ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Thursday, 3 October 2013

PRK DUN SUNGAI LIMAU : PENAMAAN CALON PADA 23 OCT & HARI MENGUNDI PADA 04 NOV.



PUTRAJAYA, 3 Okt 2013 - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Okt.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata daftar pemilih itu mengandungi 27,222 pemilih dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

"Bagi pilihan raya kecil ini, tidak ada pengundi awal kerana tiada polis atau Angkata Tentera Malaysia yang mendaftarkan diri sebagai pengundi awal," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.

Sebelum itu, Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dariBN dengan majoriti 2,774 undi.

Ahad lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Shafian menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada SPR.

HOT!!! UAI BAKAL BERLAKON FILEM !!!


Seperti yang diuar-uarkan filem terbaru terbitan MIG Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang bakal menampilkan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus. Pastinya ramai peminat tegar beliau ternanti-nantikan filem ini adalah lakonan Ustaz Azhar yang pertama walaupun dikhabarkan hanya muncul sebagai cameo.
Kelibat penceramah bebas berstatus ‘selebriti’ dalam filem tersebut sudah pasti bakal menenggelamkan teraju utama filem ini iaitu Ajak dan Sharol dari kumpulan Shiro Raja Lawak.
Khabarnya Ustaz Azhar bersedia untuk turut berlakon di dalam filem arahan Pierre Andre ini selepas beliau ditawarkan dengan sebanyak RM30 ribu.
Benarkah dek kerana populariti hebat yang ada pada Ustaz Azhar Idrus selaku penceramah bebas sebelum ini membuatkan pihak penerbit sanggup menawarkan bayaran sejumlah itu hanya untuk kemunculan beberapa minit beliau?
Sejak tertirisnya trailer filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang dilaman Youtube baru baru ini pelbagai reaksi diberikan peminat, baik yang positif mahupun negatif. Tidak kurang juga yang menganggap kemunculan Ustaz Azhar tidak lebih kepada mahu mengeksploitasi populariti yang sedia ada pada dirinya untuk mengaut keuntungan yang maksima disaat sambutan filem melayu semakin layu.
sumber : buahmulut.com

AYAM BUSUK PUNCA KERACUNAN MAKANAN DI KENDURI KAHWIN.




Kita dikejutkan dengan tragedi menyayat hati dimana akibat daripada keracunan makanan, 4 orang terbunuh termasuk terbaru yang meninggal dunia semalam selepas menikmati juadah kenduri kahwin di Tanjung Dawai, Kedah Ahad lalu. Kita biasa mendengar kes keracunan makanan, cuma jarang dengar sehingga membawa maut. Semoga keluarga mangsa redha dan kuatkan semanga atas apa yang berlaku. Punca masih disiasat secara teliti tapi atas siasatan awal, virus Salmonella dikatakan punca kepada keracunan ini.

Kemaskini: 4 Orang Disahkan Maut
Terkini: Seorang lagi mangsa keempat keracunan Wan Razali Wan Yaacob, 56 disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. Untuk rekod 4 mangsa kini sudah meninggal dunia akibat keracunan makanan.
1. Nurshazana Mohd. Rashid (24)
2.  Mohd Nor Rahmat Yusof (11)
3. Ibrahim Mohamad (62)
4. Wan Razali Wan Yaacob, 56

Ibarat makan bangkai.. Itulah yang terpaksa dirasai oleh mangsa mangsa keracunan makanan yang berlaku di Tanjung Dawai Kedah beberapa hari lepas.

Rupanya ayam yang dibekalkan kepada tuan rumah sudah busuk. Menurut siasatan yang dijalankan kesihatan negeri Kedah mendapati bakteria salmonela terkandung dalam hidangan ayam berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik.."

Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya.

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.

Wednesday, 2 October 2013

PENGGALI KUBUR MAUT DALAM KUBUR YANG DIGALI SENDIRI !!!



