ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Friday, 22 December 2017

TAZKIRAH JUMAAT PENGHULU HARI

*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada muslimin serta muslimat yg dikasihi....
*TAZKIRAH PENGHULU HARI*
*================*
*TAJUK : MEMBUKA PINTU REZEKI*

*Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata....*

          *"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...*

            *Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"*

*Huraian hadith:*
*-jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)*
*-Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)*
*-Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah*
*-Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)*
*-Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah*
*Kesimpulannya:*
*-Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.*
*-Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang , ilmu dsb nya)*
*InsyaAllah, Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba ...... Allahhuakhbar. ..*
*Insya Allah*


TAZKIRAH : SUAMI KU MILIK IBUNYA


Aku milik suami ku dan suami ku milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu ingat bahawa..Dia adalah wanita yang mengandung suami ku dalam kepayahan selama 9 bulan...

Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku...

Aku tidak pernah keluarkan wang seposen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan SANGAT BAHAGIA MENJADI ISTERINYA setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku...

Cemburu? Pasti dia cemburu.. Aku wanita asing, yang kini selalu disayang2 oleh anak lelakinya. Harta anak lelakinya tercurah untuk ku nikmati. Padahal ia yang melahirkan, membesarkan dan mendidik...

Teringat nasihat ibu ku tercinta, "Nak.. sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya. Kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti. Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu.. segala sesuatu pasti ada timbal baliknya". Dan tangis ku makin deras..

Oh suami ku.. bahagiakanlah ibu dan bapa semampu mu. Semoga kelak anak2 kita pun membahagiakan kita, sebagai balasan bakti mu pada ibu bapa mu...

 Seorang  suami yg berbuat baik kpd ibubapanya... akan berbuat baik kpd isteri dan anak2nya...

 😭😭😭😭😭😭
bacalah kaum hawa

"INGINKAH KAMU SELALU BERSAMA TUHANMU???"

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Maka Penuhilah Hatimu Dengan Sifat Sabar Yang Tiada Batasnya.

"🔴Wajib bersabar dan redha atas segala ketentuan taqdir Allah SWT. Para Ulama, hampir seluruhnya menyebutkan bahawa BERSABAR ITU WAJIB. Sabar terhadap setiap ujian (musibah, bencana, penyakit dll.) dan sabar menempuhi apa pun aturan dan taqdir Allah SWT terhadap kita. Jangan sesekali pernah hilang sabar. Tidak akan menjadi orang yang bersyukur jika kita tidak memiliki hati yang didiami sifat sabar yang tidak terbatas."

🔴Hakikatnya, sabar itu tidak memiliki batas sebagaimana ganjaran yang Allah sediakan bagi mereka yang bersabar pun tidak berbatas. Allah SWT berfirman,

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“🔴Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
(QS. Az-Zumar: 10)

Ibnu Al-Jauzi mengatakan dalam Tashil li Ulumi At-Tanzil, 
“🔴Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. Ayat ini dapat ditafsirkan dengan dua makna. Pertama, orang yang sabar akan mendapatkan balasan pahala atas kesabarannya dan Allah tidak menghisab amalannya. Mereka inilah yang dijanjikan masuk syurga tanpa hisab. Kedua, balasan orang yang melakukan kesabaran itu tidak terbatas, lebih banyak dari apa yang diperhitungkan dan lebih besar daripada apa yang ditakar di mizan pahala, inilah pendapat kebanyakan ulama."

Tidaklah payah untuk menyedarkan diri tentang perlu bersabar, dan terus bersabar, iaitu dengan cara :

"🔴Selalu ingatkan hati bahawa setiap apa yang berlaku, itu cuma ujian Allah dan cobaan yang datangnya dari Allah. Setiap Ujian-Nya mampu pun kita pikul dan ia ada tarikh tamatnya. Allah tidaklah sesekali mahu menzalimi hamba-Nya. Dengan cara ini (selalu kembali kepada Allah) maka kita akan selalu redha dan akan sentiasa bersyukur kepada-Nya"

Dari Abu Shuhaib bin Sinan r.a., dia berkata, bahwa Rasulullah Saw. bersabda:

“🔴Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya baik baginya. Dan yang demikian itu hanya ada pada seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan jika mendapat musibah dia bersabar, maka sabar itu baik baginya.”
(HR. Muslim).

🔴Pincanglah atau tidaklah sempurna iman seorang Muslim itu andai tiadanya sabar, sepertimana sabda Nabi saw :

“🔴Iman terbagi dua, separuh dalam Sabar dan separuh lagi dalam Syukur.”
(HR. Baihaqi).

