ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEGERAKAN PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN MEMANDANGKAN JUMLAH MAKSIAT TERLALU TINGGI !!!

Wednesday 25 March 2015

SEGERAKAN PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN MEMANDANGKAN JUMLAH MAKSIAT TERLALU TINGGI !!!

Kuatkuasa Gegera Hudud Di Kelantan, Maksiat Terlalu Banyak Di Sana – Prof Atory

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan hudud perlu dilakukan segera di negara ini memandangkan jumlah maksiat yang terlalu tinggi terutama di negeri Kelantan.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, hanya hudud dapat menyelesaikan masalah berkenaan selain menimbulkan kesedaran dan ketakutan masyarakat Islam terhadap undang-undang berkenaan.

“Mereka perlu kuat kuasa hudud di Kelantan. Maksiat di sana teruk. Orang berzina rata ceruk, bawah tangga. Seks haram berleluasa.

“Tidak boleh dalam negeri, mereka buat di Siam. Pemimpin Kelantan sedar hal ini. Penyelesaiannya hanya hudud,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Atory mengulas kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam sebuah portal yang menyatakan tidak salah umat Islam tidak bersetuju atau menolak hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka meluluskan pindaan enakmen sebulat suara tanpa bantahan terhadap undang-undang tersebut.

Menurut Asri, walaupun umat Islam tidak boleh membantah asas hudud kerana ia merupakan hukum Allah, ‎mereka masih bebas mengutarakan cadangan, pandangan atau “ijtihad” lain.

Dalam pada itu kata Ahmad Atory, setiap umat Islam perlu memahami kewajipan menyokong hudud walaupun pelaksanaannya kini masih kurang jelas.

“Kalau ikut PAS Kelantan, ini kehendak rakyat Islam negeri itu. Apa yang saya faham hukum itu hanya pada orang Islam saja, ia memang tidak tertakluk kepada orang bukan Islam,” jelasnya.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memaklumkan kesemua 37 Ahli Parlimen DAPmengumumkan keputusan menolakpelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS kerana ia disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan, ini kata Ahmad Atory;

“Mereka tidak boleh memperlekeh hudud kita, kita juga tidak boleh menghina agama mereka.

“Hukum hudud tidak boleh dikaitkan dengan keadilan dan hukum akal. Kalau kita guna perspektif keadilan dalam hukum hudud, ia tidak kena dan tidak boleh dibanding bukan Islam.

“Mana boleh banding Cina tidak puasa dan kita puasa, kononnya tidak adil mereka makan dan kita tidak makan,” ujarnya.

Sebelum ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dilapor turut menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Perkara tersebut dinyatakan baginda ketika bertitah dalam ucapan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Kelantan ke-13.
-astroawani.com

No comments:

Post a Comment