ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: October 2014

Friday, 31 October 2014

PARANG BERJAYA DIKELUARKAN DARI KEPALA PEMUDA


KUANTAN - Seorang pemuda yang kepalanya tertusuk pangkal parang sedalam lima sentimeter yang tercabut ketika dia membersihkan semak di ladang Felcra Tembeling Tengah, Jerantut semalam dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan hari ini.

Bagaimanapun Mohd Ridhuan Mat Sahor, 20, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan bagi mengeluarkan pangkal parang itu. 

Bapanya Mat Sahor Ahmad, 43, berkata, anaknya menjalani pembedahan kira-kira pukul 8 malam tadi dan doktor menyatakan anaknya itu mungkin sukar untuk bercakap kerana satu daripada uratnya masih bengkak. 

"Tetapi bahagian otaknya tidak mengalami sebarang masalah walaupun terkena sedikit pangkal parang itu dan penglihatannya juga tidak terjejas.

"Berkemungkinan dia perlu dirawat selama sebulan sebelum dibenarkan keluar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mat Sahor berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu turut memaafkan rakan sekerja yang juga adalah kawan baiknya sejak kecil di atas kejadian itu dan menganggap ia sebagai tidak disengajakan. 

"Anak saya sempat berpesan kepada saya sejurus selepas kemalangan itu supaya jangan marahkan rakannya yang dikenali sebagai Din. Berkali-kali dia berkata abah, jangan marah Din, dia tidak sengaja. 

"Saya dan keluarga reda dengan apa yang terjadi dan anak saya pun sudah memaafkan rakan baiknya itu. Tiada apa lagi yang hendak diungkitkan kerana kawan dia sudah menyatakan kekesalannya sehingga menangis meminta maaf," katanya. 

Mat Sahor berharap anaknya kembali sihat seperti biasa tambahan pula isteri anaknya sedang mengandung empat bulan. 
Mohd Ridhuan terkena bilah parang parang itu milik rakannya selepas pangkalnya tiba-tiba tercabut dan melayang ke arah mangsa dan tertusuk di kepalanya. 

Mangsa pada mulanya dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sebelum dirujuk ke Hospital Jerantut dan kemudian ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh sebelum dihantar ke HTAA.  - Bernama

PENGASUH IKAT KANAK-KANAK DIDAKWA, PENJARA 10 TAHUN JIKA DISABITKAN KESALAHAN



Butterworth – Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Selasa lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pendakwaan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tangannya diiikat di belakang badannya manakala kakinya diikat dengan tali.
Tiada pengakuan dicatatkan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab, yang menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan kes bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.
Terdahulu, semasa merayu jaminan yang lebih rendah, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai lapan anak untuk disara.
Muhammad Firdaus kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman.

