ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SKMM SIASAT LAPORAN FITNAH THE MALAYSIA INSIDER

Friday 27 March 2015

SKMM SIASAT LAPORAN FITNAH THE MALAYSIA INSIDER


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider yang menyatakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan, beliau amat kesal dengan laporan berita seperti itu yang cuba menggunakan nama Majlis Raja-Raja bagi menguatkan laporan namun sekadar memetik sumber.
“Perkara itu tidak benar. Ada pihak yang cuba memalitkan Majlis Raja-Raja dalam isu ini.
“Sepatutnya, setiap berita yang hendak disebarkan kepada umum mestilah mendapat pengesahan terlebih dahulu dan kita pula janganlah mudah percaya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kepada 686 penerima yang terdiri daripada kakitangan agensi-agensi kementeriannya di sini hari ini.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda akta dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery menyeru masyarakat agar tidak mudah percaya dengan berita seumpama itu dan perlu mendapatkan kesahihan daripada sumber rasmi atau yang lebih dipercayai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
“Penyiaran berita seperti ini sepatutnya mengikut peraturan yang betul sebelum disiarkan.
“Cara penyebaran berita seperti itu semacam sudah menjadi budaya kita tetapi kita pula janganlah percaya bulat-bulat dengan berita-berita yang dikeluarkan oleh media-media sosial itu,” katanya.
utusan

No comments:

Post a Comment