"Anak saya beritahu dia ternampak kelibat lembaga wanita merayau-merayau di kawasan tangga sebuah blok bangunan berhampiran kelas mereka sambil mengajaknya bermain-main menyebabkannya terus menjerit dan ia 'berjangkit' kepada pelajar lain."
Ibu kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang enggan dikenali itu berkata, anaknya tidak sedarkan diri selepas mendakwa melihat kelibat berupa wanita berkenaan.
Dalam kejadian jam 9 pagi, sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena, bertukar gempar apabila kira-kira 30 pelajar perempuan tingkatan dua, tiga dan lima serta dua guru wanita berusia 20-an diserang histeria.
Kejadian dipercayai bermula daripada seorang pelajar perempuan sebelum berjangkit seorang demi seorang hingga mereka terpaksa dibawa ke surau sekolah untuk dipulihkan.
Berikutan kejadian itu, seorang pelajar perempuan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai akibat kancing gigi.
1. Kerusi MB Selangor adalah pilihan oleh PAS menerusi Presiden PAS. Mempertikaikan Tan Sri Khalid sebagai MB secara berterusan adalah bererti mempertikaikan kebijaksanaan Presiden PAS.
2. Tan Sri Khalid telah berjaya menguruskan kerajaan negeri dengan baik. Masalah yang berlaku hanyalah kerana ada pihak di kalangan PKR yang gagal mendapat manfaat peribadi menerusi Tan Sri Khalid yang sangat tegas dalam pengurusan kewangan terutamanya. Tidak ada kewajaran untuk menukar beliau sebagai MB. 3. Sekiranya benar perlu ditukar maka jawatan MB secara mudah boleh diserahkan kembali kepada PAS dengan pemilihan YB Iskandar sebagai MB baru. 4. PRK Kajang diadakan untuk menukar MB Selangor oleh PKR. Tujuan PKR ialah untuk mengelakkan jawatan beralih tangan kepada PAS iaitu Iskandar Samad. Ini satu pengkhianatan terhadap rakah Tahaaluf Siyaasi. Ia merupakan tindakan sangat licik dalam berpolitik untuk kepentingan larti sendiri bukan kepentingan PR. 5. Dalam masa yang sama ia satu tempelak kepada Presiden PAS kerana Presiden PAS yang membuat keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB. Maka tindakan PKR adalah satu penghinaan kepada Presiden. 6. Melibatkan diri dengan PRK Kajang semata-mata untuk memenangkan agenda Anwar menjadi MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu pengkhianatan terhadap PAS. Tidak sewajarnya ahli PAS membiarkan ia berlaku. YB. Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat El-Hariki
Suspek mencederakan diri sendiri dibawa ke hospital.
BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. "Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu. Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu. "Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas. "Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya. Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan. Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu "Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya. Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya. Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang. "Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya. Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu. Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya. Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera. Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu.
Bernama
TERKINI !!!
Bapa kelar anak direman sehingga Khamis
KUALA LUMPUR: Bapa yang mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam, ditahan reman seminggu bermula hari ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar ketika dihubungi berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan reman sehingga khamis ini membantu siasatan.
"Keadaan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun (kini dirawat di Hospital Kajang) yang mengalami kecederaan di tengkuk dan tangan dilaporkan stabil," katanya. -
Bernama
Jenazah kanak-kanak berusia 7 tahun yang dikelar bapanya, Zulaikha Norazman tiba di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi ( Sungai Tangkas) untuk dikebumikan.
STOCKHOLM, 31 Jan. – Empat anak pasangan Malaysia yang kini ditahan reman kerana dakwaan memukul tangan anak lelaki mereka, semalam diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini.
Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Dis lepas.
Semalam, selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, anak-anak itu yang dikenali sebagai Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7, dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia di sini pada 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).
Empat beradik itu, yang kelihatan teruja dan dan gembira, dibawa dari sebuah sekolah ke Kedutaan Malaysia di sini sebelum dipertemukan dengan saudara mara mereka.
“Saya sangat gembira dan terharu. Tidak sangka bertemu dengan saudara mara. Terima kasih semuanya,” kata Aishah pada majlis penyerahan mereka oleh pihak berkuasa Sweden kepada Kedutaan Malaysia di sini.
