ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS JAWAB DAP, DAKWA GUANG ENG 'SPIN'

Wednesday 25 March 2015

PAS JAWAB DAP, DAKWA GUANG ENG 'SPIN'


  • Mustafa Ali

SHAH ALAM – Pas menafikan bahawa parti Islam itu dihasut membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai hudud dengan dijanjikan sokongan oleh kerajaan Persekutuan sepertimana didakwa DAP.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali menegaskan, tarikh yang didedahkan DAP itu dipercayai sudah dimanipulasi selepas tindakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar surat permohonan membawa RUU kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu. 

“Tak betul tu... ini mesti kena spin selepas (timbul) benda-benda lain laa ni, itu pun kalau dibenarkan, dia (DAP) sendiri faham trend itu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dalam kenyataanya semalam bahawa Umno telah menghasut Pas untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014 semasa sidang Dewan Rakyat dengan menjanjikan sokongan Barisan Nasional.


Ditanya mengenai perkembangan surat permohonan Pas bagi membentangkan RUU mengenai hudud di Dewan Rakyat, beliau berkata sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang jawapan. 


“Saya belum lagi (jawapan Speaker Dewan Rakyat), kita memang sudah hantar (surat permohonan bentang usul RUU) pada 18 Mac lalu.


“Saya tak pasti (bentang RUU pada sidang Parlimen kali ini), kalau itu (boleh) pun kena bacaan pertama saja, kalau peringkat ini (bentang) bukan bincang lagi, tunggu notis sahaja untuk disebut (dibaca),” ujarnya.


Sementara itu, mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar semalam mengenai mesyuarat khas Pas bagi membincangkan pendirian DAP itu, beliau mengesahkan perkara tersebut dan ia akan dibuat dalam masa terdekat.


“Kita akan bermesyuarat dalam masa terdekat, isu itu sahaja (pendirian DAP). Kita pun nak buat mesyuarat, isu itu pun kena mesyuarat selepas kita menerima cadangan,” katanya lagi.

SH

No comments:

Post a Comment