ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: November 2014

Sunday 30 November 2014

TERSERAH KEPADA KELANTAN BILA MAHU BENTANG HUDUD DI PARLIMEN - JAMIL KHIR



KOTA BAHARU:   Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.

"Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs Peringkat Kebangsaan kali Pertama 1436/2014M di Balai Islam di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.

Mohd Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.

Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen.

Sementara itu Jamil Khir memuji langkah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengadakan tilawah berkenaan, dan berharap ia turut dilakukan di peringkat antarabangsa.

Tilawah itu dianjurkan oleh Telekom Malaysia (TM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Wakil dari Petronas Mohd Hazrizal Abd Aziz telah diumumkan sebagai johan bahagian qari, manakala Nor Syahidah Ismail dari Tabung Haji johan qariah.

Seramai 16 peserta yang mewakil sembilan GLC menyertai tilawah berkenaan.
 
 


HARGA PETROL TURUN MULAI ESOK

 
KUALA LUMPUR 30 Nov. – Harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.
 
Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

 Menurut Hasan, harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.
 
“Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
 
Pada 21 Nov lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.
 
Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.
 
“Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun),” katanya. – BERNAMA
 

PAS TERKENA TEMPIAS "ISU NEGARA ISLAM"


Ketika berbual-bual dengan tetamu semeja semasa makan malam di Kelab Tasik Kuala Lumpur Rabu lalu, tiba-tiba seorang kenalan Cina bertanya: "Apa beza kumpulan Negara Islam (IS) di Syria-Iraq dengan Negara Islam yang PAS mahu bikin di Malaysia? Sana Islam, sini pun Islam, tak sama ka?"
Hakikatnya, dalam kalangan bukan Islam, juga sebahagian umat Melayu-Islam, kekeliruan sebegini sangat lazim. Pada mereka, orang Islam di Arab Saudi, Iran, Afghanistan dan Pakistan sama dengan orang Islam di Nusantara, justeru sukar memahami kenapa berlaku pengharaman, pentakfiran, peperangan dan berbunuhan sesama sendiri. Mereka tidak dapat membezakan Sunah, Syiah, Wahabi, Qadiani, Qaeda, Jabhatun an-Nusrah, Daulah Islamiyah Iraq wa Sham, Jemaah Islamiyah, Hamas atau mazhab.
Premis kekeliruan ini mudah difahami. Mereka membandingkan prinsip perjuangan dan tindakan keganasan kumpulan IS, Taliban dan Boko Haram yang dilakukan atas nama Islam dengan apa yang mereka lihat di sini.
Di Malaysia, PAS adalah parti yang mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud andainya berkuasa pada peringkat Pusat. Ini jajaan politik PAS sejak tahun 1960-an, malah pernah mengeluarkan Amanat Hadi yang mengkafirkan UMNO dan kerajaan awal 1980-an dulu serta menerbitkan Dokumen Negara Islam pada tahun 2001.
Walaupun ia parti politik bukan militan, hakikatnya, ada ahli dan penyokong yang fanatik, taksub dan terbabit dengan keganasan atau menganggotai kumpulan militan. Apabila terbongkar kegiatan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) selepas Peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat, antara yang ditahan adalah ahli PAS termasuk Nik Adli Nik Mat, anak Mursyidul Am PAS. Juga diketahui ahli KMM ialah Mohd Lotfi Ariffin, 46, bekas banduan dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah. Beliau terbunuh di Syria September lalu.
Pada 19 November 1985, sekumpulan pengikut PAS bertempur dengan polis di Memali, Kedah. Mereka bersenjata, lalu diminta polis agar bersurai dan menyerah diri secara damai. Dalam peristiwa ini, ramai yang mati, termasuk pengikut PAS yang fanatik dan anggota polis.
Dalam kes lain, Ketua Kumpulan Al-Ma'unah, bekas prebet tentera Mohd Amin, memberitahu mahkamah sekitar tahun 2000 bahawa beliau dan 19 pengikutnya percaya ajaran parti Islam bahawa pemimpin kerajaan dan tentera-polis adalah kafir, toghut, zalim dan mesti diperangi. Mereka diajar membenci kerajaan UMNO-Barisan Nasional, sebaliknya menyokong parti Islam untuk mengguling kerajaan Malaysia dan menubuhkan Daulah Islamiyyah dengan negara atau wilayah Islam yang lain di Asia Tenggara.
Walaupun PAS kini tidak lagi mengkafirkan orang UMNO, namun dalam kalangan pemimpin dan penyokong rakan sekutu pakatan pembangkang, terdapat juga kekeliruan dan keresahan akan sikap PAS. Parti ini pernah menyetujui kandungan perjanjian bersama dengan DAP dan PKR untuk gugurkan hasrat penubuhan negara Islam, serta menerima Buku Jingga sebagai manifesto bersama dalam PRU2008 dan PRU2013, tapi sekarang bertegas mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Seperti ditegaskan Ketua Wanita UMNO Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, ketika berbahas dalam Perhimpunan Agung UMNO Rabu lalu, PAS tidak perlu lagi mahu membentuk atau mencipta sebuah negara Islam kerana Malaysia sememangnya sebuah negara Islam. Tiga fasa pembinaan negara yang dilaksanakan Rasulullah jelas dilalui Malaysia. Fasa pertama, memberi kesedaran mengenai Islam.
 