Kedutaan Malaysia dijangka menyerahkan mereka kepada keluarga angkat baharu iaitu keluarga Islam Malaysia di sini.
Aishah yang mewakili adik-adiknya turut berterima kasih di atas sokongan padu kerajaan dan rakyat Malaysia sejak kes mereka dilaporkan bulan lepas.
Empat beradik itu juga dilihat seronok berbual dan bergurau senda dengan saudara mara mereka sambil menjamu hidangan nasi lemak yang disediakan pihak kedutaan.
Majlis itu disaksikan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Duta Besar Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman, Pengerusi Biro Aduan Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous dan timbalannya yang juga Pengerusi Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar.
Dalam sidang berita kemudian, Hamzah berkata kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di sini menzahirkan penghargaan kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri Sweden, Frank Belfrage, pihak Khidmat Sosial Sweden dan semua pihak yang menjayakan usaha itu.
“Mereka faham dan sedar bahawa anak-anak ini patut berada di bawah jagaan keluarga yang memahami budaya kita…mereka sedar mengenai perbezaan ini.
“Ini (kes) kali pertama berlaku pada rakyat kita. Kita perlu rancang strategi dan inilah hasilnya,” katanya.
Sementara itu, Sheikh Nafiq berkata pihaknya juga menyampaikan pelbagai barangan, hadiah dan permainan yang disumbangkan beberapa pihak kepada keempat-empat beradik itu.
“Misi kita ke sini bagi membantu mendapatkan maklumat mengenai kes anak-anak ini…akhirnya (ia) berjaya hasil semua kerjasama semua pihak,” katanya.
Beliau berkata Biro Aduan Pemuda Umno akan mencari jalan penyelesaian kepada isu itu dengan menjadi jambatan kepada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Pagi tadi, Mahkamah Daerah Solna melanjutkan tahanan reman Azizul Raheem selama 11 hari lagi sehingga 10 Feb ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.
Difahamkan mahkamah sama akan bersidang esok bagi memutuskan penahanan reman isteri Azizul, Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji.
Bernama 4 orang anak pasangan Malaysia yg ditahan reman di Sweden berlepas pulang ke Malaysia dari Stockholm pada jam 6.30 pagi waktu tempatan, Jumaat bersama-sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin. Mereka akan tiba di tanah air esok. TV3
Saya telah menerima surat penamatan perkhidmatan sebagai Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kelmarin, 30 Januari 2014 berkuatkuasa mulai esok, 1 Febuari 2014 dengan bayaran 3 bulan gaji sebagai ganti 3 bulan notis. Saya tidak pernah dimaklumkan, diberi surat tunjuk sebab atau dipanggil membela diri berhubung alasan dan sebab penamatan tersebut.
Saya mula dilantik bertugas di KIAS mulai 1.1.2000 oleh Akademi Yakin Sdn Bhd sebelum dipindahkan ke Syarikat Kias Darulnaim Sdn Bhd pada 1 Jun 2002. Sebelum ini saya bertugas sebagai Qadhi/Hakim Mahkamah Syariah kota Baru mulai 1 Nov 1989 Majlis dan Agama Islam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan mulai 1 mac 1993. Pada 31 Des 1999 saya telah meletak jawatan tetap dan berpencen di MAIK untuk berkhidmat di KIAS setelah berbincang dengan Allahyarham Dato' Ab Razak haji Salleh, Pengerusi Akademi Yakin Sdn Bhd, Allahyarham Dato' Haji Yahya Othman, Pengerusi Lembaga Pengelola KIAS dan Allahyarham Tuan Haji Mohd Nawawi Haji Mahmood, Ketua Eksekutif KIAS untuk memulakan operasi pengambilan pertama pelajar KIAS setelah ditubuhkan pada tahun 1999.
