ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KPN @KBAB51 BERI AMARAN GUAN ENG

Friday 16 January 2015

KPN @KBAB51 BERI AMARAN GUAN ENG

item-thumbnail

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya jangan mengeluarkan dakwaan yang boleh mengelirukan masyarakat.

Khalid menjawab kenyataan Guan Eng berkaitan kes membabitkan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang tidak ditahan di bawah Akta Hasutan.

“BN tiada kena mengena dengan siasatan polis terhadap sesiapa. Jangan kelirukan masyarakat,” katanya seperti yang dipetik menerusi muatnaik paparan status di laman mikro Twitternya.

Malah menerusi tweetnya sebelum itu, Khalid berkata, siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan bersesuaian dengan fakta kes membabitkan Mashitah.

“Tidak ada berat sebelah,” tulisnya lagi.

Guan Eng sebelum ni mendakwa BN dan KPN mengamalkan siasatan terpilih dalam menjalankan siasatan terhadap pemimpin Umno dan pihak yang menentang Umno.

Pemimpin DAP itu menerusi laman sosial Facebooknya meminta penjelasan mengapa Mashitah tidak disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Jika Ketua Polis Negara ikhlas dan serius dalam komitmennya ke arah mengekalkan keharmonian pelbagai kaum, maka beliau harus menangani semua kes hasutan dengan saksama,” ujarnya.

Mashitah sebelum ini didakwa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Kedah membakar al-Quran dalam satu ritual agama.

Beliau didakwa berkata demikian ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, tahun lalu.

No comments:

Post a Comment