Ini dilakukan kerajaan melalui pendidikan, media massa, ceramah dan pelbagai medium. Proses memberi kesedaran berterusan hingga hari ini. Fasa kedua, membentuk nizam atau sistem. Nilai Islam diterap meluas dalam sistem pentadbiran, muamalat, kutipan zakat dan perniagaan, kehakiman dan mahkamah serta pendidikan. Untuk jaga aqidah, ditubuhkan Tabung Haji, institusi pengajian Islam, sekolah agama, produk halal, selain 6,263 masjid dan 17,286 surau seluruh negara. Fasa ketiga, mengekalkan peradaban Islam melalui keseimbangan dalam peradaban dan wasatiyyah.
"Dari perspektif kenegaraan, Malaysia bawah pentadbiran UMNO-BN menepati model negara Islam, mencontohi apa yang Nabi Muhammad buat dalam membina negara. Kejayaan Malaysia sebagai negara Islam diiktiraf dan dihormati seluruh dunia, malah pernah mempengerusi Persidangan Negara Islam (OIC).
Satu dunia nampak, terima dan iktiraf kejayaan Malaysia sebagai model negara Islam, baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan, sosial dan perundangan. Hanya PAS dan rakan sekongkol saja yang kabur, kebas dan dalam denial mode," tegas Dr Mashitah, yang diberi tepukan gemuruh dan 'standing ovation.'

- Juhaidi Yean Abdullah

SUAMI ISTERI TENGOK VIDEO BLUE UNTUK TIRU AKSI BARU ???

Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”



Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)

Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku pandauan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

foto hiasan

KENAPA DOKTOR TUNDUK HORMAT KEPADA MAYAT BUDAK INI ???


Doktor di SHENZHEN memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini.
 
Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya.

Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain.
Keluarganya menjelaskan bahawa dia mahu menyelamatkan orang lain daripada mempunyai rasa sakit yang dia alami dari penyakitnya dan "dapat hidup dengan cara yang lain."


Keluarganya juga bercakap tentang sekiranya ia masih hidup, kanak-kanak itu mahu menjadi doktor. Dia hanya mahu membantu orang lain.

Mengetahui bahawa ianya tidak akan berlaku, dia melihat ini sebagai pilihan yang terbaik seterusnya dalam membantu pesakit lain hidup dan sihat. Mereka yang menerima sumbangan beliau pasti akan bersetuju.
 

VIDEO NGERI : KESAN JAHITAN TERBUKA MENAMPAKKAN DENYUTAN JANTUNG !!!


Terkesima tatkala melihat video ngeri bekas jahitan yang terbuka secara tiba-tiba hingga menampakkan organ dalaman manusia seperti jantung ini.

Perkara sebegini boleh dikatakan acap kali dilihat oleh insan yang bergelar doktor. Namun, untuk manusia biasa, video ini sememangnya amat ngeri lagi menakutkan.

Video yang dimuat naik oleh laman LiveLeak ini terus menjadi viral seluruh dunia dan diperkatakan di media-media sosial.

Meskipun, keadaan ini nampak mengerikan tetapi pemilik badan dalam video tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda sedang menderita kesakitan.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut dengan selamba masih boleh bersembang sambil bekas jahitan yang terbuka itu menunjukkan jantungnya yang sedang kembang dan kempis.

Anda lihatlah sendiri video ini…..

