ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Tuesday, 23 April 2013

GEMPAR !!! WARTAWAN RTM MATI DIPUKUL PENYOKONG PAS .



Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.  

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.


Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.


Al-Fatihah untuk  Allahyarham Muhammas Yaakob.  Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.


PANAS !!! KEMPEN RASIS DAP DIDEDAHKAN #PRU13 .


Risalah DAP yang telah dikantoikan dan diterjemahkan oleh rakyat yang sayangkan kemakmuran dan perpaduan yang kita nikmati selama ini. Kami percaya tidak semua orang CINA bersetuju dengan politik perkauman sempit DAP ini. Risalah ini sedang hebat tersebar di kalangan orang CINA terutamanya di Parlimen Gelang Patah.

Memang DAP agak berjaya menonjolkan diri mereka sebagai hero yang berani menentang ketuanan Melayu UMNO di kalangan generasi muda CINA yang tidak pernah merasai keperitan hidup zaman DARURAT dan 13 MEI. Apakah mereka ini perlu merasai sendiri peristiwa yang berdarah itu berulang untuk mereka sedar yang keamanan dan kemakmuran yang mereka nikmati selama ini bukan datang dengan sekelip mata?

Buat orang Melayu-Islam, insaflah. Apa yang diperkatakan dalam risalah itu ada kebenarannya. Dan itulah nilai jati diri kita selama ini di pandangan mata orang CINA, walaupun bukan kesemuanya. Tidak perlu melenting dan marah. Kita juga yang lemah, berpecah-belah dan selalu bergantung kepada ehsan orang lain bukan?

GEMPAR !!! HADI AWANG HINA CALON PKR.



Hina betul calon-calon PKR di mata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang apabila pertindihan calon yang berlaku di antara PAS dan PKR diibaratkan sebagai usaha PAS untuk menghalang kemasukan syaitan dalam PR. (Lihat video & transkrip di bawah)

Maknanya, kat mana sahaja yang wujud pertindihan, ia berlaku kerana PAS nak halang syaitan. Syaitan juga yang disalahkan, sifat tamak kerasukan syaitan dalam hati pemimpin PAS, tak pula nak diceritakannya.

Lebih teruk lagi Hadi menuduh ada calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan tidak boleh dipercayai, kononnya dibimbangi akan menyebabkan peristiwa lompat di Perak akan berulang.

Sama sendiri tiada keyakinan dan saling mencurigai, macam mana la gamaknya nak memerintah Kerajaan Pusat ???

Peliknya Hadi tak cerita kenapa baru sekarang PAS mempertikaikan kredibiliti calon PKR di 5 – 7 kawasan, padahal sebelum penamaan calon ada waktu beberapa hari untuk merundingkan pertukaran calon PKR yang tak disenangi PAS.

Mudah betul PAS menyalahkan rakan sepakatan untuk menyembunyikan sifat tamak diri sendiri. Macam ni punya gaya, agak-agak kalau diberi mandat memerintah negara, mahu huru-hara dibuatnya.

Dengan penjelasan oleh Hadi ini, satu perkara dapat disahkan – PAS memang jenis suka tikam belakang kawan dan hubungannya dgn PKR sentiasa dibayangi kecurigaan sesama sendiri.

Transkrip Ucapan Hadi Awang
PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.
PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.
Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.
Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.
Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?
Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.
PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.