Penamatan perkhidmatan ini bukanlah satu kejutan besar bagi saya semenjak Dato' Mohd Amar Abdullah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS, saya sudah lama tidak dilibatkan dalam pengurusan KIAS, tidak dijemput menghadiri mesyuarat-mesyuarat KIAS, saya juga telah 3 tahun tidak diberi kenaikan gaji tahunan tanpa apa-apa makluman samada secara lisan atau bertulis, saya tidak diberi peluang untuk melihat laporan prestasi kerja tahunan saya sendiri yang menjadi asas penilaian kepada kenaikan gaji tahunan walaupun telah diminta secara bertulis, bahkan saya pernah mengalami pengalaman paling pahit bila Lembaga Pengarah KIAS menolak permohonan saya untuk mendapat pembiayaaan kos rawatan penyakit jantung di HUSM atas alasan " bukan rawatan perubatan" semasa saya bergelut antara hidup dan mati, yang akhirnya saya telah menjalani empat kali rawatan penyakit jantung ( unstable angina ) secara angioplasty/stenting dengan kos melebihi RM60,000 tanpa bantuan/sumbangan majikan walaupun seringgit tunai.
Saya beranggapan penamatan perkhidmatan ini merupakan sebahagian daripada penerusan agenda lama pertembungan peribadi individu tertentu UM-UKM, di mana penyingkiran saya dari KIAS adalah pelengkap kepada penyisihan jenerasi awal " Tamrin Kota Bharu" mengikuti jejak-jejak saudara ust Muhammad Husin, Dato' Husam Musa dan Sdr Mohd Khir Zahrie Ab Ghani yang telah tersepak terlebih dulu ketepi gelanggang dari politik dan pentadbiran Kerajaan Kelantan. Saya telah lama merasai bahang ini setelah kemuncak pertembungan peribadi DHM - DMA yang memercikkan bara panasnya kepada mereka yg disekeliling, saya tidak pernah dijemput menghadiri apa-apa majlis rasmi DUN Pasir Pekan sedangkan saya adalah ahli J/Kuasa MTD dan Ketua Pas Cawangan Kepala Jambatan, ada usaha-usaha untuk menghalang saya memegang jawatan Pengerusi Koperasi Penghulu Negeri Kelantan selain saya sengaja tidak dijemput dalam majlis2 yg melibatkan DMA termasuk di Tabung Amanah Tok Kenali atas kapasiti saya sebagai Presiden Kelab Sukarelawan TATOK.
Saya berpandangan kuasa dan pangkat tidak boleh digunakan sebagai lebuhraya untuk melunaskan dendam kesumat dan melupuskan apa saja yang dirasakan sebagai penghalang untuk mencapai cita2 kita mendongak dan melangkah ke langit yang lebih tinggi, sebagai seorang kader yang pernah berbaiah untuk sehidup semati meneruskan perjuangan ini, sebagai seorang jundiah, yang tidak pernah bercita2 melangkah kaki menjadi qiadah, meskipun telah melapaz ikrar untuk berkhidmat di bumi kelantan, saya masih ada ibu ayah yang telah tua untuk dijaga, saya masih ada 10 zuriat yang mesti dibesarkan, maka saya tetap akan mengintai ruang2 yang ada untuk mendapat sedikit keadilan dan hak selain menanti pengadilan sebenar Rabbulalil. Saya menaruh keyakinan, penglibatan saya dalam PAS dulu2nya sebagai Setiausaha Kerja Dewan Ulama' Pas Kelantan.
SAMBUNGAN KENYATAAN TERBUKA ISU PENAMATAN PERKHIDMATAN DI KIAS
Semenjak ambo berkhidmat di KIAS mulai 1.1.2000 hinggalah 31.1.2014, ambo tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan tatatertib atau mendapat apa2 amaran lisan atau bertulis kerana salahlaku perkhidmatan sehinggalah mendapat surat penamatan perkhidmatan atas kepentingan syarikat/kolej kecuali setakat yang ambo ingatnya seperti berikut:
1. Dipanggil oleh Ketua Eksekutif, dato' dr johari bin Mat kerana membuat teguran bertulis dalam isu kesilapan meletak mata gaji awal T3 dalam kes perlantikan menantunya kamaruddin bin Osman sebagai Pembantu Tadbir di KIAS,
2. Di beri surat tunjuk sebab oleh Pendaftar, Dr Yaacob Yusof atas tuduhan membuat Pernyataan Awam secara menulis dalam facebook dalam isu perlantikan Ketua Eksekutif KIAS sebagai Senator, tetapi tidak ada apa-apa tindakan lanjut selepas diberi penjelasan/jawapan,
3. Dipanggil oleh Ketua Eksekutif, Dr Ab Aziz Md Zin kerana gagal hadir dalam mesyuarat pembentangan bajet peringkat unit dan tidak menyertai hari terbuka di Sekolah menengah ugama Falahiah, pasir pekan untuk tujuan promosi KIAS.
