ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEORANG INDIVIDU DITAHAN SEBAR BERITA PALSU BANJIR

Thursday 1 January 2015

SEORANG INDIVIDU DITAHAN SEBAR BERITA PALSU BANJIR


Subang: Seorang individu disyaki terbabit menyebarkan berita palsu berhubung kejadian banjir di Kelantan menerima padah apabila ditahan polis dua hari lalu di ibu negara. [JANGAN SEBARKAN BERITA PALSU !!!]

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan individu disyaki melakukan tindakan itu.

“Kami sedang mengesan mereka yang sengaja menyebarkan berita palsu berhubung kejadian banjir bertujuan menghasut orang ramai supaya memarahi kerajaan.

“Polis memandang serius perkara itu kerana ia berisiko menimbulkan kekacauan ketika kita dilanda bencana,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana di Redland Hangar, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, semalam.

SKMM sebelum ini menyifatkan tindakan menyebarkan berita palsu berhubung kejadian runtuhan pusat pemindahan banjir di Sekolah Manek Urai, Kelantan sebagai keterlaluan.

Susulan itu beberapa individu diminta tampil memberi keterangan berkenaan penyebaran berita palsu itu yang menimbulkan panik orang ramai.

Dalam perkembangan sama, polis tidak menerima laporan baru berhubung kes jenayah kecurian pada musim banjir selain enam laporan polis diterima sebelum ini.
hmetro

No comments:

Post a Comment