Monday, 22 April 2013

ISMA JAWAB SURAT TERBUKA PRESIDEN PAS

Merujuk kepada surat terbuka Presiden PAS pada 17 April 2013 yang disiarkan dalam Harakahdaily dan dipetik oleh Sinar Harian, saya terpanggil untuk menjawab dakwaan-dakwaan beliau dalam surat tersebut bagi pihak ISMA.
Oleh kerana perkenalan saya dengan Tuan Guru Hj Hadi merupakan satu rakaman sejarah yang lama, maka izinkan saya memilih untuk memanggilnya dengan Ustaz Hadi, gelaran yang biasa saya panggil sebelum beliau popular dengan gelaran Tuan Guru dan Dato’ Seri.
Dalam surat terbuka kali ini, Ustaz Hadi menyebut ISMA secara langsung dan menyifatkannya sebagai ‘khadam UMNO’ dan ‘askar upahan’. Ustaz Hadi juga mempertikaikan tujuan ISMA bertanding dalam PRU kali ini yang mengikut andaiannya adalah untuk memenangkan calon-calon BN.
Saya percaya manusia semua tahu dan Allah Maha Mengetahui bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah yang melampau. Ia merupakan dakwaan palsu yang bermotifkan politik. Ramai yang tidak dapat menerima hakikat bahawa ‘Tuan Guru’ boleh membuat kenyataan tersebut.
Ustaz Hadi kelihatan terperangkap dalam kotak pemikiran politik kepartian PAS lawan UMNO dan gagal melihat maksud politik dalam konteks kepentingan umat yang lebih menyeluruh. Ustaz Hadi juga gagal menampilkan pemikiran demokratik yang beliau imani.
Ustaz Hadi sepatutnya faham bahawa UMNO adalah musuh politik dan ‘mungkin’ juga musuh akidah bagi PAS tetapi ia tidak semestinya bagi umat Islam yang lain. Oleh itu pendirian permusuhan antara PAS dan UMNO adalah ekslusif bagi dua parti itu sahaja dan tidak sepatutnya menjadi pendirian umat Islam keseluruhannya.
Umat Islam tidak sepatutnya diheret ke dalam perbalahan politik melampau yang tidak berkesudahan sehingga merugikan masa depan mereka sendiri. Sebaliknya semua pihak wajib memupuk semangat ke arah perpaduan dan memperkasakan Ukhuwah Islamiah.
Firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al-Hujurat: 10)
Juga firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya ini adalah umat-mu, umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu, maka sembahlah Aku.” (Al-Anbiya’: 92)
Politik Islam adalah lebih luas daripada perbalahan antara dua parti Melayu Islam itu. Apabila kita bercakap tentang politik bermakna kita berbicara tentang kuasa-kuasa dan pengaruh-pengaruh yang sedang bertembung antara satu sama lain. Di sana ada kuasa-kuasa dan pengaruh-pengaruh daripada berbagai-bagai latar belakang ideologi, agama dan kaum dari dalam dan luar negara yang sedang mencatur senario politik tanah air untuk kepentingan masing-masing.
Sebagai contoh, di luar sana ada kuasa imperialis Barat (globalisasi) yang membawa perang pemikiran dan tamadun, ada pengaruh Kristian Evangelis yang ada hubungan dengan Israel yang membawa agenda Yahudi Kristian, adanya pengaruh cauvinis kaum yang tamak dan inginkan kekuasaan, ada kaum yang ingin kembali ke zaman sebelum Islam (zaman Majapahit) yang menganggap Islam sebagai pendatang, juga ada proksi-proksi di kalangan penduduk tempatan yang membawa agenda asing.
Politik Islam ialah politik yang dapat mengekalkan dan mempertahankan kuasa dan pengaruh di tangan orang Islam agar survival dan kepentingan umat Islam terus terjamin dan terpelihara berdepan dengan pelbagai ancaman kuasa-kuasa dan pengaruh dari dalam dan luar negara.
Ya, kita kena perbetulkan salah laku dan penyelewengan politik di kalangan penguasa Islam tetapi kita juga perlu faham lingkungan politik yang kita sedang bertarung. Justeru, kita perlu membuat imbangan yang teliti dan cermat, yang mana satu musuh sebenar yang harus kita perangi, dan yang mana satu kaum sendiri yang perlu kita perbetulkan.