KES LIWAT 2 : BANYAK KEBENARAN, TIDAK MUNGKIN MEREKA-REKA CERITA – SHAFEE

Putrajaya – Tidak mungkin Mohd Saiful Bukhari Azlan mereka-reka bukti kerana terdapat kebenaran yang nyata dalam keseluruhan keterangan berhubung dakwaan dia diliwat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Jumaat.
Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Mohd Saiful, pengadu dalam kes itu, boleh mengada-adakan bukti, tetapi dia tidak berbuat demikian.
“Terdapat banyak kebenaran. Anak muda ini tidak mungkin mereka-reka cerita. Dia boleh menafikan beberapa perkara tertentu, tetapi dia tidak berbuat demikian, jadi dia adalah saksi yang jujur,” katanya.
Muhammad Shafee berkata Mohd Saiful telah menjawab dengan spontan soalan yang dikemukakan di mahkamah dan memberi penjelasan mendalam, satu persatu apa yang berlaku, sebelum dan selepas dakwaan liwat itu.
Beliau juga berhujah Mohd Saiful telah diganggu secara seksual oleh Anwar di tempat kerjanya sebelum kejadian itu yang mana dia menjadi perhatian seorang yang paling dominan, berpengaruh dan berkarisma.
Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Beliau berkata penderaan seksual itu berlaku dalam tempoh empat bulan sebelum Mohd Saiful berhenti menjadi pembantu peribadi Anwar.
Muhammad Shafee menjelaskan terdapat tanda yang menunjukkan kejadian liwat pada 26 Jun 2008 itu, bukan kali pertama berlaku berdasarkan keterangan Mohd Saiful dan dia turut menunjuk cara bagaimana ia berlaku.
“Saksi (Mohd Saiful) berkata perbuatan itu kasar. Katanya dia merasa sakit di bahagian rektum dan ‘senak perut’ dan ‘Anwar memancutkan air maninya ke dalam dubur saya seperti biasa’,” hujah beliau.
Muhammad Shafee berkata perkataan ‘seperti biasa’ menunjukkan kejadian itu telah berlaku lebih daripada sekali.
Beliau berkata Mohd Saiful berkata selepas mereka berbincang tentang jadual kerja, Anwar mendekatinya dan berkata, “Can I f… you today?”
Muhammad Shafee berkata perkataan itu hanya boleh disebut jika seseorang benar-benar mengenali individu berkenaan.
Menyifatkan Mohd Saiful sebagai seorang saksi yang jujur, Muhammad Shafee berkata pengadu turut menunjuk cara perbuatan liwat itu di kondominium di hadapan hakim perbicaraan.
Beliau berkata pada mulanya Mohd Saiful enggan menerima tawaran Anwar untuk melakukan liwat, tetapi apabila Anwar mulai berang, kedua-dua mereka pergi ke bilik tidur utama tempat kejadian liwat itu berlaku.
Muhammad Shafee juga berhujah sekiranya tiada sebarang hubungan antara mereka berdua, apa perlunya Anwar memberi sut pakaian Brioni (pakaian mewah jenama Itali) kepada Mohd Saiful.

MURID MAUT DIGILIS KERETA


KAPIT 29 Okt. – Menjadi rutin seorang wa­nita berusia 38 tahun untuk mengambil empat anaknya pulang dari sekolah setiap hari,
Namun pengalaman semalam sudah pasti tidak dapat dilupakannya setelah kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu menggelongsor secara mengundur ketika menaiki sebuah bukit.
Lebih malang kereta Proton Saga FLX itu menggilis pula seorang murid berusia sembilan tahun yang sedang berjalan pulang bersama kakaknya berusia 11 tahun.
Kemalangan ngeri itu berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika wanita tersebut dalam perjalanan pulang selepas mengambil anak-anaknya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Su­ngai Kapit, Bukit Goram di sini.
Ketika menaiki sebuah bukit yang licin akibat hujan sebelum itu, kereta tersebut gagal dikawal lalu merempuh dua beradik sebelum separuh kenderaan itu nyaris terju­nam di sebuah gaung dan hanya tergantung separuh badan.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Chua Su Wan berkata, mangsa yang terbunuh ialah Susanna Athey yang digilis dan tersepit di bawah kereta itu manakala kakaknya pula, Cecelia tercampak dan hanya cedera ringan.
“Pemandu kereta bersama anak-anaknya berjaya keluar dengan selamat dari kenderaan tetapi sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Susanna yang tersepit.
“Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Kapit bagaimanapun di­sahkan sudah meninggal dunia sejurus tiba,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Su Wan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pemandu kereta berkenaan dan wanita tersebut dibebaskan dengan jaminan.
kapit1
kapit3
kapit4

LIWAT II : SHAFEE JELASKAN ISTILAH "TANPA RELA" DAN GANGGUAN SEKSUAL

Liwat II: Shafee jelaskan istilah 'tanpa rela' dan gangguan seksual

PUTRAJAYA: Persoalan tentang perbandingan istilah 'tanpa rela' dengan gangguan seksual di tempat kerja turut ditanyakan kepada peguam dakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari keempat prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Dua istilah tersebut digunakan semasa beliau menyampaikan penghujahannya hari ini di Mahkamah Persekutuan berkenaan situasi yang dihadapi oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Istilah 'tanpa rela' membawa maksud yang lebih mendalam berbanding konsep 'consent' atau 'persetujuan' melakukan sesuatu perkara," ujar Muhammad Shafee.

Tambah beliau, seseorang boleh bersetuju melakukan sesuatu perkara tetapi tanpa rela, misalnya dalam kes gangguan seksual.