ANGGOTA POLIS MAUT DALAM NAHAS


KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, maut apabila motosikalnya terbabas selepas bertembung dengan van dalam kejadian di Jalan Melawi-Jelawat di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Mohamad Shakuan Mohd Tajudin, dipercayai mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya mangsa merupakan anggota polis yang bertugas di balai Bachok.

“Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai tugasan mengawal lalu lintas dalam program jelajah basikal.

“Dalam perjalanan terbabit, tiba-tiba sebuah van dari arah bertentangan melanggar Mohd Shakuan yang menunggang motosikal berseorangan dari arah bertentangan dan akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan muka,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mangsa meninggal di tempat kejadian dan jenazahnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk urusan pengebumian di Kampung Parit, Perak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan raya (APJ) 1987 dan kita menahan pemandu van wanita yang terlibat untuk siasatan lanjut,” katanya.

KENAPA HARGA MINYAK JATUH MENDADAK ???


KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah dunia jatuh sehingga di bawah AS$70 setong - kejatuhan harga yang cukup dramatik sejak ia berada pada paras lebih AS$100 setong pada Jun.

Apakah faktor penyebab kejatuhan harga yang begitu mendadak ini?

Akhbar The Washington Post dalam satu analisisnya menyifatkan kejatuhan harga minyak mentah ini sebagai "berita ekonomi penting pada 2014".

Ia kemudian menyenaraikan sebab-sebab berikut yang mempengaruhi pergerakan harga komoditi berkenaan:


1. OPEC tidak buat apa-apa

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam mesyuaratnya pada Khamis memutuskan untuk tidak mengurangkan pengeluaran minyak.

Mesyuarat itu menjadi perhatian kerana ia adalah pertemuan yang dibuat ketika dunia mahu tahu langkah yang akan diambil oleh OPEC untuk menghentikan kejatuhan harga itu.

"Ia (OPEC) tidak berbuat apa-apa -- dan harga minyak mentah menjunam serta-merta," kata akhbar itu.

Ia kemudian menyenaraikan tiga faktor lain kenapa trend kejatuhan itu berterusan.


2. Pengeluaran minyak Amerika Syarikat dan dunia meningkat.

Biarpun OPEC mengawal pengeluaran minyaknya, pengeluaran oleh negara-negara lain meningkat.

Amerika Syarikat sendiri menyaksikan peningkatan pengeluaran minyaknya. Data yang dikeluarkan oleh Pentabdiran Maklumat Tenaga menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda tong minyak mentah dalam masa sehari dikeluarkan di Amerika Syarikat berbanding pada 2005.

The Washington Post juga mencatatkan bahawa Kanada turut meningkatkan pengeluaran minyaknya daripada hanya lebih kurang 3,300 tong sehari pada 2009 kepada lebih 4,000 pada tahun lalu.

Rusia juga meningkatkan pengeluarannya daripada 9,900 tong sehari pada 2009 kepada 10,500 tong dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, Libya kembali mengeluarkan minyak selepas operasi terhenti pada 2011 kerana krisis perang saudara.

"Ringkasnya, ada lebih banyak minyak di luar sana untuk dibeli, yang memberikan kesan boleh jangka kepada harga iaitu menurun," kata analisis akhbar itu.


3. Permintaan yang menurun di Jepun dan Eropah

Menurut The Washington lagi, biarpun Amerika Syarikat sudah mulai pulih daripada kemerosotan ekonomi yang dialaminya beberapa tahun lalu, banyak negara lain belum berjaya keluar daripada krisis yang sama.

"Mereka sedang bergelut dan itu mengurangkan permintaan terhadap minyak," kata akhbar itu.

Ia menyebut bagaimana di Eropah, purata penggunaan petroleum sehari pada 2010 dan 2011 ialah lebih daripada 14,000 tong.

Jumlah itu menurun kepada 13,000 setong sehari pada suku pertama tahun ini dan hampir sama pada suku kedua.

Pentadbiran Maklumat Tenaga juga mengatakan permintaan di Jepun juga sedang menurun.


4. Kecenderungan mengeluarkan kenderaan cekap tenaga

Ini satu lagi faktor yang dikemukakan oleh The Washington Post - kenderaan cekap tenaga yang mengurangkan penggunaan minyak.

Purata kecekapan minyak sebuah kenderaan ringan yang baharu di Amerika Syarikat pada 2013 ialah 58 kilometer bagi setiap gelen. Pada tahun 1980-an, jumlah yang sama hanya boleh digunakan untuk perjalanan sejauh hampir 40 kilometer.