Oleh itu saya beranggapan tindakan majikan saya menamatkan perkhidmatan atas kepentingan syarikat/kolej adalah suatu yang tidak wajar dan telah dibuat tanpa alasan dan sebab yang menasabah.
CHE IBRAHIM BIN HAJI MOHAMED Jumaat, 31 Januari 2014
Alhamdulillah, ketika umat Islam diberikan peluang menunaikan ibadah haji pada September dan Oktober lalu, saya dan isteri dijemput Allah SWT untuk menjadi tetamu-Nya.
Di celahan 22,300 jemaah haji Malaysia itu, saya dan isteri diberi keizinan oleh Allah SWT untuk terbang melalui penerbangan KT 44 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah pada 23 September 2013.
Hanya linangan air mata menemani kami ketika melangkah masuk ke dalam Masjidil Haram dan tawaf Qudum umrah wajib yang dilakukan selepas solat Isyak benar-benar memberi keinsafan kepada kami betapa Agung Yang Maha Khaliq.
Memenuhi rukun umrah bersaie dan bertahalul sambil air mata tidak henti berlinangan kerana perasaan bersyukur dengan nikmat dikurniakan Allah SWT, hati membisikkan betapa bertuahnya kami diberi kesempatan untuk bersama kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia untuk menunaikan rukun Islam kelima.
Keesokannya, selepas solat Zohor, saya dan isteri berniat melakukan tawaf sunat. Ketika menuruni anak tangga dari pintu King Abdul Aziz menuju ke dataran di hadapan Baitullah, saya dan isteri tidak putus-putus berdoa.
Menyaksikan Baitullah tersergam indah di hadapan mata adalah segala-galanya. Keindahan Kaabah menggamit kami untuk mendekatinya sehampir-hampirnya. Oleh sebab tidak berkesempatan menikmati keindahan Kaabah sepuas-puasnya malam tadi, kami mengambil kesempatan merenung kiblat umat Islam seluruh dunia.
Dalam keadaan perasaan bercampur baur antara terlalu gembira dan terharu diberikan peluang menikmati keindahan Kaabah, sedar dengan tidak, tiba-tiba saya dan isteri sudah menginjak anak tangga terakhir dari laluan sebelah pintu King Abdul Aziz ke dataran laluan untuk melakukan tawaf.
Direnung lelaki tua
Tiba-tiba terasa selendang buatan India yang diselempangkan di kedua-dua bahu ditarik perlahan dari belakang. Saya segera menoleh dan seorang lelaki tua berbangsa Pakistan berpakaian agak lusuh merenung wajah saya seraya menarik-narik selendang itu.
Dalam bahasa Urdu, lelaki tua itu seolah-olah mengatakan beliau mahu memiliki selendang itu. Namun, dalam keadaan agak kelam-kabut antara mulut terkumat-kamit membaca doa dan menatapi Kaabah, saya berbelah bahagi sama ada ingin menyerahkan selendang itu atau sebaliknya.
Isteri saya hanya merenung wajah saya tanpa berkata apa-apa. Lelaki tua itu terus menarik-narik selendang sambil berkata-kata yang saya dan isteri tidak memahaminya. Sambil menggeleng-gelengkan kepala saya memberi isyarat tangan bahawa selendang itu milik saya.
Saya dan isteri lantas melangkah ke penjuru Hajarul Aswad untuk memulakan tawaf sunat dengan meninggalkan lelaki tua itu terus merenung kami berlalu pergi. Selesai menunaikan tawaf sunat kami kembali ke Maktab 97.
Kejadian itu saya ceritakan kepada empat rakan sebilik dan seorang daripadanya berusia 63 tahun dengan nada agak kesal menegur tindakan saya tidak memberikan selendang kepada lelaki tua itu. Katanya, kita tidak tahu siapa lelaki itu kerana mungkin malaikat.
Mendengarkan itu, hati kecil saya diselubungi seribu penyesalan kerana menolak permintaan seseorang yang berhajat memiliki selendang saya.