Muhammad Shafee memberi contoh, jika seseorang yang diganggu secara seksual oleh majikannya, dia sudah menjadi mangsa perlakuan tersebut.

"Tapi jika ditanya padanya, 'adakah perlakuan tersebut dibuat sepenuh jiwa dan raga', jawapannya tentulah tidak. Dia mangsa gangguan seksual.

"Masyarakat mudah menerima dan memahami kes gangguan seksual di pejabat, maka kenapa kita tidak memahami kes yang sama (dihadapi Mohd Saiful) selama empat bulan?" tanya Shafee.

Mohd Saiful bekerja sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama empat bulan sebelum akhirnya membuat keputusan untuk berhenti.

Dalam kes yang sedang dibicarakan itu, gangguan seksual yang ditanggung Mohd Saiful adalah perlakuan liwat, kata Muhammad Shafee.

"Kenapa kita perlu memandang ringan pada kes Saiful? Kalau kes gangguan seksual lain yang berlaku di pejabat khususnya melibatkan wanita, semua orang akan menjerit dan banyak NGO akan campur tangan," kata beliau.

Tambah Muhammad Shafee, perkara yang dihadapi Mohd. Saiful adalah salah satu bentuk gangguan atau serangan seksual.

"Sama seperti kes liwat yang berlaku di penjara antara banduan lelaki tanpa kerelaan mangsa, itu juga kes serangan seksual.

"Bukan hanya wanita, lelaki juga perlu dilindungi daripada perlakuan ini," tegas beliau.
AstroAwani

SERAM !!! 3 GAMBAR PEMUDA TERTUSUK PARANG DI MUKA


"Seram apabila saya melihat dia memegang parang yang tertusuk di mukanya sambil membonceng motosikal untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sejauh lebih dua kilometer," kata Mat Tohor Ahmad, 43, bapa kepada seorang lelaki yang bertarung nyawa selepas parang melekat di mukanya dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, Jerantut, semalam.
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku apabila anaknya, Mohd Ridhuan, 20, dari Kampung Labu, dekat sini, menebas semak bersama rakannya di kawasan berhampiran di ladang FELCRA, dekat sini.
Namun, secara tiba-tiba, hulu parang rakannya tercabut lalu bilahnya 'terbang' dan tertusuk hampir lima sentimeter dalam di kepala Mohd Ridhuan menyebabkannya rebah serta terbaring kesakitan.
Ketika kejadian Mat Tohor menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya ke kawasan ladang berhampiran sebelum terserempak dengan mangsa yang membonceng motosikal rakannya.
"Dalam keadaan kesakitan itu, Mohd Ridhuan sempat memanggil saya untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sambil memegang parang sepanjang 30 sentimeter yang melekat di kepalanya.
"Saya hampir pitam melihat keadaannya itu kerana pada awalnya menyangka dia memegang kayu, rupanya parang yang tertusuk di pipi," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, anak sulung daripada lima beradik itu diberkian rawatan kecemasan oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Kuala Tahan sebelum dirujuk ke Hospital Jerantut untuk rawatan lanjut.
"Dia dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, sebelum ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, untuk menjalani pembedahan susulan," katanya.
Doktor mengesahkan anaknya perlu menjalanai pembedahan susulan bagi mengeluarkan parang berkenaan supaya tidak menjejaskan otak, sekali gus boleh menyebabkan kematian.
"Doktor memaklumkan parang itu terkena sedikit bahagian otak dan hanya dua sentimeter dari mata. Keadaannya dilaporkan stabil tetapi masih lemah dan dibedah malam ini (semalam)," katanya.

KES LIWAT II : PENDAKWAAN PERLU LEBIH MASA, PROSIDING BERSAMBUNG ISNIN


PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan dengan pihak pendakwaan selesai mengemukakan kira-kira 30 peratus penghujahan sehingga tengah hari Jumaat.

Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memulakan penghujahan pada hari keempat prosiding berkata, beliau memulakan penghujahan dengan membentangkan fakta kes secara menyeluruh kerana ia tidak dilakukan pihak pembelaan.

"Hari ini dalam penghujahan saya mungkin sudah buat 20 hingga 30 peratus hujah.

