ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #KITALAWAN : ADAM ADLI DITAHAN LAGI

Saturday 14 March 2015

#KITALAWAN : ADAM ADLI DITAHAN LAGI

#KitaLawan: Adam Adli ditahan lagi

KUALA LUMPUR: Aktivis, Adam Adli Abdul Halim sekali lagi ditahan polis selepas mengadakan protes di hadapan kompleks beli belah Sogo petang tadi, laporThe Malaysian Insider.

Menurut laporan tersebut, dia ditahan bersama sekretariat #KitaLawan pada waktu yang sama oleh kira-kira 10 orang pegawai polis dan dibawa menaiki van.

Peguam yang mewakili mereka, Kar Fai, ketika dihubungiAstro AWANIsebentar tadi memaklumkan kedua-dua individu itu kini dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Ditanya mengenai sebab penahanan, Kar Fai berkata beliau masih menunggu jawapan dari pegawai penyiasat, namun berkata ia mungkin di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan ataupun Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kita masih tidak tahu lagi. Saya baru sahaja sampai di Jinjang, tetapi saya rasa ianya campuran Seksyen 143 ataupun Seksyen 9(5)," katanya.

Selain itu beliau juga tidak menolak kemungkinan Adam telah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Terdahulu, Adam bersama Manjeet telah mengadakan protes senyap di hadapan Sogo yang dihadiri lebih kurang 15 hingga 20 peserta.

Sambutan itu dilihat sebagai hambar jika dibandingkan dengan minggu-minggu lalu, namun Adam menyifatkannya sebagai 'normal' kerana jumlah peserta perhimpunan ada naik turunnya.

Ia merupakan himpunan #KitaLawan yang kelima diadakan sejak 10 Februari lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar setelah mendapatinya bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Hari ini, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong hari ini juga telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu negara pada 7 Mac lepas.

Sebelum ini, empat orang telah ditahan berhubung kes berkenaan iaitu Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Adam pernah ditahan untuk kes yang sama pada 21 Februari bersama bekas Ketua Pemuda PKR Fariz Musa, tetapi telah dibebaskan pada hari berikutnya.
Astro Awani

No comments:

Post a Comment