Untuk pengetahuan YB Ustaz Hadi walaupun ISMA masih baru dari segi usia berbanding PAS, itu tidak bermakna ISMA masih budak-budak dan tidak faham apa-apa. Kami telah menimba sebanyak mungkin ilmu agama dan pengalaman ilmu dakwah. Di kalangan kami ada yang berstatus ulamak dan intelektual yang disegani.
Kini kami telah berjaya membentuk sebuah pertubuhan yang independent (merdeka/tidak dikuasai) yakni memiliki keupayaan ijtihad dan pengurusan dakwah secara mandiri. Dengan memiliki keupayaan intelektual dan barisan ulamak yang mampu melakukan kajian ilmiah dan aktiviti keintelektuan secara independent. Itu semua telah mengeluarkan ISMA dari daerah taklid (ikut-ikut buta).
Tidak harus bagi ISMA mentaqlid ijtihad atau pendapat mana-mana badan atau individu tanpa melakukan pemeriksaan wajar terhadap dalil dan hujjah yang digunakan untuk satu-satu pendapat atau pendirian.
Keupayaan ini telah membolehkan ISMA melakar rukyah siasiyah (pandangan politik) tersendiri berdasarkan fiqh siasi yang dibongkar daripada sumber Islam yang asli dan pemahaman yang mendalam terhadap realiti politik negara dan juga antarabangsa. ISMA bukan badan dakwah berlindung di bawah agenda parti atau tokoh-tokoh lain seperti yang dilakukan oleh sesetengah parti dan NGO Islam yang lain.
Saya juga ingin tegaskan bahawa ISMA bukan proksi kepada mana-mana pihak dan tidak beriman sama sekali dengan pendekatan dakwah cara proksi.
ISMA telah meneliti hujah-hujah PAS berkaitan dengan konsep Negara Berkebajikan dan Tahaluf Siasi dan berpendapat bahawa ia adalah pendapat yang lemah, celaru dan tidak tepat.
PAS perlu menjelaskan dalil dan kaedah ijtihad yang dipakai dalam tahaluf siasi yang dibuat dengan bertanggungjawab. Ia tidak cukup sekadar mengatakan secara umum bahawa Nabi buat tahaluf maka PAS pun boleh buat tahaluf.
PAS perlu membuktikan bahawa wujud persamaan kuat (al-Jamik) antara bentuk tahaluf yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan tahaluf PAS dalam PR dari segi syarat dan rukunnya.
Di samping itu, masih wujud persoalan, adakah negara berkebajikan PAS (Islamik) sama dengan kebajikan PKR dan DAP yang bersifat liberal, sosialis dan sekular?
Memandangkan semua parti dalam PR merujuk kepada Buku Jingga, adakah sistem pemerintahan yang akan ditegakkan oleh PAS berlainan dengan sistem yang akan dipakai oleh PKR dan DAP yang berasaskan liberalisme dan pluralisme?
Saya berpendapat bahawa PAS kini mungkin berada dalam situasi hilang motivasi perjuangan akibat kecelaruan dalam mesej dan risalah perjuangan yang menyebabkan ia lemah, merasa kalah dan berpecah.
ISMA bimbang keadaan itu mendorong Ustaz Hadi untuk mencari kambing hitam bagi menutup kelemahan dalaman PAS. Janganlah nanti ISMA pula akan dipersalahkan jika PAS atau PR tewas dalam pilihanraya akan datang.
Kenyataan Ustaz Hadi juga mungkin bertujuan untuk menyuntik semangat jentera PAS yang diarah supaya membantu calon bukan Islam berdepan dengan ISMA yang menawarkan calon Muslim berwibawa.
Mereka berada dalam keadaan konflik dalaman antara iman dan keyakinan sendiri dan keputusan parti. Iman dan keinsafan mereka menuntut mereka membantu calon Muslim tetapi parti mengarahkan supaya membantu calon bukan Islam yang sesetengahnya dengan nyata menentang Islam.
Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa ISMA sentiasa bersedia mendengar penjelasan PAS atau Ustaz Hadi sendiri tentang apakah kandungan fiqh siasi yang disebut berkali-kali bahawa kami tidak faham fiqh siasi tersebut. Kami menunggu penjelasan segera agar kami dapat membuat penelitian yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
Abdullah Zaik Bin Abd Rahman