"Saya ambil masa untuk bentangkan fakta-fakta berkenaan kes sebelum saya masuk ke dalam isu dan undang-undang," kata Muhammad Shafee kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari kamar perbicaraan Istana Kehakiman di sini, Jumaat.

Muhammad Shafee, peguam yang mewakili Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, berkata, pembentangan fakta oleh pihak pendakwaan 'bukan menyeluruh' tetapi ia disifatkan sebagai penting dalam prosiding ini.

"Sebab itu saya makan banyak masa.

"Saya bagi fakta dan kandungan mustahak supaya kita lebih faham kenapa benda ini berkemungkinan berlaku," katanya.

Beliau berhujah di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Prosiding pada Jumaat berhenti sehingga tengah hari dan akan disambung semula pada Isnin.

Muhammad Shafee berkata, penghujahan seterusnya adalah mengenai bahan kes dari lokap berasaskan perbandingan yang menyatakan berus gigi, tuala dan botol air telah digunakan Anwar.

"Kita akan menyatakan eksibit-eksibit itu memang jelas daripada Datuk Seri Anwar bila kita bandingkan ia dengan eksibit dalam P27, semuanya 'Male Y', maka itu adalah eksibit Datuk Seri Anwar," katanya.

Beliau turut memaklumkan, berkemungkinan besar penghujahannya tidak dapat diselesai pada Isnin kerana ia hanya berjalan separuh hari.

"Saya akan mengambil 'bahagian kecil' (masa) pada pagi Selasa, bagaimanapun saya rasa pada Selasa prosiding berjalan satu hari penuh," katanya.

Dalam prosiding bermula Selasa, mahkamah telah mendengar penghujahan daripada peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, serta peguam N Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.

Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan yang memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.

Anwar, 67, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

UM KENAL PASTI MAHASISWANYA TERLIBAT PERHIMPUNAN HARAM



KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) telah mengenal pasti sembilan pelajarnya yang disyaki menghadiri perhimpunan haram sempena pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan pada 27 Oktober lepas di Dataran Dewan Tunku Canselor.

Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izzad Zalman Abd Kader berkata, antara sembilan pelajar itu termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.

Menurutnya, UM telah mengenal pasti Fahmi di dalam perhimpunan itu dan dia berada di barisan hadapan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Fahmi merupakan pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dia bersama lapan mahasiswa yang lain akan dibawa ke Lembaga Tatatertib dalam masa terdekat berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti," katanya ketika dihubungi Bernama.

Jelasnya, jumlah sebenar bilangan pelajar UM yang didapati terlibat belum dapat dipastikan namun rakaman CCTV itu telah dikongsi bersama institusi pengajian yang lain untuk proses pengecaman.

"Pelajar UM yang dikenal pasti akan disiasat oleh UM sendiri manakala selebihnya oleh institusi terlibat,"katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata suspek yang terlibat dalam perhimpunan itu kini sedang dikenal pasti berdasarkan bukti rakaman CCTV serta video.

Dalam insiden 27 Oktober lepas, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk acara pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor.

Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti.

"LEBUHRAYA KELANTAN BUKAN TANGGUNGJAWAP KERAJAAN PUSAT" !!!



Kerajaan negeri kelantan yang meletakkan batu asas lebuh raya di Kelantan mengapa pelaksanaan mahu disuruh kerajaan Pusat lakukan???

HARI KE-4 KES LIWAT II : GILIRAN BARISAN PENDAKWAAN BENTANGKAN HUJAH !!!

Kes Liwat II: Giliran barisan pendakwaan bentangkan hujahKUALA LUMPUR: Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masuk hari keempat hari ini selepas ditangguhkan semalam.

Hari ini tiba giliran pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk membentangkan pula hujahan mereka selepas pasukan pembelaan selesai merumuskan hujahan mereka pada Khamis.

Muhammad Shafee hari ini akan memulakan sesi dengan pembentangan hujah yang menyentuh pelbagai persoalan berdasarkan fakta kes.

Bagi isu yang melibatkan hal DNA dan huraian teknikal, Muhammad Shafee akan menyampaikan hujahnya pada hari Isnin.

Semalam, beliau memohon untuk menganjak sesi pembentangan kerana memerlukan lebih masa untuk mengemas kini hujah memandangkan pihak pembela terlambat untuk memberikan hujah bertulis kepada pihak pendakwa.

