ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DITAHAN KERANA REKA CERITA MAYAT BERGELIMPANGAN

Sunday, 11 January 2015

DITAHAN KERANA REKA CERITA MAYAT BERGELIMPANGAN


KOTA BHARU - Tindakan sepasang suami isteri dari Kodiang, Kedah menyebar berita palsu mendakwa ada mayat bergelimpangan di satu lokasi bah di Kuala Krai, minggu lalu, mengundang padah apabila ditahan polis, di rumah mereka, kelmarin.

Lelaki berusia 45 tahun dan isterinya berusia 43 tahun itu masing-masing berkhidmat sebagai guru ditahan di Kodiang, pada jam 12 tengah hari.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Kormersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan selepas menerima aduan pada jam 1.30 tengah hari, 29 Disember lalu.

Katanya, pengadu iaitu seorang anggota polis menerima mesej daripada aplikasi Watapps ke telefon bimbitnya berkait dakwaan tersebut sebelum maklumat palsu berkenaan disedari tersebar menjadi viral.

“Mesej berbunyi, “Ye Ila sekarang Kuala Krai dah nak surut air. Sukarelawan mula masuk tempat air surut. Banyak mayat bergelimpangan, mayat dalam rumah lagi yang mana tak sempat nak selamatkan diri. Baru dapat cerita terus dari kawan di jarak sana.

“....“Berita tv memang takkan bagitau. Tula keadaan sebenarnya yang terkini. Dasyat sungguh, dasyat sekali, gerun, ngeri dengar Subahanallah, Ya Allah. Ramai rupanya yang mati Ila yang kat atas rumah, atas bukit tu mati kelaparan, kesejukkan. Semua mayat tak dapat diuruskan, kesiannya dengar. Jalan tu lepas tu jumpa mayat budak terbiar. Tunggu air surut ni baru boleh tau ramai mana yang mati. Yang kena hayut air lagi berita dalam tv semua tak cakap.

“.....“Ya Allah, derita sungguh. Dah lebih dalam keadaan darurat. Bantuan dari heli dicampak macam tu jer dari atas. Orang tu duk berebut nak cari makan yang dicampak tu sibuk duk cari jumpa mayat bersepah-sepah kebanyakan mati budak lelaki sejuk dan lapar. Betul ke? Innalillahiwainnalillahirajion.

“....“Al-Fatihah untuk satu keluarga seramai 10 orang dipercayai lemas terperangkap dalam rumah di Guchil Kuala Krai, Kelantan. Mayat mangsa dijumpai pagi ini setelah air surut.... Sumber dari Astro Awani”,” katanya ketika membaca semula mesej berkenaan.  

Mazlan berkata, pihaknya mendapati mesej tersebut adalah palsu dan berbaur fitnah yang disebarkan melalui aplikasi tersebut.

“Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan mengesan dua suspek yang bekerja sebagai guru di Kedah. Suspek lelaki tersebut berasal dari Bachok, manakala isterinya dari Kodiang,” katanya.

Sebelum ini, seorang juruteknik dari Kuantan, Pahang ditahan selepas dipercayai menyebarkan berita palsu berkait sekatan bantuan bertujuan melekatkan label sebuah parti yang diviralkan di dalam laman sosial facebook. Suspek terbabit dibebaskan dengan jaminan polis, bagaimanapun siasatan masih diteruskan.

Untuk rekod, di Kelantan setakat semalam, polis mengesahkan sebanyak 11 kematian akibat lemas dan dua masih hilang serta sedang giat dicari.

SH

No comments:

Post a Comment