Kota Bharu: Memasuki tahun ke-10 tinggal di Malaysia atau lebih spesifiknya Kelantan, tidak pernah membuatkan pasangan dari Belanda ini jemu atau kekok dengan komuniti Che Siti Wan Kembang.
Harry Mulder dan isteri, Annamieke yang kedua-duanya berusia 46 tahun, sebaliknya mengakui Kelantan sudah disifatkan rumah sendiri selepas negara kelahirannya.
Malah ketika ini, kedua-duanya sinonim dengan masyarakat tempatan dan biasa dengan budaya Melayu yang berkain batik serta pelekat selain makan masakan pedas bersama ulaman dan budu.
Pasangan itu juga tidak kisah dikenali dengan jolokan ‘Mat Salih Melayu’ kerana sedar populasi Kelantan yang hampir 80 peratus penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam.
“Kami saling menghormati satu sama lain bahkan saya sekeluarga banyak belajar dengan orang tempatan di sini. Sudah hampir tiga dekad di sini, saya gembira sekali.
“Anak bongsu saya, Abel juga lahir di sini dan sudahpun berusia 10 tahun. Bahkan dia fasih berbahasa Melayu dan boleh juga bertutur loghat Kelantan.
“Saya, isteri dan anak sulung Jesse yang berusia 16 tahun boleh juga bertutur dalam bahasa dan loghat Kelantan, namun tidak sefasih Abel,” katanya yang pertama kali datang ke Malaysia ketika menjalani latihan amali dengan Penerbangan Malaysia (MAS) di Subang, Selangor pada 1989.
hmetro
No comments:
Post a Comment