Berikut adalah perkembangan yang sedang berlangsung:

9.35 pagi : Shafee berkata, dalam usaha pihak pembelaan cuba menghidupkan sentimen konspirasi, banyak tuduhan dilemparkan pada rangkaian individu, daripada Perdana Menteri (sekarang dan terdahulu), doktor, pakar kimia hinggalah ke pegawai polis.

9.20 pagi : Muhammad Shafee menyatakan bahawa hujah pembelaan Anwar banyak diselubungi idea tentang 'konspirasi' dari peringkat tinggi negara hingga ke pegawai kanan polis. Beliau yang menyifatkannya sebagai pertuduhan liar akan menghuraikan analisa berdasarkan fakta.

9.17 pagi : Barisan lima panel hakim masuk ke kamar mahkamah. Pendengaran penghujahan pihak pendakwa bermula.

9.00 pagi:Anwar tiba di kamar mahkamah. Selepas menyapa kenalan terdekat di galeri awam, beliau berbincang sesuatu dengan  Datuk Seri Gopal Sri Ram.


Anwar Ibrahim

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar diwakili 14 peguam diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Peguam lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Penyokong DSAI tidak seramai prosiding 
hari pertama dan kedua.



IPHONE 6 VS SAMSUNG NOTE 4 : MANA SATU PILIHAN ANDA ???


Dalam tempoh sebulan ini, kempen agresif Samsung Galaxy Note 4 dan Apple iPhone 6 Plus sudah pasti mewarnai pasaran gajet di Malaysia. iPhone baru yang lebih besar tersebut meneruskan rekaan aluminium manakala Note 4 dengan rekaan kulit di belakang.

Perbezaan ketara antara kedua-duanya termasuk resolusi skrin dan nampaknya Apple sedikit kalah jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note 4 yang padat dengan 2,560 x 1,440 piksel.

Manakala dari aspek kamera, meskipun banyak pengeluar terlampau meng’up’kan fungsi resolusi, pada hakikatnya, prosesor atau enjin kamera itu lebih penting. Jika dibandingkan antara kedua-duanya, iPhone 6 Plus menghasilkan foto yang lebih bersih dan menarik.

Harga? Boleh disimpulkan iPhone 6 Plus sedikit mahal berbanding Note 4.

BUDAK PEREMPUAN LIMA TAHUN MATI TERJERUT TALI BUAIAN

Kanak-kanak mati terjerut tali buaian

JEMPOL: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati terjerut tali buaian di rumah datuknya di Felda Lui Muda dekat sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 3.40 petang itu berlaku ketika Isma Umairah Radzuan sedang bermain buaian itu seorang diri di bahagian dapur.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hamzah Alias berkata kejadian itu disedari bapa saudaranya setelah mendapati kanak-kanak itu tiba-tiba senyap.

"Ketika bapa saudaranya pergi ke dapur, dia mendapati mangsa dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut pada tali buaian.

"Bapa saudara mangsa segera memotong tali buaian itu sebelum membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Lui Muda. Namun, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya mayat Isma Umairah dihantar ke Hospital Jempol dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Thursday, 30 October 2014

SUBHANALLAH !!! TIDUR SALAH SATU TANDA KEBESARAN ALLAH !!!



Tidur menjadi keperluan bagi setiap manusia. Dengan tertidur maka daya tahan tubuh manusia itu akan kembali cergas sehingga dia kembali bersedia untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Selain itu, ternyata tidur juga mempunyai kelebihan tersendiri yang mungkin kita tidak menyedari selama ini. 

Dalam kajian baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) saintis mendapati bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur pada siang hari untuk masa yang singkat (satu setengah jam, misalnya). Para saintis telah mendapati bahawa otak merasa letih di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan oleh kerana itu otak memerlukan rehat sejenak. Rehat bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari. 

Oleh kerana itu, saintis menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan memberi masa rehat kepada otak dapat menguatkan memori. Saintis mendapati orang yang biasa tidur sebentar di siang hari menunjukkan prestasi akademik mereka lebih baik dan kemampuan mengingat sesuatu adalah lebih cepat.

