ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BENARKAH SUAMI TONTON FILEM LUCAH JADIKAN LEBIH SEKS ROMANTIK ???

Tuesday 31 March 2015

BENARKAH SUAMI TONTON FILEM LUCAH JADIKAN LEBIH SEKS ROMANTIK ???


Ada pandangan mendakwa hobi menonton filem pornografi boleh menjejaskan kehidupan seks pasangan yang sudah berkahwin untuk berlaku curang dengan pihak ketiga, namun pula lain cerita di Amerika Syarikat.

Kajian pakar seksologi Universiti California Los Angeles (UCLA) di sini dan Universiti Concordia, Montreal, Quebec; pusat pengajian tinggi terbesar di Kanada, mendapati hobi santai itu pun ada faedahnya kepada institusi perkahwinan.

Apa tidaknya, penyelidikan dua universiti terbaik itu merumuskan, lelaki berkahwin yang menontoh filem lucah secara rutin harian amat cenderung menikmati pengalaman bercinta dan berasmara lebih menarik bersama dengan pasangan.

Uji kaji itu melibatkan 280 suami termasuk hampir separuh daripadanya yang sudah lama berkahwin dan anak pun telah berumah tangga, kata Nicole Prause, saintis Jabatan Psikiatri di Institut Tingkah Laku Manusia dan Neurosains UCLA.

Responden sebelum menjalani penyelidikan disoal siasat mengenai corak kekerapan menonton filem porno dan tahap ghairah seksual serta kemudian baharulah diminta menyaksikan pelbagai filem lucah selama 25 jam dalam tempoh seminggu.

Lelaki ‘bertuah’ itu turut dikehendaki menyelesaikan sejumlah soalan akademik berhubung kegagalan ereksi batang kemaluan selain diminta menonton beberapa adegan erotis dan penuh seni kelucahan secara terkawal di dalam makmal khas.

Hasilnya, saintis menyimpulkan, golongan suami ‘terpilih’ itu selepas menonton filem genre tersebut didapati memiliki paras ghairah seksual dan kenikmatan yang lebih besar ketika melakukan aksi persetubuhan dengan isteri masing-masing.

“Mereka mempunyai pengalaman erotis paling kuat berbanding suami yang kurang atau langsung tidak pernah menonton filem lucah,” jelas Prause yang turut terkejut dengan keputusan luar biasa ujian berkenaan. – Agensi

No comments:

Post a Comment