"Jadi kesimpulannya, trend harga minyak ini pada dasarnya disebabkan oleh faktor ekonomi yang paling asas: penawaran dan permintaan," kata The Washington Post.
Astro Awani 

#PAU2014 : SOLIDARITI UNTUK MALAYSIA


Perhimpunan Agung Umno 2014 berakhir hari ini dengan satu mesej paling jelas iaitu solidariti untuk rakyat Malaysia.

Seluruh rakyat Malaysia tiada pilihan. Kestabilan politik dan perpaduan rakyat menjadi kunci utama bagi Malaysia kekal aman dan harmoni bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948, ketegasan berhubung hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, sebenarnya menjurus ke arah solidariti rakyat Malaysia.

Menggunakan pentas perhimpunan agung tahunan parti terbesar orang Melayu, yang mempunyai 3.47 juta ahli, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berani dan tegas berkata perkara berhubung hak istimewa berkenaan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

Ini membuktikan kerajaan mendengar dan mengambil kira pandangan rakyat yang membantah pemansuhan Akta Hasutan berikutan beberapa isu dan tindakan segelintir pihak yang menyentuh perkara sensitif sehingga menimbulkan ketegangan kaum dan agama.

Laungan mesej Perdana Menteri berkenaan solidariti iaitu bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu bukan sahaja untuk solidariti Melayu dan bumiputera, solidariti Umno, tetapi yang paling penting adalah solidariti rakyat Malaysia.

Dalam keadaan Umno sedang menyongsong arus perubahan dan menghadapi landskap politik yang berbeza lagi mencabar, parti tonggak Barisan Nasional (BN) bukan sahaja bertanggungjawab terhadap Melayu dan bumiputera tetapi seluruh kaum lain.

Ketegasan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan adalah untuk melindungi keselamatan seluruh rakyat Malaysia dan bukannya orang Melayu dan bumiputera sahaja.

Walaupun tindakan itu dilihat satu pusingan-U selepas Akta Hasutan dicadang dimansuhkan pada Julai 2012 itu bukan sahaja dikekalkan, malahan diperkukuhkan dengan dua peruntukan khas bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia

Kebebasan bersuara bukanlah segala-galanya. Demokrasi di Malaysia mestilah mengikut acuannya sendiri dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

"Ini mengenai perlindungan untuk semua. Kita tidak mahu konflik mana-mana agama dan etnik berlaku di negara ini. Kita akan lakukan yang terbaik untuk mencegahnya daripada berlaku, itu yang paling penting," kata Najib.

Mengenai Umno, Najib yang mengambil alih kepimpinan parti pada 2009, berkata parti itu mesti melahirkan barisan pewaris kepimpinan yang roh perjuangannya membara seperti pada mula-mula Umno ditubuhkan.

Mendengar keluhan dan rintihan anak muda yang ingin turut serta dalam perjuangan parti, Umno akan membuka pendaftaran keanggotaan secara online kepada anak-anak muda seawal usia 18 tahun, dan dikendalikan terus oleh bahagian pendaftaran Ibu Pejabat Umno pusat.

Bagi Umno merealisasikan peremajaan itu, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata peremajaan parti bukan sekadar menggantikan orang lama dengan orang muda sebaliknya diterjemahkan dalam konteks menyeluruh.

Para perwakilan yang menghadiri perhimpunan termasuk peringkat sayap, seramai 5,739 orang, rata-rata bersetuju gandingan pemimpin lama dan baharu penting dan diperlukan bagi memperkukuh parti meraih kembali sokongan rakyat, khususnya generasi muda.

Perhimpunan agung yang saban tahun dinantikan banyak pihak membicarakan pelbagai isu menyentuh agenda memperkasakan ekonomi orang Melayu dan bumiputera, memartabatkan agama Islam dan akses pendidikan serta hala tuju parti bagi memastikan parti itu sentiasa memenuhi aspirasi rakyat keseluruhannya yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.


-- BERNAMA

Saturday 29 November 2014

TAHNIAH MALAYSIA , LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA AFF


KUALA LUMPUR: Malaysia gah layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Nasional, malam ini. 

Kemenangan itu dengan dua gol pada lewat babak permainan membantu Harimau Malaya muncul naib juara Kumpulan B berbekal empat mata dan akan mengiringi Thailand yang muncul juara kumpulan. 