Seorang penggali kubur maut akibat tertimbus selepas tanah pada liang lahad runtuh.

Menurut Superintendan Zundin Mahmood yang merupakan Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, berkata kejadian kira-kira jam 10.15 pagi di kawasan tanah perkuburan Kampung Penak, dekat Mentakab.

“Mangsa yang dikenali sebagai Zailan Hitam @ Hamid berusia 46 tahun manakala rakannya pula yang terselamat dikenali Mohd Nasir Musa juga berusia 40 tahun.

“Punca kematian mangsa dipercayai akibat patah tengkuk namun siasatan masih dijalankan. Ketika kejadian itu, mangsa bersama rakannya sedang menggali kubur seorang warga tua yang meninggal dunia akibat sakit tua,” katanya.

Menurut beliau lagi, mangsa tertimbus lebih setengah meter dan hanya kaki kanan mangsa terjulur keluar.

Katanya, rakan mangsa dan penduduk kampung yang berada di situ cuba menyelamatkan mangsa dengan menggali tanah menimbus mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat.

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْن …..alfatihah
Semoga Roh Arwah ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman.

AL-FATIHAH : PELUMBA BASIKAL TERENGGANU MATI KEMALANGAN !!!



PELUMBA basikal Terengganu, Mohd Asmui Ali yang maut dalam kemalangan di Kilometer 71, Jalan Kuala Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Pulau Serai jam 11.30 pagi tadi dibawa ke Hospital Dungun di sini, untuk dibedah siasat. Basikal mangsa dikatakan bergesel dengan rakan lain yang sedang menunggang ketika itu.  Mohd Asmui kemudiannya terjatuh dan dilanggar sebuah van yang mengiringi konvoi latihan tersebut. 

Gambar di atas diperolehi daripada seorang pengguna Facebook yang membuat posting ini.

Dalam posting yang baru dimuat naik itu, beliau berkata pelumba basikal negeri Terengganu ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat dilanggar kenderaan. Kejadian berlaku di Pulau Serai Dungun.

Al Fatihah buat mangsa.

Buat pemandu² & pengguna jalan raya yang lain di luar sana, berhati²lah semasa memandu & menggunakan jalan raya. Malang tak berbau.

TRAGIS !!! ISTERI MAUT DEPAN MATA !!!


PORT DICKSON - Seorang lelaki menyaksikan sendiri isteri kesayangannya menghembuskan nafas akhir dalam satu kemalangan di hadapan sebuah stesen minyak di Bandar Springhill, kira-kira jam 7.45 pagi semalam.


Mangsa, Khairol Barriah Che Som, 50, yang bertugas di Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI), mengalami kecederaan parah hampir keseluruhan badan, maut di tempat kejadian apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori yang secara tiba-tiba membelok ke kanan.

Menurut Muhammad Rosli, 52, semasa kejadian, dia dan isterinya ke tempat kerja di Port Dickson secara berasingan.

“Saya menaiki kereta manakala dia menunggang motosikal. Sebelum bertolak ke tempat kerja, saya ada memberitahu isteri agar sama-sama menaiki kereta, namun dia menolak kerana menurutnya dia mahu menguruskan beberapa perkara yang mana lebih mudah jika dia menaiki motosikal.

“Kami bertolak dari rumah bersama, dia berada di hadapan saya, manakala menaiki kereta mengekorinya dari belakang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba ada sebuah lori dari arah bertentangan membelok ke kanan dan berlaku pertembungan walaupun isteri saya sempat membrek motosikalnya,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Port Dickson, semalam.

Muhammad yang bekerja sebagai penyelia di sebuah hotel di sini berkata, dia segera memberhentikan keretanya sejurus melihat kejadian itu.

"Saya terus memangku dia dan keadaannya amat parah. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Namun, saya reda dengan ketentuan ini," katanya.

Sementara itu, difahamkan pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan namun masih terkejut dengan insiden berkenaan.

