ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ADAKAH GST HARAM ???

Sunday 18 January 2015

ADAKAH GST HARAM ???


Nampaknya begitu ramai viralkan pandangan Sheikh Nuruddin yg mengatakan GST adalah Haram berasaskan hujah cukai adalah haram. 

Saya sudah menulis mengenainya di akhbar Mingguan Malaysia. Pandangan Dr. Asyraf Wajdi Dasuki (Pakar Kewangan)

Sekali lagi saya kongsikan perbahasan berkenaan dengan persoalan "adakah boleh orang Islam dikenakan cukai sedangkan mereka sudah diwajibkan zakat?" 

Ulamak berbeza pendapat mengenai hal ini. 

Mazhab Hanafi mengatakan tidak boleh. Mazhab Maliki, Syafie Dan Hanbali kata boleh, jika ada maslahat.

Antara hujah mereka yg kata tidak boleh:
1) Ada hadith yg menyatakan:
ليس في المالِ حقٌّ سوى الزكاة
"Tidak ada kewajipan dalam harta melainkan zakat" (Hadith riwayat Ibnu Majah)

2) Pada zaman Rasulullah SAW, hanya zakat shj yg dikenakan ke atas org Islam. Selain itu tiada.

Hujah mereka yg mengharuskan:
1) Pada zaman Saiduna Umar Al-Khattab, beliau telah memperkenalkan cukai2 baru yg belum pernah wujud pada zaman Rasulullah SAW. Antaranya ialah kharaj (cukai tanah), 'usyur (cukai perniagaan) dll. 

2) Kaedah fiqh menyebutkan:
تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة
"Tindakan pemerintah terhadap rakyat adalah mengikut maslahat"
Maknanya setelah pemerintah mendapatkan nasihat drpd ahlul hal wal 'aqd (ahli syura, pakar2, penasihat2 yg jujur lg amanah), maka pemerintah boleh kenakan cukai yg sewajarnya.

3) Hadith yg dijadikan hujah oleh mazhab hanafi yg menolak keharusan cukai ke atas org islam itu tidak boleh digunapakai kerana ramai ulama mendhaifkannya. malah ada yg menyatakan bahawa hadith tersebut dhaif jiddan. berikut adalah sebahagian komentar para ulama terhadap hadith tersebut:

Imam Nawawi berkata dlm kitab Al-Majmu' bhwa hadith itu dhaif jiddan

Imam Zaila'i (ulama mazhab hanafi sndiri) kata hadith itu dhaif

Imam Suyuti dlm Jami' Saghir kata dhaif

4) alasan mengatakan bahawa Nabi SAW xpernah kenakan cukai terhadap org islam adalah tertolak. ini kerana saiduna Umar sendiri yg telah mewujudkan baru yg belum pernah wujud masa zaman Nabi SAW. kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saiduna Umar cipta cukai baru kerana saiduna Umar bukan org biasa. beliau adalah sahabat Nabi SAW yg agung, antara 10 org yg dijamin syurga dan antara khulafa rasyidin yg Nabi SAW sndiri suruh ikut.

Kesimpulan:
Setelah meneliti hujah kedua2 pihak, saya merasakan bahawa pandangan yg mengatakan harus mengenakan cukai walaupun sudah ada zakat adalah yg lebih tepat. ini kerana:

1) Hujahnya lebih kuat
2) Kaedah Fiqh yg digunakan mmg tepat
3) Perbuatan Saiduna Umar antara hujah yg kuat dlm hal ini
4) Pandangan ini adalah pandangan jumhur (Maliki, Syafie dan Hanbali)
5) Pandangan ini bertepatan dgn Mazhab Syafie yg merupakan pegangan Rakyat Malaysia

Wallahua'lamِ

Dr. Asyraf Wajdi Dasuki

No comments:

Post a Comment