Gol Malaysia adalah sumbangan Safee Sali pada minit ke-61, Safiq Rahim (penalti, m-91) dan Indra Putra mahayuddin (m-95) manakala gol tunggal tuan rumah menerusi sumbangan Khairul Amri Kamal (m-83). 

Dalam perlawanan lain, Thailand muncul juara kumpulan dengan kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Myanmar 2-0. 

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Muhammad Shukor Adan (kapten), Safiq Rahim, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Gary Steven Robbat (Mohd Hafiz Kamal), Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali (Indra Putra Mahayuddin) 

SINGAPURA: Hassan Abdullah Sunny, Muhammad Shakir Hamzah, Muhammad Safuwan Baharudin, Ismadi Muhamad Mukhtar, Hariss Harun, Mohamad Shaiful Esah Nain (Muhammad Hafiz Abu Sujad), Muhammad Shahfiq Ghani (Muhammad Amirul Adli Azmi), Muhammad Faris Ramli, Mohammad Shahril Ishak (kapten), Fazrul Nawaz Shahul Hameed (Gabriel Quak Jun Yi), Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal. 

PENGADIL: Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said (Oman)

#PAU2014 : KEDUDUKAN UMNO & BN DALAM BAHAYA - @MuhyiddinYassin


Kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai penaraju kerajaan kini dalam bahaya jika persepsi dan pandangan orang muda terhadap parti tidak berubah.
Muhyiddin berkata jika situasi tersebut berterusan, dengan hanya penurunan dua peratus sahaja sokongan berbanding PRU13, BN boleh hilang kuasa sebagai penaraju kerajaan.

"Graf kedudukan kita sekarang menunjukkan penurunan, kalau situasi tidak bertambah baik, hanya dengan dua peratus penurunan undi kita dalam keadaan bahaya.

"BN pasti akan kalah; kita dalam keadaan amat bahaya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO, di PWTC petang Sabtu.

Menurut Muhyiddin, jika turun dua peratus BN hanya akan dapat 103 kerusi Parlimen dan untuk bentuk kerajaan memerlukan 112 kerusi.

"Sebaliknya jika kita kerja kuat dan naik sokongan dua peratus kita dapat 141 kerusi Parlimen, kalau naik 5 peratus 159 lebih dari majoriti dua pertiga," ujarnya.

Untuk dapat dua pertiga majoriti kerusi parlimen BN perlukan sekurang-kurangnya 148 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan kini.

Muhyiddin berkata dalam tempoh kurang dari 39 bulan menuju PRU14, persepsi dan pandangan orang muda terhadap UMNO dan BN perlu diubah.

"Kalau tidak ada pembaharuan, kedudukan kita berbahaya. Presiden komited untuk meluangkan lebih banyak masa untuk UMNO.

"PM akan korbankan masa lihat kepentingan parti, turun pada setiap kawasan," katanya lagi.

Untuk memastikan usaha mengubah persepsi dan pandangan orang muda itu berjaya, Muhyiddin berkata Badan Naziran Politik akan ditubuhkan.

Beliau menjelaskan, ahli-ahli yang tidak mempunyai jawatan dalam parti akan dilantik dalam badan yang dipantaunya itu.

"Ini langkah drastik. Saya akan pantau. Kalau ada kawasan kelabu jadi hitam, maka ada perkara yang perlu dilakukan. Inisiatif ini akan dilaksanakan awal tahun depan," katanya.

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin mengumumkan penubuhan Yayasan PIBG Nasional yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, dana sebanyak tidak kurang RM200 juta atas sumbangan kerajaan, Badan Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta akan diagih-agihkan kepada sekolah-sekolah luar bandar.

Mengulas mengenai pengumuman mengekalkan Akta Hasutan 1948 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin menjelaskan ia bukan satu desakan.

"Ada nyatakan kenyataan awal saya sebelum ini sebagai desakan. Ini bukan desakan, tetapi sebagai timbalan yang baik.

"Saya bersyukur dengan keputusan kekalkan Akta Hasutan dengan pengukuhan dan ditambah baik. Terima kasih," katanya

#PAU2014 : PERTAHANKAN KEKUATAN, SEMANGAT ANTARA KAUM DALAM BN - @NajibRazak



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ahli parti merenung kembali ramuan kekuatan antara kaum di dalam Perikatan yang membawa kepada kejayaan kemerdekaan negara.

