ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUA MAUT KERETA REMPUH TRELER ( 8 GAMBAR )

Friday 27 March 2015

DUA MAUT KERETA REMPUH TRELER ( 8 GAMBAR )


Banting ~ Dua individu maut selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh treler di Jalan Sungai Buaya, Jambatan Pulau Carey, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 9.30 pagi itu menyebabkan mangsa seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 26 dan 29 tahun itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 9.46 pagi dan terus bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.

"Setibanya di tempat kejadian kami mendapati mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing kesan pelanggaran dengan treler berkenaan.

"Pihak hospital yang dihantar ke lokasi kejadian mengesahkan kedua meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan susulan," katanya.








No comments:

Post a Comment