Namun, Allah SWT Maha Pengasih, dua hari selepas itu, sejurus selesai menunaikan solat Zohor di Masjidil Haram, seorang lelaki tua dari India menarik selendang saya dari belakang. Dengan bahasa Hindi, beliau menyatakan hasrat ingin memiliki selendang seperti itu.
Guna isyarat tangan
Tanpa banyak soal, saya lantas menarik selendang dan dipakaikan pada bahunya. Saya lihat air jernih mengalir di pipi lelaki tua itu seraya memeluk saya. Saya terpaksa menggunakan tangan untuk berbahasa isyarat bukan saya yang memberikan selendang itu, sebaliknya Allah SWT.
Tiga hari selepas itu, ketika melangkah keluar dari pintu King Fahd selepas menunaikan solat Asar, sekali lagi selendang saya ditarik dari belakang. Kali ini seorang lelaki tua berkemungkinan besar dari Bangladesh.
Saya segera meletakkan selendang itu pada bahu lelaki tua berjanggut tebal itu. Beliau tidak putus-putus mengucapkan jutaan terima kasih dengan menggunakan bahasa Bangladesh.
Cebisan kisah ketika berada di Tanah Haram ini saya kongsi semata-mata kerana mengagumi kebesaran Allah SWT. Pada kali pertama diminta menyerahkan harta milik saya, saya keberatan menyerahkannya.
Namun, Allah SWT Maha Pengasih mengutuskan insan lain untuk menduga sama ada saya bersifat pemurah atau sebaliknya.
Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan dua jemaah haji yang berhajat kepada sesuatu saya miliki. Semoga Allah SWT memberikan peluang kepada saya dan isteri untuk sekali lagi menjadi tetamu-Nya, Insya-Allah.
JOHOR BAHRU - Seorang
wanita terpaksa akur dengan ugutan lelaki tidak dikenali dengan
memasukkan sejumlah wang setiap bulan selama dua tahun sejak 2012 kerana
bimbang keselamatan diri dan keluarga terancam. Mangsa yang berusia 34 tahun mendakwa kerugian lebih RM60,000 apabila memasukkan wang kepada satu akaun bank sebanyak RM15,000 untuk kali pertama sebelum memasukkan RM1,000 atau lebih setiap bulan dalam tempoh itu. Pereka hiasan dalaman
itu berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana mendakwa ditipu rakan dikenali sebagai Alex dalam satu urusan perniagaan dengan
menandatangani kontrak tawaran yang tidak diketahui isi kandungannya. Menurutnya, kontrak itu ditandatangani di sebuah taman perumahan yang
masih berada di dalam pembinaan di sini, ketika Alex membawanya ke
lokasi dan mempertemukan seorang rakan kononnya atas urusan perniagaan.
“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya bertemu dengan Alex dan rakannya di
kawasan tersebut dan berbincang mengenai tawaran perniagaan yang
ditawarkan sebelum saya bertindak menandatangani satu surat perjanjian. “Namun, keesokan harinya saya dihubungi rakan Alex dan memaklumkan dia
(Alex) sudah melarikan diri dan saya pula perlu membayar wang sebanyak
RM15,000,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina, semalam.
Menurutnya, bermula dari insiden itu, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS)
berbaur ugutan daripada nombor tidak dikenali meminta sejumlah wang
dimasukkan ke dalam satu akaun sekiranya tidak mahu keselamatan
terancam. Katanya, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana SMS ugutan yang
diterima iaitu bakal menerima gangguan ke atas ahli keluarganya dan
tindakan disimbah cat merah jika gagal memenuhi permintaan pihak
berkenaan. “Mereka mempunyai maklumat lengkap serta latar belakang keluarga serta
diri saya dan tahu di mana tempat tinggal kami. Saya menjadi takut dan
menyebabkan saya akur dengan permintaan mereka sehinggalah perkara ini
diketahui suami. "
“Suami mula mendapat tahu pada awal bulan ini apabila dihubungi rakan
yang bertanyakan bila saya mahu membayar sebahagian duit yang saya
pinjam dua tahun lalu sebelum dia (suami) meminta laporan polis dibuat,”
katanya. Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jason
Teoh berkata, pasangan terbabit datang menemuinya untuk mendapatkan
khidmat nasihat berhubung masalah yang dialami mereka pada awal bulan
ini.