Tegasnya, semangat itu harus terus dipertahan dan dipertingkat di dalam Barisan Nasional (BN) untuk menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

"Ada kata tidak perlu undi orang Cina. Kalau tengok dari segi sejarah, kenapa Tunku Abdul Rahman buat Perikatan kalau tidak menguntungkan kita.

"Tun Mahathir pernah sebut, dia kalah dulu, satu lawan satu; kalau dicabut 3,000 undi daripada kita diberi kepada pembangkang, defisitnya 6,000.

"Sebab itulah Tun Mahathir kalah. Undi orang Melayu tidak cukup hendak tampung sebab terkeluar ayat, tak perlu undi Cina. Itu satu pengajaran kepada dia," katanya semasa ucapan penggulungan Presiden pada Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Kerana itu katanya, UMNO melihat kepentingan menjaga BN, namun tidak sampai mengorbankan prinsip yang dekat di hati Melayu.

"Sebab semua orang kata orang Melayu adil, tegas. Itu kita. Kontrak Sosial sebab apa? Kita hendak bina Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya," jelasnya.

Najib turut menegaskan, pengumuman mengekalkan Akta Hasutan yang diumumnya merupakan suara hati rakyat yang harus didengar seorang pemimpin.

"Saya dapat rasa, sebagai ahli politik, pemimpin, mesti merasai denyut nadi rakyat. Saya ikuti perkembangan dan dengar pendapat.

"Saya boleh pilih untuk umum keputusan kerajaan di Parlimen tetapi saya tahu, ada satu lagi platform iaitu Perhimpunan Agung UMNO.

"Saya pilih di sini kerana saya hendak semua ahli UMNO sedar, sebagai Presiden parti, saya bertanggungjawab kepada semua ahli.

"Kalau suara UMNO hendak Akta Hasutan ini dikekalkan, maka saya pilih penuhi hasrat ahli UMNO semua," ujarnya.

Dalam pada itu Najib menyifatkan isu peremajaan parti harus melibatkan beberapa golongan di dalam UMNO.

"Kerjasama, satu haluan. Kalau jeling ke belakang, tidak akan wujud satu keadaan solidariti. Bagi peluang mana yang patut kepada orang muda. Lebih banyak peluang kepada orang muda tapi mesti layak, menepati jil UMNO.

"Ada kriteria-kriterianya. Bukan sembarangan orang. Masuk hari ini terus hendak bertanding. Tidak boleh. Ada masa kita perlu kepada orang lama," jelasnya.

BUDAK MENTAH BUAT HAL LAGI !!!


Kalau dilihat dari gambar ini, memang sudah cukup menggambarkan bahawa remaja masa kini lebih berani menunjukkan perkaluan tidak senonoh kepada orang ramai terutama sekali apabia mereka memuatnaik gambar di dalam laman sosial.

Seperti yang kita tahu rata-rata penduduk di Malaysia ini mempunyai akaun laman sosial, dengan sekali tekan sahaja semua gambar tadi boleh tersebar.

Bukan nak mengaibkan atau memalukan sesiapa tetapi untuk peringatan semua pihak terutama remaja kerana perkara ini tidak dipandang dengan lebih serius.

Kebanyakan orang akan berkata "biarlah, dosa masing-masing tanggung" tetapi harus diingat gejala ini boleh merebak dan mungkin akan terkena tempias saudara mara, Adik-beradik, anak kita nanti jika tidak dicegah dari sekarang walaupun gejala ini boleh dikategorikan tahap bahaya.

Cuba kita lihat dan nilai mana letaknya moral dan perasaan malu remaja sekarang ini. Adakah didikan agama yang diajar di sekolah mahupun di rumah tidak cukup. Ataupun undang-undang baru yang lebih ketat perlu diperkenalkan.