Presiden ISMA

18 April 2013

NEPOTISME DALAM PAKATAN PEMBANGKANG !!!

Selama ini berdegar-degar mereka menuduh UMNO dan BN mengamalkan kronisme dan nepotisme. 

Cakap tak serupa bikin....

Dengan pengumuman nama Nik Abduh sebagai calon Pas di Parlimen Pasir Mas, maka kini lengkaplah sudah nepotisme dalam gabungan parti yang dinamakan pak-khatan rakyat.

PKR

Anwar Ibrahim

Azizah Ismail

Nurul Izzah Anwar


DAP (yang ini lagi dasyat)

Lim Kit Siang

Lim Guan Eng

Betty Chew

Karpal Singh

Gobind Singh Deo

Jagdeep Singh Deo


PAS

Nik Aziz Nik Mat

Nik Abduh Nik Aziz


Lagi nak bercakap pasal kronisme dan nepotisme ???

KESIAN KAT OSTAZAH MEE SEGERA PAS NIII !!!



Kesian beb. Meroyan sakan Si Ostazah Mee Segera PAS niii. Dah la sebelum ni dia telah dimalukan oleh puak - puak PAS tu bila tak mencalonkan nama dia.

PAS hanya meletakkan kepercayaan kepada Aisyah untuk menjadi wakil mereka di Jempol. Tu pun dengar cerita kata PAS Jempol pun tak berapa suka sangat.

Mana la orang nak suka ye tak. Dah Si Aisyah tu bukan orang tempatan. Jadi, nampak sangat la PAS hina kepimpinan setempat bila ambik orang luar jadi calon.

Sekarang dah puak - puak PKR pulak yang bikin Si Ostazah Mee Segera PAS makin malu bila diorang mencalonkan Si Dayang Ku Intan sebagai calon di Pengerang.

Pun timbul isu yang sama. Orang di pengerang sendiri terasa diri mereka dihina bila nama Si Dayang tu diumumkan. Apa, dah tak ada calon tempatan ke yang layak nak jadi calon?

Ingat rakyat tempatan dikawasan Pengerang semua tu tak layak belaka nak jadi wakil untuk mereka sendiri? Kenapa nak kena import orang dari luar?

Sebelum ini, PKR yakin sangat mampu tawan Sabah. Kenapa diorang tak campak Si Dayang Ku Intan tu balik ke Negeri dia? Yang nak semak Negeri orang ni apa hal?

Dah tak pasal - pasal Si Ostazah Mee Segera PAS rasa diri dia terpinggir. Tak pasal - pasal je dia meroyan tak tentu arah. Sekarang siapa yang nak pujuk dia? 

Selama ni, dia beria-ia buat kerja dengan menyebarkan fatwa songsang kepada pencacai - pencacai lain semata - mata nak memburuk - burukkan Kerajaan. 

Akhirnya, sumbangan yang telah dia berikan selama menjadi "ahli Syurga", sedikit pun tidak dihargai. Mana la tak basah bantal dia dek kerana hujan mengalir dari air mata. Dah la dia tinggalkan suami dan pak we dia. Sekarang kena cicir pulak dengan PAS!!!

Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam. 
Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

“Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini. 
“Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen,” katanya kepada Sinar Harian. 

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.

Sunday, 21 April 2013

#PRU13 - CALON BN PASIR MAS TARIK DIRI UNTUK PASTIKAN CALON PAS KELANTAN KALAH !!!

Di Parlimen Pasir Mas, calon BN tarik diri bagi memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding.



PASIR MAS 20 April - "Saya memohon maaf kepada Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menarik diri daripada dicalonkan dan saya bersedia untuk menerima apa jua hukuman." 

Demikian luahan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa selepas tidak menyerahkan borang pencalonan pada proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi kerusi Parlimen Pasir Mas di sini pagi ini. 

Tindakan Che Johan itu menyaksikan 'mentor politiknya' Datuk Ibrahim Ali akan bertanding satu lawan satu menentang anak Mursyidul Am Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz.