Beliau berkata, kali terakhir mangsa memasukkan wang yang diminta
menerusi SMS berbaur ugutan itu adalah pada 4 Januari lalu dan laporan
berhubung kejadian sudah dibuat mangsa pada 18 Januari di Balai Polis
Sentral.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta di sebuah pusat beli belah di Kompleks Asia City, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi tadi
Mangsa berusia 50-an ditemui dalam keadaan tersepit namun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Setiap kali Anwar Bin Ibrahim melakukan kesalahan maka Nik Aziz akan tampil mempertahankan beliau seolah-olah telah menjadi tugas khas Nik Aziz untuk “mencuci najis” Anwar Bin Ibrahim. Sepatutnya manusia yang berada dipenghujung usia seperti beliau sentiasa mengeluarkan kenyataan yang benar dan adil sahaja tanpa dipengaruhi oleh sebarang kepentingan peribadi.
Dalam keadaan Nik Aziz yang sentiasa uzur beliau dilihat berada dalam keadaan yang cukup terdesak apabila sanggup mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon mereka sekiranya menganggap pengosongan kerusi di Dun Kajang itu sebagai satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.
Mengapa Nik Aziz tidak lantang bersuara mempertahankan kesucian maruah Islam apabila Kalimah Allah dengan jelas cuba diperkotak katikkan oleh rakan-rakan seperjuangan Nik Aziz. Anehnya apabila Nik Aziz yang kononnya mewakili parti Islam Se-Malaysia sebenarnya tidak peduli langsung akan untung nasib bangsa Melayu yang beragama Islam.
Kononnya Nik Aziz muak dengan akhbar-akhbar pro Umno yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi padahal kononnya Umno sendiri lupa, bahawa langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang lebih teruk. Sebenarnya siapa yang cuba Nik Aziz tipu dengan segala manipulasi tak beretika beliau. Langkah PKR mengosongkan kerusi sesuka hati tanpa sebab musabab yang kukuh sebenarnya satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika sehingga merugikan negara dan rakyat.
Senario ini seolah-olah menggambarkan etika sebenar para pemimpin pembangkang yang cukup tidak beretika. Mereka seolah-olah lebih tertumpu untuk merebut kekayaan dan tidak lagi menumpukan kepada tugas sebenar sebagai ahli politik. Sedangkan hakikat sebenarnya parti politik bukan untuk mengayakan diri tetapi sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negara.
Kemelut politik yang berlaku di Selangor jelas mengambarkan ketidakikhlasan dan ketidakupayaan pembangkang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat. Mereka telah jauh tergelincir dari landasan yang sebenarnya. Politik adalah berkenaan pentadbiran negara memajukan negara. Namun begitu bagi pembangkang yang mendapat kuasa di Selangor telah menyalahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri.
Berbalik kepada isu Nik Aziz mempertahankan Anwar. Kegagalan Nik Aziz dalam membangunkan Kelantan selepas lebih dari dua puluh tahun meneraju negeri tersebut sepatutnya dijadikan “benchmark” ketidakupayaan Nik Aziz, PKR dan DAP dalam menjalankan pentadbiran. Ketidaktelusan mereka seiring dengan penderitaan rakyat sepatutnya membuka mata rakyat. Namun bagi rakyat yang memilih untuk mempercayai fitnah dari hakikat kebenaran demi dendam peribadi telah membuka ruang dan peluang untuk pembankang mempergunakan mereka untuk kepentingan politik masing-masing.
Oleh itu bagi kita yang diberi hidayah untuk melihat kebenaran yang cuba dipermainkan pembangkang, mempunyai tugas yang cukup berat untuk berjihad menyedarkan mereka yang tertipu dengan semua dakyah pembangkang. Jihad kita demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair.
MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.
Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.
Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.
“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.
“Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.
Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.
Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.
Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.
“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya.
Baru-baru ini heboh sepasang remaja yang dipercayai pasangan kekasih sedang melakukan maksiat di tepi sungai Kelantan. Lebih mengejutkan remaja perempuan itu memakai purdah yang menutup aurat. Pasangan ini tidak dipastikan sama ada sudah berkahwin atau belum. Namun, aksi sebegini tidak sepatutnya berlaku di tempat awam.