PASMA YAKIN PAS AKAN HILANG 14 KERUSI JIKA HJ HADI TIDAK UNDUR DIRI

PAS Kelantan didakwa bakal kehilangan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum ke-14.
Dakwaan itu dibuat oleh aktivis Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berdasarkan kajian trend pengundian di Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Kubor.
“Dalam PRK Pengkalan Kubor, undi PAS telah merosot sebanyak 18 %, jika kita mengandaikan sokongan kepada PAS di Kelantan menurun sebanyak 7 %, PAS Kelantan akan kehilangan 14 kerusi DUN termasuk satu kerusi PKR di Guchil dalam PRU 14 nanti,”dakwanya
14 Kerusi DUN milik PAS yang didakwa bakal hilang itu adalah; Jelawat, Gaal, gual Periok, Bukit Tuku, Pulau Chondong, Wakaf Bharu, Tendong, Semerak, Kemuning, Limbongan, Mengkebang, Temangan, Kemahang, Perupok dan satu kerusi milik PKR di DUN Guchil.
“BN hanya memerlukan pertambahan undi sebanyak 24 – 750 undi untuk merampaskan balik 14 DUN tersebut bagi membolehkan BN memerintah Kelantan dengan 26 kerusi DUN.
“Dalam PRK Pengkalan Kubor, BN berjaya menambah lebih 2000 undi berbanding undi yang diperolehi oleh Dato Kamaruddin Jaafar (PAS) dalam PRU 13 bagi DUN tersebut,”kata Che Ibrahim.
Menurut Che Ibrahim dua faktor yang menyebabkan undi terhadap PAS menurun di Kelantan.
“Ada dua penyakit besar yang bakal menjadi penyebab sokongan PAS semakin menurun, pertama, perpecahan dalaman PAS yang tidak nampak langsung ada usaha untuk mengurangkannya.
“Kedua, Kekecewaan pengundi tidak berparti terhadap kelesuan kerajaan negeri terutama dari pengundi luar dan anak muda,”katanya lagi.
Petikan MyMassa

KALAU AWEK CANTIK MACAM NI JADI MEKANIK.., KERETA TAK ROSAK PUN DATANG BENGKEL !!!


Kalau nak tengok kaum hawa bekerja di bengkel kenderaan, rasanya memang jarang sangat. Jika ada sekali pun, biasanya mesti jenis yang ‘kental’ dah macam lelaki.
Maka kalau dikatakan ada mekanik berupa gadis ayu dan cun kerja di bengkel siap buka enjin dan menyelusup masuk bawah kenderaan macam pekerja bengkel lelaki, memang susahlah nak percaya betul tak?
Percayalah.. di sebuah bengkel yang terletak di Bangi, terdapat awek cun bekerja sebagai mekanik di sana.
pomenppuan11
Kalau dilihat pada rupa, tak mustahil ada yang sanggup datang konon nak baiki kereta padahal tak ada rosak apa pun.
pomenppuan9
pomenppuan7
pomenppuan8
pomenppuan1
Bagaimanapun harus dinyatakan di sini, bengkel tempat awek ni kerja khusus untuk baiki kereta continental jadi kalau kalau kereta korang buatan Eropah dan rosak atau perlu servis silakanlah hantar kat sini dan sambil-sambil tu bolehlah kenen awek cun buat kerja bengkel macam mana kan… - MYNEWSHUB.CC

GAJI RAKYAT MALAYSIA RENDAH ???


Persoalannya adakah rakyat Malaysia sememangnya boros berbelanja atau hakikatnya gaji rakyat malaysia sememangnya rendah. 

Secara jujurnya jawapan diatas adalah berkaitan dengan gaji yang diperolehi oleh rakyat malaysia. Menurut sumber dari KWSP, simpanan KWSP bagi rakyat Malaysia adalah sangat rendah. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia memperoleh pendapatan yang rendah. 
Berdasarkan pengagihan gaji bulanan kepada KWSP untuk tahun 2013, satu pertiga atau 2.1 juta ahli aktif KWSP mempunyai pendapatan yang kurang daripada RM1,000, lebih tiga perempat (76.8%) berpendapatan kurang RM3,000, dan kira-kira 90% berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.
Jika dilihat dari data diatas, majoriti rakyat Malaysia mempunayi pendapatan dibawah RM5000. Dengan kenaikan harga barangan serta perkhidmatan, pastinya bukan hanya simpanan yang menjadi persoalan, tetapi dilihat lebih kepada memenuhi tuntutan perbelanjaan harian.  

Jadi untuk menyelesaikan masalah ni, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan serta pihak swasta yang terbabit untuk mengkaji semula jumlah gaji yang ditawarkan kepada semua pekerja yang layak. Namun harus diingat kedua-dua pihak perlu committed dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Gaji dan sumbangan harus selari. 

