ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: February 2018

Friday, 16 February 2018

KASIHAN ANWAR IBRAHIM : PERLU TUNGGU TAHUN 2020 UNTUK JADI PM KE 8

1. Simpati melihat nasib Dato' Seri Anwar Ibrahim dan sekalian penyokongnya. Mereka tidak sedar sedang ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr Mahathir, musuh ketatnya dulu yang kini sudah bertukar menjadi bos no 1 Pakatan Harapan. 

2. Pihak Jabatan Penjara Malaysia mengumumkan tarikh Anwar dijangka dibebaskan ialah pada 08 Jun 2018.
Pakatan Harapan pula sebelum ini berjanji untuk berusaha mendapatkan pengampunan Diraja agar Anwar dapat menjadi calon PM ke 8. 

Pada penghujung Konvensyen PH, mereka mengumumkan Muafakat Pakatan Harapan yang antaranya menyebut;

"Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8;"

3. Hari ini, Tun M berkata 2 tahun cukup untuk beliau “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.

Oh, baru saya faham maksud 'segera' dalam Muafakat PH itu ialah 2 tahun rupanya. 

Impian PKR untuk melihat pemimpin sanjungan mereka, Anwar Ibrahim bergelar PM kelihatan masih jauh panggang dari api.

Mereka perlu sabar menunggu sehingga tahun 2020 kerana Tun M mahu menjadi PM selama 2 tahun lagi. 
Silap gaya impian Anwar sebagai PM ke 8 itu akan berkecai dan hanya akan tinggal kenangan kerana tidaklah mustahil bagi pemain politik licik seperti Tun M ini melantik anak kesayangannya si Mukhriz sebagai penggantinya di takhta.

Tuesday, 13 February 2018

PRU 14 : PERTEMBUNGAN TIGA KUASA PAKATAN


Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini menjadi satu pilihan raya istimewa apabila berlaku pertembungan antara tiga kuasa pakatan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tempoh PRU14 yang ditunggu-tunggukan itu semakin dekat.

Justeru, katanya PRU14 kali ini menjadi istimewa apabila akan berlaku pertembungan besar antara tiga buah pakatan parti yang besar.

Beliau menegaskan PAS sendiri berada dalam satu pakatan Gagasan Sejahtera yang terdiri dari Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

"Kita sekarang sudah dekat dengan PRU14. Apa yang istimewanya dalam PRU akan datang ialah satu pertembungan besar di antara tiga buah pakatan atau kumpulan parti yang besar, yang akan bertarung pada pilihan raya akan datang.

"Kita, PAS berada dalam satu pakatan iaitu Gagasan Sejahtera yang adanya parti Ikatan dan Berjasa.

"Kita (PAS) akan berhadapan dengan dua musuh politik. Kita bukan sahaja berlawan dengan Barisan Nasional (BN). Bahkan, kita juga berlawan dengan Pakatan Harapan (PH).

"Cuma dua ini berbeza kerana satunya adalah parti pemerintah (BN) dan satu lagi parti pembangkang (PH) yang turut bersaing dengan kita dari Gagasan Sejahtera yang diketuai oleh PAS untuk mara ke Putrajaya," Insya-Allah, jelasnya.

Thursday, 1 February 2018

WAKTU AFDAL ZIARAH KUBUR

RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka. 

SATU KALI ANDA SEBAR MUNGKIN DAPAT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI

Tajuk : Adab menziarahi kubur.
Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yang menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ustaz Norazan.