ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESYUARAT KHAS PAS PUSAT SEDANG BERLANGSUNG

Monday 30 March 2015

MESYUARAT KHAS PAS PUSAT SEDANG BERLANGSUNG

Mesyuarat Khas Pas


KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Pas berkaitan pendirian Pas dalam PR dipercayai sedang berlangsung sekarang.

Mengesahkan perkara tersebut, Pegawai Penerangan Pas Pusat, Muhammad Shahir Abu Hassan berkata, sidang media berkenaan keputusan mesyuarat tersebut juga akan diumumkan dalam satu sidang media petang nanti.

"... Baru dapat pengesahan. Ya memang ada mesyuarat khas Pas Pusat petang ini. Sidang media akan berlangsung pada jam 4 petang, Insha ALLAH," katanya menerusi sistem aplikasi sosial Whatsapp.

Mesyuarat Khas Pas Pusat diadakan pada hari ini ekoran tindakan DAP yang menyatakan pendirian memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tegas meneruskan perjuangan hudud mereka.

Dalam pada itu, pemberita dilihat hadir dan berkumpul di hadapan Pejabat Agung Pas Pusat sejak jam 12 tengahari.

Sehingga kini, media masih menanti maklumat lanjut berkenaan keputusan mesyuarat terbabit. - SH

No comments:

Post a Comment