🔴Sabar adalah amalan yang sangat agung, sehinggakan Allah SWT firmankan bahawa Allah SWT bersama orang yang sabar.

وَاصْبِرُوا إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“🔴Dan bersabarlah! Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” 
(QS. Al-Anfal:46)

🔴Dari ayat ini dapat kita fahamkan dan katakan bahawa ketika kita memilih untuk tidak bersabar bererti kita telah memilih untuk tidak bersama Allah dan sengaja melepaskan-Nya. Itu secara langsungnya menjauhrahmat dan perlindungan-Nya

🔴JANGAN PERNAH BERKATA "AKU SUDAH HABIS SABAR...." KERANA ITU TANDA RUNTUHNYA ATAU TIADANYA IMAN DI HATIMU DAN ITU JELAS CIRI-CIRI ORANG YANG TIDAK BERSYUKUR KEPADA ALLAH...


"🔴Bila kau mengaku mencintai Allah SWT, pasti kau akan senang bila selalu bersama-sama dengan yang dicintai. Salah satu cara untuk selalu bersama Allah SWT adalah dengan memiliki sabar yang tiada batasnya. Ia mungkin bukan satu hal yang mudah, tapi itu bukan soalnya. Soalnya apa benar kau mencintai-Nya atau kau tega menolak untuk selalu bersama-Nya?"

ASSALAM PAGI JUMAAT... ASSALAM TAHAJJUD.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati

https://youtu.be/BWbQ2CZt0iY
Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hatilah yang hakiki kalau hati itu bersih....
(PANDANGAN MATA)

Jahat atau Baik kita.
Solat jangan ditinggalkan.
Solat Bukan sebab kita baik.
Solat sebab perintah Allah.
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...

Ada orang tidak dapatt Nikmat pun dalam solat...renung sejenak,  apakah solat kita sekadar perlakuan solat ?

Solat lah... Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...
Berapa Ramai yang  kejar2 Mencari duit, harta kekayaan Tanpa solat..?
Rezeki sentiasa dirasa tidak pernah cukup.....
Kerana  kita merasa duit adalah segala2nya.
Maka kita menjadi hamba kepada duit....

NABI saw tidak kagum dengan pangkat & kekayaan manusia.
Jika tidak, sudah pasti Gunung yang hendak di tukarkan kepada emas tidak ditolak oleh BAGINDA...

Syukur Tanpa hilang Allah....itu lah perjuangan hidup....
Yakinlah dengan solat ....solat Akan merubah seluruh Kehidupan kita...

Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....
Kalau dah mati...
Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
Dapat anak yang pandai Al Quran itu bonus...
Sedekah masa hidup itu bonus...
Ilmu yang di kongsi itu bonus...

Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati....
Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...

Takut macam mana pun dengan mati...tetap Akan mati...
Berani macam mana pun ...tetap Akan mati
Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...
Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....
Mati itu pasti...
Sakaratul maut itu pasti...
Alam barzakh itu pasti...
Ingat mati ...

Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....
Kita tak bawa segunung harta setelah mati. 
Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....

Pesan Pada Hati❤
Selamat Bertahajjud & Assalamulaikum....


RENUNGAN BERSAMA... MUHASABAH DIRI SEBELUM MELELAPKAN MATA

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hati manusia ini mudah berbolak-balik,mudah berubah, mudah diperdaya.

amun,kekuatan yang diperlukan haruslah di cari.Carilah,dampingilah insan-insan yang hatinya dekat dengan Allah. Hadirnya meredupkan hatimu, hadirnya menenangkan kegelisahan dirimu, hadirnya menunjuki dirimu jalan yang menuju kepada kehidupan abadi yang disuluhi cahaya Illahi.

Sama-sama kita muhasabah diri.
Istighfar... 
Istighfar... 
Istighfar... 

Moga mati kita dalam husnul khotimah...

Zikir Sebelum tidur yang sahih dari hadith

Ia adalah antara amalan yang menjadi faktor penyebab seseorang itu senang di akhirat tatkala amat jauh lebih baik perbandingannya dari kesenangan  memiliki pembantu rumah yang ramai..

Subhanallah 33X
Alhamdulillah 33X
Allahu Akbar 34X

۞ Sebelum tidur.
Maafkanlah semua orang..,Nescaya ALLAH akan bagi ketenangan kepada kita, Inn Shaa ALLAH..😊🌺

Perbanyakkan Selawat..💎
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Ali Sayyidina Muhammad

TERIMAKASIH SEMUA...💖💖😍😍😍
Teruskan perkongsian...