Jenazah khairol Barriah dituntut ahli keluarga dan dibawa pulang ke rumahnya Taman Gadong Jaya untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, kejadian berlaku di kilometer 15.4 Jalan seremban melibatkan sebuah lori pasir yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun dengan sebuah motosikal yang di tunggang mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


SH

CCTV ; AWAS MUSLIMAH ; PENCURI DALAM MASJID KETIKA SOLAT !!!


Kes kecurian di dalam masjid ketika jemaah sedang solat di masjid. Jemaah wanita di lihat menjadi sasaran pencuri. Astagfirullah, mungkin rakaman ini menjadi bukti kerana muka suspek dan bentuk tubuh badan masih dapat di cam. 



Tuesday, 1 October 2013

AKAR BENTUK WAJAH MANUSIA!!!


Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia.

Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu.

“Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini.

Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung.

Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.

“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya.

“Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya.

Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu.

Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.

“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.

Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu.

Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia.

Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu.

KARPAL SINGH AKAN LETAK JAWATAN JIKA DAP BERJAYA PERINTAH MALAYSIA. (VIDEO INSIDE)



Apa pendapat sahabat-sahabat? Mampukah Karpal Singh "bertahan" sehingga DAP berkuasa di Malaysia? Saya ingin mendengar komen sahabat sekalian. 

MUHASABAH DIRI : HARGAILAH ANAK-ANAK SEBAGAI AMANAH ALLAH !!! (VIDEO INSIDE)

Sedikit perkongsian dari buku 'Didik Anak Cara Rasulullah'. Bunyinya mungkin agak advanced tapi percayalah, proses mendidik anak bermula dengan cara kita mentarbiah diri kita. Saya mulakan dengan mukaddimah dari buku tersebut. 

Perkara pertama yang dilihat oleh seorang anak ialah rumah dan persekitarannya. Dan dari situ juga, dia melihat cara kehidupan ibubapanya dan mereka yang lain di sekitarnya. Jiwanya yang masih lentur mudah menerima segala sesuatu yang memberikan pengaruh terhadapnya. 

Imam Ghazali mengatakan "Anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan mutiara yang bersih tanpa ukiran dan gambar. Dia siap untuk diukir dan cenderung kepada apa saja yang mempengaruhinya. Jika dia dibiasakan dan diajarkan untuk berbuat kebaikan, maka dia akan menjadi anak yang baik. Dengan begitu, kedua orang tuanya akan berbahagia di dunia dan akhirat. Demikian juga guru dan pendidiknya. Sedangkan apabila dia dibiasakan berbuat jahat dan dibiarkan begitu saja seperti membiarkan haiwan ternak, maka dia akan sengsara dan binasa. Dosanya pun akan dipikul oleh orang yang bertanggungjawab untuk mengurusnya dan walinya."

Rasulullah bersabda:
"Setiap anak yang lahir sebenarnya dilahirkan di atas fitrah (alami). Kedua orang tuanyalah yang akan membuatnya menjadi yahudi, majusi atau nasrani."

Berdasarkan ini, Abd 'Ala mengatakan melalui syairnya:
"Anak-anak kita akan tumbuh menurut apa yang dibiasakan oleh orang tuanya. Anak tidaklah menjadi tercela oleh akalnya, namun orang-orang dekatnya yang membuatnya menjadi hina."

Jika rumah mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan anak, maka untuk menjadikan rumah sebagai asas pengajaran, rumah tersebut haruslah dipenuhi dengan perkara yang dapat menanamkan roh keagamaan dan keutamaan terhadap jiwa anak."

ADA 3 PERKARA MILIK MANUSIA YANG BOLEH DIBAWA MATI :
1. Harta yang halal yang disedekahkan, diwakafkan dan digunakan untuk kebaikan.
2. Anak yang didik dengan baik sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah.
3. Ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain dan orang itu juga memperoleh manfaat daripada ilmu tersebut.
Insya Allah.. ketiga-tiga nikmat itu akan tetap dinikmati sesudah mati.