Para ilmuwan mengatakan: Fenomena tidur adalah sebuah kelebihan yang perlu direnungkan dan dikaji lebih mendalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci Nya Al-Quran tentang pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan kelebihan yang harus kita renungkan. Allah berfirman: 


(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, "(Surah Al-Rum 23).

Sumber: islampos.com

VIDEO KOLAM RENANG PALING DALAM DI DUNIA


Kolam renang yang terdalam di dunia ini bernama Nemo 33 yang terletak di Brussel, Belgium. Dengan kedalaman 34.5 meter lebih kurang sepanjang 7 buah bas ekspress disusun. 

Dengar je pun terfikirkan macam mana nak berenang dalam kolam ni, Admin pun tak tahu nak cakap macam mana sebab tak pernah cuba, kalau nak cuba ni kena ada keberanian yang memuncak dan yang pasti nafas memang kena panjang lah, sebab nak turun je pun menagambil masa lebih kurang 2-3 minit mengikut pengalaman orang yang pernah mencuba .

Tak percaya Jom kita tengok..


BEG PAKAIAN DISYAKI BERISI BAHAN LETUPAN DILETUPKAN UPB



KUALA LUMPUR: Sebuah beg pakaian yang dipercayai mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di bawah jejantas di hadapan sebuah bank di Jalan Medan Tunku 1 di sini, diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB), sebentar tadi.
Bahan letupan itu diletupkan sebanyak dua kali iaitu kira-kira pukul 7.40 malam dan lima minit kemudian.

Difahamkan polis masih lagi mengawal ketat lokasi kejadian.

Beg yang dimusnahkan UPB itu dipercayai ditinggalkan seorang individu kira-kira pukul 4 petang Khamis.


TERGAMAK BUAT MAKSIAT DI TANGGA PANGSAPURI !!!


Mengejutkan ramai pihak, sungguh tidak disangka pasangan kekasih tergamak sedang bercembuhan di tangga tidak menyangka kedatangan penduduk di tempat itu sehinggah perbuatan terkutuk mereka dirakam oleh seorang penghuni di sebuah pangsapuri berkenaan.


Ramai yang terkejut dan hampir tidak percaya dengan aksi pasangan remaja itu, lebih-lebih lagi wanita yang sedang bercembuhan dengan teman lelakinya itu memakai tudung. 

Sungguh memalukan diri dan lebih-lebih lagi bangsa dan agama yang tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian. (Lokasi daerah dan nama tempat dirahsiahkan)

TERKINI : PROSIDING HARI KE-3 (KES RAYUAN LIWAT II DILANJUTKAN HINGGA ISNIN DEPAN)


Panjang cerita lagi perbicaraan rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan pada Khamis.

Awalnya mahkamah tetap dua hari saja, Selasa dan Rabu untuk perbicaraan ini, namun peguam Anwar baru selesai berhujah awal petang Khamis.

Berikutan itu, menurut Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan akan menjawab di sebelah petang, pihaknya akan mula berhujah pagi Jumaat dan disambung sehingga Isnin.

Selepas Shafee berhujah, peguam-peguam Anwar akan berhujah balas dan barulah hakim membuat keputusan.

Jadi dari congak tersebut, boleh jangka bahawa keputusan kes Anwar tidak akan diketahui dalam masa terdekat.

"Panel hakim biasanya ambil lebih masa untuk membaca semua hujah peguambela dan pendakwa sebelum membuat keputusan," kata Shafee.

Muhammad Shafee dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Mahkamah Apex (mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia) dijadual menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusannya kerana pihak pendakwaan dan pembelaan membuat penghujahan secara menyeluruh mengenai kes itu selain membawa isu-isu baharu untuk dipertimbangkan mahkamah.

Berikut adalah perkembangan prosiding yang berlangsung hari ini :-

12.58 petang: Peguamdakwa Tan Sri Shafee Abdullah meminta agar sesi pembentangan hujahnya dimulakan esok memandangkan beliau memerlukan lebih masa untuk menyediakan hujah balas, maka tiada sesi selepas rehat tengah hari pada hari ini. Penghujahannya akan bersambung ke hari kedua iaitu pada hari Isnin ini.