Selamat malam sahabat fillah.

Thursday, 21 December 2017

JAMBATAN SALOR - PASIR MAS DIBUKA 2 MINGGU


JAMBATAN Salor - Pasir Mas akan dibuka selama dua minggu bermula esok bagi melancarkan aliran trafik di kawasan itu khususnya menjelang persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrustruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad, berkata jambatan berhampiran Bulatan Lemal itu bagaimanapun masih dalam pembinaan.

Katanya, ia dibuka sementara bagi melancarkan laluan khususnya melibatkan pengguna yang berulang alik ke Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang.

"Kerja-kerja perlaksanaan jambatan tersebut sudah di peringkat 60 peratus.
"Bagaimanapun ia akan dihentikan buat sementara waktu," ujarnya.

Hanifa berkata lagi, laluan sepanjang 270 meter itu akan dipantau pekerja dari Jabatan Kerja Raya (JKR)  bagi mengawal keadaan.

Beliau seterusnya memberitahu, antara tujuan laluan tersebut dibuka adalah bersempena persekolahan bakal dibuka tidak lama lagi.

Tambahnya, ia akan  memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tanpa perlu berdepan dengan masalah kesesakkan lalu lintas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Tambah beliau, jambatan bernilai RM114 juta termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di Bulatan Lemal itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2019.

“Jambatan tersebut yang mula dilaksanakan sejak tahun lalu sepatutnya siap pada awal Januari tahun hadapan.

"Bagaimanapun disebabkan beberapa masalah ia mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan,” katanya.

RESEPI PERSAHABATAN

Resepi Biskut Persahabatan
🌹🌹🌹

Bahan- bahannya :-

1 sudu besar senyuman😊😊😊
1/2 kg senda gurau 😅😅😅
1 gelas sayang menyayangi😍😍😍
1 pinggan hormat-menghormati👍👍👍
1 cubit faham memahami😃😃😃
Banyakkan kejujuran dan keikhlasan💐💐💐

Cara-caranya:

★Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang. ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni.

★Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain . Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.

★Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau dan kacau sehingga wujudnya kemesraan . Tambahkan pula kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa . 

★ Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya , tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan.

★Akhir sekali , hidangkan resepi ini untuk membuka selera persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu dapat restu dari-Nya .
smoga kita jdi sahabat hingga ke jannah
Aamiin
♥♥♥

PERHIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN AKAN DIADAKAN PADA 22 DISEMEBER INI.


Perhimpunan besar-besaran bagi menunjukkan semangat solidariti membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan diadakan di Masjid Putra di sini, Jumaat depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dijadual memberi ucapan pada perhimpunan itu.
Katanya, perhimpunan itu yang dijadualkan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4 petang, akan turut membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam.
"Saya menyeru seluruh rakyat dan pemimpin NGO tanpa mengira agama untuk berkumpul dan menghadiri perhimpunan bagi memberi sokongan sepenuhnya kepada usaha Malaysia," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pendirian Malaysia yang dibawa Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki, Rabu lalu, menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam isu berkenaan.
"Kita yakin langkah yang disebut Perdana Menteri dalam sidang kemuncak luar biasa itu adalah suatu keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap dasar dan keputusan kerajaan AS di bawah pimpinan Donald Trump," katanya.
Pada sidang kemuncak luar biasa itu, Malaysia mengutuk dan menolak keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, sebaliknya mengiktiraf sepenuhnya bandar suci itu sebagai ibu kota Palestin.
Serentak itu, Perdana Menteri menggesa OIC bersatu dan senada, bagi memastikan sebarang percubaan mengubah status quo serta keadaan bandar suci umat Islam itu tanpa restu rakyat Palestin, dihalang dan ditolak sekeras-kerasnya.
NOTE :-
TPM mengajak semua rakyat Islam berhimpun bagi memberikan sokongan agar membantah puak Israel atas baitulmaqdis...
Diharapkan semua pihak memberikan kerjasama sebagai umat Islam kata TPM DS zahid.

Wednesday, 20 December 2017

GURU ZAMAN DULU TIDAK DISERET KE MAHKAMAH.


1. “Cikgu pukullah anak saya ni ! kalau dia degil dan malas ! Jangan sampai patah riuk sudah lah cikgu !” 
... begitulah nada tegas Al Marhum ayah kepada Cikgu Muharram sewaktu menyerahkan saya kepada pihak asrama Sekolah Menengah Dato’ Mahmud Mat Tanah Putih Pekan pada awal tahun 1983 yang lalu.

