ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KERAJAAN KELANTAN UMUM AHAD CUTI PERISTIWA BAGI HARI MENGUNDI PRK N06 CHEMPAKA

Wednesday 18 March 2015

KERAJAAN KELANTAN UMUM AHAD CUTI PERISTIWA BAGI HARI MENGUNDI PRK N06 CHEMPAKA


Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan Ahad ini (22 Mac) sebagai cuti peristiwa sempena hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.   
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan negeri bersimpati dengan kesukaran yang bakal dihadapi pengundi memandangkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja.  
"Harapan saya agar proses pengundian pada hari tersebut berjalan lancar dan aman," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Terdapat sejumlah 20,390 orang pengundi biasa bagi PRK itu yang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas. 
PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42. 
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.

No comments:

Post a Comment