IPOH - Cebisan tubuh seorang pekerja kilang yang maut dalam kejadian langgar lari ditemui di Tapah, kira-kira 43 kilometer dari tempat dia dirempuh di Km274.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Ipoh Selatan di sini awal pagi ini.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu, motosikal ditunggangi Ahmad Mahmud, 25, dipercayai dirempuh sebuah kenderaan berat sebelum diheret sejauh itu.
"Rempuhan itu menyebabkan mangsa yang sedang dalam perjalanan dari rumah keluarganya menuju ke tempat kerja di Tanjung Malim tersangkut di bawah kenderaan tersebut dan diheret sehingga Kilometer 317.2 dekat Tapah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahmad dari Kampung Baru Majidi, Serdang di Kedah merupakan pekerja kilang pengeluar kereta Proton di Proton City, Tanjung Malim, katanya.
Wan Sharuddin berkata pemeriksaan di kawasan susur keluar Ipoh Selatan itu menjumpai cebisan daging dan tulang manusia, kasut hitam sebelah kanan dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang rosak teruk.
Katanya pada kira-kira 3 pagi, pihaknya menerima maklumat bahawa terdapat cebisan daging yang disyaki badan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut berhampiran Tapah.
Wan Sharuddin berkata pemeriksaan polis di kawasan berhampiran Tapah pula menjumpai kasut hitam sebelah kiri, cincin, jam tangan dan beg sandang yang mengandungi maklumat peribadi mangsa termasuk lesen memandu dan kad kerja di Proton City.
Beliau berkata anggota Unit Peronda Lebuh Raya sedang menjejaki kenderaan berat yang melalui jalan itu dan menuju ke selatan dalam tempoh kejadian itu berlaku untuk membantu siasatan kes tersebut.
Katanya cebisan tubuh mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat dan telah dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Majidi, Serdang, Kedah.
Ibu mangsa, Junaidah Baharuddin, 54, ketika ditemui pemberita di pekarangan Rumah Mayat HRPB berkata anak kedua daripada enam beradik itu bersalam dan memeluknya sebelum berlepas pulang kira-kira 11.30 malam.
"Dia ada beritahu makcik, kalau ada kerja lebih masa dia akan kerja raya Tahun Baharu Cina ni, kalau tiada dia kata nak balik kampung...memang biasa, bila nak balik ke sana dia akan bersalam dan memeluk cium saya. Selagi tak buat dia tak mau balik," katanya dengan sayu.
Lagu ini ditujukan buat semua wanita bergelar isteri. Bersyukurlah jika mempunyai suami yang tahu menghargai para isteri. Bukan kemewahan yang diminta oleh isteri tetapi memadailah mempunyai suami yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri/anak-anak dengan penuh keikhlasan. Ia sudah cukup membahagiakan isteri dan menjadi semangat buat isteri mengharungi suka duka bersama.
Isteri cerdik yang solehah Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran Di rumah dia isteri, di jalanan kawan Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan Menjadikan kita tetap pendirian Ilmu yang diberi dapat disimpan Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian Silap kita, dia betulkan Penghibur di waktu kesunyian Terasa damai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta Bila tiada satu kehilangan Dia ibarat simpanan ilmu Semoga kekal untuk diwariskan
Guys and Girls..., SILA BERI PERHATIAN!!! Lelaki ini telah beroperasi dengan modus operandinya iaitu menipu ratusan pelajar-pelajar IPT SELURUH MALAYSIA!!!
Dia akan memukau dulu mangsa, menjual cerita sedih seperti ada anak 10 orang, akan bawa seorang anaknya bersama untuk tagih simpati, akan mengaku dia lecturer atau pegawai dan banyak lagilah, kereta dia rosak, menangis dan bermain dengan emosi mangsa untuk mempercayainya.
Beroperasi sejak 2001, dia dah pernah pergi ke seluruh Universiti di Malaysia dan selang beberapa ketika, dia akan kembali semula untuk menipu junior-junior pulak.
Licik, tolong share, let's put an end to this guy, satu keluarga dia penipu. IPT students dah ramai dah kena tipu, tolong sebarkan, mungkin orang-orang lain pun boleh kena, orang yang kita sayang.