2. Masih segar dalam ingatan saya. Sehinggakan rakan-rakan sebaya yang juga baru daftar masuk ke Tingkatan 1 jadi terkedu. Arwah ayah memang garang dalam mendidik anak-anaknya. Namun saya bangga dengan didikan arwah ayah yang tegas begitu.

3. Hu hu , akhirnya memang saya betul-betul “dikerjakan” guru yang mengajar ekoran kedegilan dan kenakalan saya sendiri. Denda paling popular ialah kena lari keliling padang beberapa kali. Kena pulas perut dan tarik rambut dipelipis tu usah dibilang lah. Hampir setiap minggu bila kami gagal siapkan kerja sekolah.

4. Kenangan yang paling mengesan dijiwa apabila saya dirotan oleh Cikgu Muharram. Masa tu beliau adalah guru disiplin. Kesalahan meloloskan diri dari pagar sekolah untuk ke luar ke Pekan. Sungguh perit. Berbirat di tapak tangan dan punggung.

5. Timbul hasrat saya nak mengadu kepada ayah atas denda berat dari Cikgu Muharram. Tapi saya batalkan niat. Kerana saya sangat yakin, kalau saya mengadu, ayah akan pantas hubungi Cikgu Muharram dan pasti dia akan minta ditambah hukuman. Maka lebih baik saya diam.

6. Bila saya kongsikan pengalaman ini kepada rakan-rakan dalam pertemuan reunion pelajar SMDMM beberapa tahun yang lalu, rupanya rakan-rakan saya pun boleh dikatakan mempunyai pengalaman serupa. 

7. Tidaklah kedengaran ayah-ayah kami datang ke sekolah memarahi para guru kerana meng”hukum” kami. Jauh sekali mengheret guru ke mahkamah semata-mata kerana men”didik” kami dengan segala macam denda.

8. Malah rata-rata kami mengakui, antara kenangan terindah kami ialah “denda-denda” yang guru kenakan ke atas kami dan kerana itulah Alhamdulillah, kami jadi manusia.

9. Penghujung tahun lepas, saya bertemu dengan guru saya cikgu Hanan dari Ganchong, yang kini uzur kerana penglihatannya tidak lagi berfungsi seperti biasa. Sambil merasa tangannya ke muka saya, beliau berkata ...

 Alhamdulillah, tak sia sia aku pukul awak  dulu. Jadi manusia juga akhirnya !

10. Ha ha , saya ketawa kecil mendengar kata-kata itu. Tapi itulah realiti. Saya bangga dia masih mengingati saya malah saya sangat berterima kasih kerana didikannya saya berjaya. Saya dan rakan-rakan karib seperti Usop, Sofi, Pudin dan lain-lain (yang panjang senarainya untuk di tulis di sini) memang sangat bersyukur kepada Allah swt. mempunyai guru seperti beliau.

Melestari Hidup Positif
Sekian.

KENAPA KITA PERLU BERBEKAM ???


Bekam merawat semua penyakit melalui  kebaikan gantian darah dengan pembuangan sel darah mati yang mendap di bawah kapilari kulit manusia. Ini kerana manusia mempunyai sistem perkumuhan ( detox) dan pembaharuan sel (recel). Bekam membantu kedua2 proses ini lebih lancar seterusnya merawat semua penyakit manusia.

Diabetis atau kencing manis biasanya terjadi apabila kegagalan pankreas merembeskan insulin cukup untuk keperluan badan.Ini menyebabkan kepekatan darah berlaku akibat berlebihan gula yg tidak diterima oleh sel tubuh manusia. Kandungan gula terperangkap ini akan merosakkan organ2 penting seperti buah pinggang,mata dan hati. Kelikatan darah ini juga mengganggu aliran darah ke bahagian kaki dan menghalang gantian sel berlaku, seterusnya mengakibatkan gengrain, kaki dijangkiti kuman merbahaya dan di potong . Bekam membantu mengurangkan kelikatan darah tersebut selain membantu menguja pertumbuhan sel darah baru yg lebih aktif merawat penyakit ini berperingkat2. Pesakit Diabetis yg bersenam, berpantang, berbekam dan sentiasa menjaga disiplin pengambilan ubat akan hidup sihat seperti tiada penyakit sebenar ( diabetis) yg mengganggu kehidupan sehariannya.

