleh ahli Pas selama ini?

Pada penghujung 1980-an, seorang pemimpin Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman, pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar - barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru - yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama. Namun itu dulu.

Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi?

Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah, Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar. Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.

Apa mungkin Harun tersilap menilai kedudukan ulama dalam Pas hari ini?

Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya? 

Jika demikian, apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya?
Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP. Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata, Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu.

Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!

GOLONGAN ULAMA SEWAJARNYA MENERAJUI KEPIMPINAN PAS !!!


Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali At-Takiri membidas segelintir pihak termasuk ahli PAS yang mengkritik resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia pada 14 September lalu.
Beliau berkata, resolusi itu yang mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS daripada kalangan ulama yang memahami dan mengerti tentang Islam serta realiti semasa satu perkara yang wajar.
“Cadangan ini dilontarkan kerana perlembagaan PAS tidak meletakkan syarat itu sebagai syarat wajib maka ia terbuka untuk menjadi syarat nilai tambah kepada kelayakan berasaskan Islam.
“Seorang individu yang alim tetapi tidak memiliki sifat-sifat kepimpinanlain seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah sewajarnya tidak diberikan amanah kepimpinan.
“Sikap memperbodohkan pandangan dan resolusi yang dibuat oleh ulama ini bukan sebahagian daripada akhlak Islam kerana ia gambaran keegoan dan keangkuhan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Khairuddin berkata, cadangan supaya mempunyai ilmu dan faqih agama menjadi kelayakan pemimpin utama PAS bukan cadangan mengundur ke belakang kerana ia selari dengan ajaran Islam.
Justeru, katanya, tidak ada sebab untuk ahli PAS yang tidak mempunyai ilmu mendalam tentang Islam terasa dipinggirkan sekiranya mereka memahami fungsi dan matlamat perjuangan parti itu.
“Ia sepatutnya menjadi cabaran kepada setiap ahli-ahli gerakan Islam untuk berusaha menambahkan ilmu tentang Islam untuk melayakkan mereka menjadi pemimpin PAS,” katanya lagi.
Media pada 14 September lalu melaporkan Multaqa Ulama Se-Malaysia mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara PAS bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) disemak semula.
Multaqa Ulama Se-Malaysia berkenaan turut menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan mengerti tentang Islam serta realiti semasa. 
– mynewshub.my

KU YAKIN "MAT YO" TAK PANDAI JAGA ISTERI !!! (VIDEO INSIDE)



Ya...Ya...Memang betullah tu....

Aku pun yakin Mat Yo tak salah dan yang salah perempuan yang bersama Mat Yo yang serang dan maki hamun Pak Guard tu...

TAPI...Bukankah perempuan tu isteri Mat Yo???

Jadi tak keterlaluanlah kalau aku kata ... MAT YO TAK PANDAI JAGA ISTERI!!!

Lihat video pergaduhan isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan .  

Manusia ini bila dah kaya raya & senang ..mula lah angkuh, sombong dan angggap orang lain seperti pakcik guard ini seumpama "mat bangla"  . 

Tuesday, 24 September 2013

VIDEO TERKINI : PENGAKUAN "PAK GUARD" YANG DIMAKI HAMUN ISTERI "MAT YO" !!!


Kejadian isteri pemain bolasepak Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuatnaik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Pelbagai kata-kata biadap yang keluar dari mulut isteri "Mat Yo" terhadap Pengawal Keselamatan yang bertugas di Lapangan Terbang Subang.

Terkini adalah pengakuan "Pak Guard" yang rupanya bukan setakat dimaki hamun tetapi juga ditendang oleh isteri "Mat Yo"...Bagi mendapat penjelasan sebenar bagaimana kejadian ini boleh tercetus, sama-sama kita tonton video ini.



Pesanan Buat Isteri Mat Yo...
Ingatlah...Setinggi manapun kedudukan kita, sebanyak mana pun harta kita dan sepopular mana pun kita, akhirnya mati seorang diri menghadap Yang Maha Esa.

http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/09/
mat-yo-diaibkan-isteri-sendiri-jantan.html

KAFA BUAT TAWARAN RASMI KEPADA PEMAIN UNTUK LIGA-M 2014.


BELUM pun sepak mula suku akhir pertama Piala Malaysia menghampiri kemuncaknya, drama perpindahan pemain terus bergema sekali gus menggambarkan betapa perjalanan Liga Malaysia (Liga-M) 2014 bakal menjanjikan saingan sengit.

Di kem The Red Warriors (TRW), hujung minggu ini bakal menjadi penentu, siapa yang akan kekal atau memilih haluan baharu ke pasukan lain setelah khabar angin mengenai berita perpindahan pemain pasukan itu bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi laman Facebooknya, semalam berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada semua pemain utama pasukannya untuk disambung kontrak.

“Tawaran ini dibuat dengan kenaikan gaji tertentu mengikut kemampuan kita. Pemain bebas untuk membuat keputusan (sama ada menerima atau menolak tawaran) selewat-lewatnya akhir minggu ini.  

Difahamkan, Setiausaha Agung Kafa merangkap Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim terbang dari Kota Bharu ke ibu negara, tengah hari semalam, semata-mata untuk bertemu Annuar bagi menyelesaikan urusan kontrak pemainnya.

Pada masa masa, Annuar memberitahu, usaha memperkasakan pasukan tetap dilakukan sedaya mungkin sambil mengesahkan beberapa pemain utama dari dalam dan luar pasukannya sudah menandatangani persetujuan untuk menyarung jersi TRW bagi saingan Liga-M musim depan.

Annuar dalam laman sosial sama sebelum ini, pernah membayangkan keperitan beliau membentuk pasukan pada musim depan ekoran beberapa tonggak utamanya dikatakan dipancing beberapa pasukan lain termasuk Johor Darul Takzim (JDT).

Ternyata tarikan JDT, yang ghairah berbelanja besar bagi mendapatkan tonggak utama pasukan juara tiga piala itu untuk musim depan menyebabkan pihak pengurusan Kafa terpaksa tunduk dengan kuasa wang tersebut.

Ekoran kehilangan beberapa tonggak utamanya, pihak pengurusan Kafa besar kemungkinan tidak meletakkan apa-apa sasaran bagi mengharungi saingan liga domestik musim depan.

MAT YO DIAIBKAN ISTERI SENDIRI - JANTAN DAYUS !!!! (VIDEO INSIDE)



Video ini mula menjadi perhatian ramai semalam dan ianya menunjukkan perilaku isteri kepada pemain bola sepak, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan yang menegur kesilapan meletak kenderaan.

Akibatnya ramai orang yang membalas perbuatan isteri Mat Yo tersebut dengan kritikan pedas di laman sosial.

Enjoy video WTF ni:


Ini bukan budaya kita maki hamun tapi kalau dah perempuan yang bersikap macam ni tak hormat orang tua apa lagi laki dia sendiri. Saya bukan nak membela sesiapa akan tetapi kejadian seumpama ini harus diberi pengajaran. Jangan berlagak DIVA sangat!!! Menteri pun tahu hormat orang.


Sebagai orang Melayu beragama Islam perlulah bermuhasabah diri, biarpun semarah mana kita pada orang janganlah sehingga mengeluarkan kata-kata seumpama ini.

Mungkin juga boleh menjatuhkan maruah diri sendiri dengan cemuhan orang yang membacanya malahan dalam kes ini imej dan maruah Mat Yo mungkin boleh tercemar.

Renung-renungkan.