Ketua Hakim, Tun Ariffin Zakaria membenarkan pelanjutan sesi tersebut dan menangguhkan prosiding ke esok.

12.40 tengah hari: Peguambela Sangeet Deo Kaur meminta sedikit masa untuk menjelaskan hujahnya semalam tentang pegawai polis yang ditugaskan membawa 3 barang bukti, selain mengenai keadaan kebersihan lokap tahanan. Sangeet merujuk kepada beberapa gambar untuk penghujahannya.

12.10 tengah hari: Ramkarpal menyambung hujah, berdasarkan pemeriksaan doktor yang menunjukkan tiada bukti cedera atau penembusan, maka bagaimanakah sampel air mani boleh berada dalam dubur pengadu. Ramkarpal juga mengajukan soalan tentang beberapa penjelasan bukti yang sebelum ini tidak diberi perhatian sewaktu perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

12.00 tengah hari: Ramkarpal mempertikai kredibiliti Mohd Saiful berikutan percanggahan kenyataan dan pengakuan Mohd Saiful tentang masa, cara dan butiran berkaitan insiden diliwat. Percanggahan itu, menurut Ramkarpal, adalah berdasarkan laporan pengadu itu kepada doktor yang memeriksa dan ketika dia memberi keterangan di mahkamah.

11.40 pagi: Ramkarpal merujuk kepada keputusan empat doktor, dari kedua-dua pihak pendakwa dan pembela, yang menyatakan bahawa tiada kesan cedera pada rektum Mohd Saiful. Persoalan tentang sama ada benar berlaku penembusan telah dibangkitkan.

11.30 pagi: Prosiding disambung semula. Ramkarpal menyambung hujahnya dan bersedia untuk rumusan keseluruhan.

11.20 pagi: Anwar kembali ke kamar mahkamah dan berbual dengan hadirin di galeri awam, termasuk Sasterawan A. Samad Said, dan veteran DAP, Lim Kit Siang.

11.15 pagi: Sidang berehat sebentar.

10.30 pagi: Ramkarpal mengatakan bahawa Jude berbohong tentang pemahamannya mengenai cara kendalian spesimen bahan bukti. Dalam hujahnya, Ramkarpal menekankan bahawa Judy tidak perlu membuka, memeriksa dan menanda semula 12 spesimen tersebut setelah kesemuanya sudahpun melalui prosedur standard oleh doktor/pakar kimia yang menyediakannya sebelum itu.

10.20 pagi: Ramkarpal memetik kembali pengakuan seorang saksi, Superintenden Jude Pereira, yang menurutnya tidak mengendalikan spesimen bahan bukti mengikut prosedur. Antaranya adalah tentang pembukaan bungkusan spesimen dan penandaan label serta penyimpanan di tempat yang tidak bersuhu dingin.

10.00 pagi: Ramkarpal memperincikan aspek perbandingan sampel DNA daripada bahan bukti tuala dengan sampel dari rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Isu pencemaran sampel, pengendalian dan garis panduan membuat ujian makmal terhadap sampel diberi penekanan.

9.36 pagi: Prosiding hari ketiga bermula dengan peguam Ramkarpal Singh menyambung hujahnya mengenai hal saintifik tentang bahan bukti dan DNA.

9:30 pagi: Suasana di hadapan Istana Kehakiman masih lengang, hanya satu kumpulan kecil sekitar 50 orang penyokong Anwar kelihatan hadir.

9.11 pagi: Anwar tiba di kamar mahkamah dan ambil peluang menyapa kenalan di galeri awam. Beliau kemudian bergerak ke sudut depan barisan media untuk bercakap di telefon dengan individu berprofil tinggi dari Manila yang disebut Anwar sebagai 'Presiden'. Anwar seterusnya membuat perbincangan ringkas bersama ketua barisan pembelaan, Gopal Sri Ram dan beberapa peguam lain.

9:00 pagi: Anwar tiba untuk prosiding hari ini tetapi tidak melalui kawasan penyokongnya seperti biasa tetapi memasuki mahkamah mengikut pintu lain. Manakala penyokong Mohd Saiful Bukhari pula, langsung tidak kelihatan. Malah, pengamal media lebih ramai daripada penyokong kedua-dua pihak.