PESAKIT MENTAL MENGAMUK, 3 ANGGOTA POLIS CEDERA DITETAK


Tetak Polis

Pendang – Tiga anggota polis cedera ditetak dalam kejadian amuk melibatkan seorang lelaki yang mengalami masalah mental di Lampung Kerkau, di sini Khamis.
alam kejadian pada kira-kira 1 petang itu, suspek telah menyebabkan tiga anggota polis cedera akibat ditetak di kepala, jari dan kaki.
Seorang saksi, Annisaa Ismail, 35, berkata suspek yang berusia 28 tahun itu mengamuk selepas pihak polis cuba memujuk mangsa keluar dari biliknya untuk dibawa ke hospital.
“Masa kejadian saya tengah bakar ikan di luar sebelum nampak dua buah kereta polis masuk ke perkarangan rumah dia. Ada lima anggota polis yang datang ke situ.
“Ada polis yang pergi ke bahagian belakang rumahnya untuk lihat keadaan dan dalam pada masa sama seorang polis masuk melalui pintu depan dan terus ke hadapan bilik dia untuk pujuk keluar,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Annisaa berkata selang beberapa minit kemudian keadaan menjadi kecoh dan beliau melihat tiga anggota polis berlari keluar dari rumah dalam keadaan berlumuran darah.
“Dia (suspek) yang berada dalam bilik terus menetak salah seorang anggota polis di kepala menggunakan parang sebaik dia membuka pintu.
“Seorang lagi anggota polis yang cuba menyelamatkan rakannya memukul suspek dengan menggunakan cota. Suspek yang masih memegang parang turut menetak anggota polis itu,” katanya.
Katanya, seorang lagi anggota polis yang cuba menyelamatkan dua rakannya turut terkena libasan parang dari suspek.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Kesemua anggota polis yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala suspek dibawa ke Hospital Alor Setar (HAS) untuk rawatan lanjut.

JURUKIMPAL MAUT, RAKAN PARAH MOTOSIKAL TERBABAS REMPUH PEMBAHAGI JALAN !!!


Kuala Terengganu: Seorang jurukimpal berusia 23 tahun maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, 3.40 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Nur Hisam Roslan menunggang motosikal Honda EX5 serta membonceng rakannya Muhammad Amirrul Abd Manaf, 18, dalam perjalanan ke kediaman masing-masing di Bandar Baru, Pulau Kambing, di sini.

Malangnya, motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh besi pembahagi jalan di laluan berkenaan.

Kemalangan itu menyebabkan Muhammad Nur Hisam cedera teruk di kepala manakala Muhammad Amirul cedera parah di badan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan kejadian dan berkata, Muhammad Nur Hisam bagaimanapun meninggal dunia di HSNZ jam 8.30 pagi tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
hmetro

Friday 28 November 2014

#PAU2014 : ISU "RUMAH MAMPU TENGOK" DAPAT PERHATIAN PERWAKILAN


KUALA LUMPUR: Satira "rumah mampu tengok" yang mencuri perhatian pengunjung laman media sosial sebelum ini, mendapat perhatian perwakilan pada hari kedua perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2014, pada Jumaat.

Wakil Pahang Mohd Shahar Abdullah yang membawa isu itu berjaya menyegarkan perwakilan yang letih dan mengantuk bersidang di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Rumah mampu milik jangan hanya gah pada nama dan nampak cantik di dalam iklan sahaja tetapi harganya juga perlu mampu dibiayai golongan muda yang ingin memiliki rumah sendiri.

Jika mereka tidak mampu, maka kena tukar kepada 'rumah mampu tengok'," kata Ketua Pemuda Umno Pahang itu ketika membahaskan usul ekonomi.

Isu "rumah mampu tengok" juga pernah mendapat perhatian Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis perasmian serentak perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, Selasa lepas.

"Ada ahli UMNO di akar umbi memberitahu saya, rumah-rumah yang dibina dengan harga RM400,000 sebenarnya bukan rumah mampu milik, tetapi rumah mampu tengok sahaja.

Pandangan ini ada juga kebenarannya. Rumah-rumah yang dibina dengan harga terlalu mahal, terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, sudah tentulah tidak mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana," kata Muhyiddin.

Mohd Shahar berkata kerajaan perlu mewujudkan sistem caruman seperti yang dipraktikkan Lembaga Tabung Haji bagi tujuan menunaikan haji di Mekah.

Sistem caruman yang dimaksudkan adalah khusus untuk golongan muda mencarum bagi membolehkan mereka memiliki rumah sendiri pada usia muda.

"Mereka perlukan rumah sendiri. Kalau kita tidak bagi peluang dan adakan suatu mekanisme maka sampai bila-bila mereka tidak akan memiliki rumah idaman akibat masalah kewangan," katanya.