ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERSAHABAT BIAR SAMPAI KE SYURGA !!!

Monday, 25 December 2017

BERSAHABAT BIAR SAMPAI KE SYURGA !!!


Ada sahabat... dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian.

Ada sahabat... dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi... tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.😁😁😁

Ada sahabat... dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu.

Ada sahabat... dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. Tercraving-craving... terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna.

Ada sahabat... dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ☺

Walau kategori mana pun anda berada semuanya saling melengkapi hidup ini. Semuanya penting

Terima kasih atas jalinan persahabatan kita dan semoga kita ikhlas bersahabat kerana Allah πŸ˜πŸ˜ŽπŸ˜ŽπŸ˜€
#jgn mkn kawan
#jgn tikam kawan
#jgn kencing kawan kawan
#jgn tinggal kwn kt blkg
#jgn aniaya kawan
#barulah namanya KAWANπŸ’ͺπŸ‘ŒπŸ‘
SAHABAT BIAR SAMPAI SYURGAπŸ‘πŸ€£πŸ˜πŸ˜

No comments:

Post a Comment