Che Johan berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memastikan Pas tewas di kerusi tersebut dan membantu BN mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. 

Serentak dengan itu, beliau menyeru kepada semua pihak supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ibrahim dan semua calon BN di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok.
  
"Selepas mendapat tahu Ibrahim mencalonkan dirinya dan saya pasti pagi tadi selepas saya melihat beliau menyerahkan borang pencalonan, maka saya menarik diri daripada bertanding di Parlimen Pasir Mas untuk mengelak pertandingan tiga penjuru kerana semua tahu pertembungan tiga penjuru amat sukar untuk BN menang di sini. 

"Jadi saya mengambil langkah untuk menarik diri lebih-lebih lagi saya melawan Ibrahim yang saya anggap seperti ayah dan mentor politik saya. Saya tidak mahu kami berdua terkorban dan dengan hati yang berat saya menarik diri bagi memastikan Pasir Mas tidak jatuh ke tangan pembangkang dan seterusnya membantu BN mengambil balik Kelantan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Pasir Mas di sini hari ini

Banyak pihak melihat tindakan Che Johan merupakan pilihan yang tepat kerana tindakan beliau bertanding akan menyebabkan berlakunya pecahan undi diantara beliau dan Ibrahim Ali.

Situasi ini pastinya akan menguntungkan PAS.

Ramai yang percaya, jika situasi satu lawan satu di antara Ibrahim Ali dan Nik Abduh maka peluang adalahb lebih besar untuk memihak kepada Ibrahim.

Memandangkan sebelum ini secara terang-terangan Ibrahim Ali telah menyatakan sokongan kepada UMNO dan BN maka, jika Ibrahim memenangi kerusi ini pastinya akan menguntungkan BN juga.

Che Johan Che Pa (kanan) datang memberikan sokongan kepada
Datuk Ibrahim Ali di hari penamaan calon, semalam. 

Suara Politik
Belantan

PR LAWAN SESAMA SENDIRI BUKTI TIADA MUAFAKAT DALAM PAKATAN PEMBANGKANG !!!



Banyak yang sudah diperkatakan macai-macai pembangkang tentang kesatuan dan kesepakatan Pakatan haram ini.  Semuanya untuk mengatakan Anwar mampu mengawal parti politik pembangkang buat pertama kali sejak berpuluh-puluh tahun dalu.

Walaupun berbuih mulut kita mengatakan sebaliknya tapi balaci tak peduli. Mereka masih berangan Anwar mampu menyatukan parti-parti politik pembangkang di negara ini dan seterusnya memimpin kerajaan Malaysia seandainya mereka diberi mandat.

Tapi hari ini semuanya jelas  bila pada hari penamaan calon pun, sudah 1 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN yang ditandingi sesama sendiri parti komponen PR ini, apa kata macai-macai Pakatan Haram sekarang ???
Kerusi Parlimen dan DUN yang terlibat adalah:-
  1. Parlimen Labuan (PAS vs PKR)
  2. DUN Kota Damansara (PAS vs PKR)
  3. DUN Sg Acheh (PAS vs PKR)
  4. DUN Kota Putera (PAS vs PKR)
  5. DUN Seberang Takir (PAS vs PKR)
  6. DUN Bukit Besi (PAS vs PKR)
  7. DUN Panti (PAS vs PKR)
Masih lagikah Anwar itu pemimpin yang hebat dan layak menjadi Perdana Menteri bila dia tak mampu nak kawal parti-parti politik dalam Pakatan haram ni?

Hakikatnya, semua ini sungguh memalukan, rupanya Anwar hilang kawalan atas semua sekali terutama hubungan dengan PAS (semua kerusi terbabit melibatkan PAS dan PKR).  Ternyata Pakatan Rakyat ini memang hanya satu nama yang tidak ada erti langsung.  Setakat nak propa di sana sini saja.

