ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MELAYU TIDAK MENZALIMI TETAPI DIZALIMI

Wednesday, 14 January 2015

MELAYU TIDAK MENZALIMI TETAPI DIZALIMI


Orang Melayu sebenarnya kaum yang dizalimi oleh kaum lain kerana Melayu bukan bangsa yang lebih dominan di negara ini.

Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata demikian ketika mengulas pandangan 25 tokoh Melayu sederhana yang menyebut seolah-olah orang Melayu zalim terhadap bangsa lain.

Menurutnya, kumpulan itu dilihat celaru dalam membuat kenyataan.

“Periksa siapa sebenarnya yang dizalimi. Jika zalim, sekarang di Malaysia siapa lagi dominan? Melayu berada di bawah. (Siapa) yang kaya di Kuala Lumpur, Ipoh dan negeri lain, yang milik bangunan besar, Melayu atau bangsa lain?

“Apa yang kita zalimi? Jika kita zalim, mereka (orang bukan Melayu) tidak kaya-raya seperti hari ini. Mereka kini hebat dari segi kekayaan, pelajaran dan pendidikan serta ekonomi,” katanya kepada Sinar Harian, Isnin.

Mengulas lanjut katanya, kumpulan tersebut perlu melihat fakta secara menyeluruh apabila mengeluarkan pandangan.

“Ini supaya kenyataan mereka tidak memberikan kesan kepada kaum Melayu sendiri kerana apabila Melayu bergaduh sesama sendiri, bangsa lain akan bersorak dengan percakaran itu.

“Saya turut bersimpati dengan mereka (25 tokoh Melayu sederhana) kerana mereka terdiri daripada tokoh hebat tetapi tidak dapat beri perspektif rasional dan adil,” katanya.









No comments:

Post a Comment