Guot atau acidic yg berpunca daripada lebihan urid acid dalam badan menyerang sendi2 tulang dan membentuk kristal dari urid acid..pesakit menderita kerana keradangan yang bertambah teruk apabila pesakit memakan makanan dari jenis purine protien ( udang,sotong,daging merah dll). Sifat acid yg merosakkan tisu2 sel darah lebih menerukkan keadaan. Bekam membantu mengurangkan kadar acid urid dalam darah dengan direct detox (buang terus) dan penderita gout dapat lega sementara merawat dengan berpantang, pengambilan lobak putih mentah ( dibuat jus atau ulam).. Betapa bahayanya apabila pembentukan kristal urid acid ini berupaya terbentuk pada organ2 lain..Contohnya batu karang,bengak prostat, gagal ginjal selalunya juga berpunca dari lebihan acid urid ini..bekam & pantang mengawal penyakit ini supaya tidak jadi lebih bahaya.

Stroke atau angin ahmar berlaku tanpa diduga kepada sesiapa sahaja. Mereka yg lebih berisiko salalunya mempunyai tahap tekanan darah yg agak tinggi dari biasa. Stroke berlaku apabila "sesuatu" yang menyebabkan tekanan darah naik mendadak dan memecahkan pembuluh darah dalam otak. Banyak perkara yg menyebabkan sistem kardiovescular itu terganggu..antaranya penyempitan salur darah sama ada oleh kolestrol ataupun pengecilan salur darah itu sendiri. Ada juga berpunca dari gangguan limphatic berlebihan mendadak. Ada juga berpunca dari gagal buah pinggang berfungsi dan menghasilkan tekanan tinggi pada darah. Tidak kurang juga yg berlaku hasil impak kemalangan dalam keadaan tekanan darah yg tinggi. Banyak lagi sebenarnya punca2 stroke ni. Bekam merawat stroke dengan membuang lebihan sel darah mati kemudian menguja sel darah baru.Bekam mengurangkan tekanan darah pesakit yg berisiko merosakkan organ2 lain. Pesakit stroke memang sangat perlu berbekam dan rawatan utama penyakit stroke ialah perlu kerap berbekam.

DVT atau deep vane thrombosis jarang kita dengar tetapi kerap berlaku kepada mereka2 yg seringkali travel atau kerap memandu jauh tanpa menghiraukan kepentingan air untuk badan. Apabila air tidak mencukupi, hemin dan globin darah ( hemoglobin) tidak seimbang.Hal ini akan menyebabkan darah menjadi beku pada satu2 tempat didalam salur darah. Darah beku itu akan menyumbatkan salur darah terutama di bahagian injap salur darah.Selalunya simptom jelas apabila kaki pesakit mula bengkak dari biasa. Walaupun deep vane thrombosis ini tidak begitu merbahaya. Namun kesan selebihnya jika tidak di rawat akan membawa risiko serangan jantung atau paru2 ( pulmunary ambosis) jika berlaku pergerakan mendadak darah beku tersebut. Bekam berupaya menstabilkan kelikatan darah dengan ransangan gantian darah baru. Selain itu bekam berupaya mengurangkan tekanan pada kaki yg bengkak itu dengan detox darah keluar. Peredaran darah dengan ransangan bekam akan perlahan-lahan mencairkan darah beku tadi dengan bantuan diet yg betul.

Kestabilan Hormon juga satu kepentingan dalam sistem badan. Ia mempengaruhi aspek emosi, psycology dan fisiology seseorang. Dengan hormon yg tidak stabil akan menambahkan tekanan emosi selain menjejaskan kesihatan seseorang. Kandungan darah yg beracun atau bertoxin dan banyak lebihan acid biasanya mengganggu rembesan organ2 kelenjar merembes hormon dengan baik. Atau lebih tepat hormon yg di rembes tidak sampai kepada organ atau sel yg memerlukannya disebabkan banyak halangan dalam aliran darah. Bekam dengan teori detox ini berupaya membuang halangan2 dalam darah seterusnya membantu sistem indocrine seseorang lancar. Masalah kitaran haid, over stress, seksual dan kulit sensitif biasanya dapat diatasi dengan kerap berbekam. Sebab itu orang yg berbekam kelihatan lebih berseri dan sihat (Hensem mcm aku).😅

Banyak lagi yg boleh dirawat dengan kaedah bekam ini. Sbb itulah bekam adalah rawatan sunnah yg sentiasa diamalkan Baginda Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Dengan sabda Baginda : 

"Sebaik2 rawatan adalah berbekam"..