Pulak tu, bukan sikit kerusi yang terlibat, 6 DUN dan 1 kerusi parlimen!!! Paling teruk pun masalah seumpama ini ialah pada tahun 2004 bila PAS dan PKR bertanding sesama sendiri di 2 kerusi DUN.

Pada BN, semua ini eloklah sebab undi yang akan pecah ialah undi pembangkang, bukan undi BN.  Tapi yang lebih penting, semua ini juga membuktikan bahawa BN adalah perikatan politik yang jauh lebih baik dari Pakatan haram ini.

Ini belum cerita kerajaan lagi, mahu berbunuh dibuatnya sebab nak berebut jawatan.

APA MOTIF DAP BERTANDING DIBAWAH LOGO PAS ???


Penasihat DAP, Lim Kit Siang menwar-warkan semua calon DAP di Semenanjung Malaysia akan menggunakan lambang Pas manakala calonnya di Sabah dan Sarawak menggunakan lambang Parti Keadilan Nasional (PKR) pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini, lapor bernama, walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam menegaskan parti pembangkang itu boleh menggunakan simbolnya sendiri.
Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataan medianya berkata pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Menurutnya, ROS hanya tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966 akibat pertikaian ahli-ahli mereka sendiri, namun pendaftaran parti masih sah.
“Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU 13,” kata Abdul Rahman.
Perkara sama turut ditegaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi jaminan kepada DAP bahawa parti itu layak menggunakan lambangnya pada PRU 13.
“Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita.
“Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP.
“Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka,” kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR kepada Sinar Harian Online hari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang petang tadi dilaporkan Roketkini.com berkata bahawa jaminan mulut ROS dan SPR itu tidak boleh dipercayai dan diterima.
Oleh itu calon-calon DAP akan bawa dua surat watikah ke pusat penamaan calon esok.
“Kita akan beri hak kepada calon-calon DAP untuk lawan dan tuntut hak untuk guna logo roket. Tetapi jika tidak dibenarkan, kita guna logo PAS,” ujar Guan Eng mengulang keputusan untuk bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.

“Cakap, kita mahu roket dulu, sebab ini simbol hati kita,” ujar Guan Eng dengan nada sayu lantaran taktik keji pihak-pihak tertentu yang mencuba untuk membunuh DAP kerana takut kalah dalam PRU 13.
Mengulas tentang kenyataan SPR dan ROS yang kononnya membenarkan logo roket digunakan, Guan Eng berkata, “Ini bukan janji ditepati,” dan menambah bahawa sekiranya dihalang, calon-calon DAP di Semenanjung akan menggunakan simbol bulan.
“Kita dipaksa, kita dianiaya, kita dinafikan hak menggunakan roket. Ini menimbulkan kemarahan rakyat, kerana BN main tipu, busuk hati Barisan Nasional, jahat BN!” katanya.

Saturday, 20 April 2013

GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALON P020 PARLIMEN PENGKALAN CHEPA


Alhamdulillah... selesai sudah proses penamaan calon untuk P020 Parlimen Pengkalan Chepa walaupun penyokong kedua-dua parti BN dan PAS yang bertanding terpaksa menunggu hampir 3jam sebelum nama-nama calon yang bertanding diumumkan tepat jam 11.25pagi tadi.

Dengan ini sahlah ketiga-tiga DUN dan Parlimen dalam Pengkalan Chepa akan ada pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan calon PAS yang akan ditentukan oleh rakyat Pengkalan Chepa di hari pembuangan undi pada Ahad 05 Mei 2013.

1. N05 - Kijang 
Tuan Haji Zaluzi Sulaiman (BN) 
lawan 
Wan Ubaidah Wan Umar (PAS) 



2. N06 - Chempaka
Wan Razman Wan Abd Razak (BN)
lawan
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 




3. N07 - Panchor
Che Rosli Hassan (BN)
lawan
Datuk Nik Amar Nik Abdullah (PAS)


4. P020 - Parlimen Pengkalan Chepa
Datuk Dali Husin (BN)
lawan 
DR Izani Hussin (PAS)


GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALON.


























Maaf Selingan.......