ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 21 SUSPEK BERI KETERANGAN SEBAR BERITA PALSU BANJIR

Saturday 10 January 2015

21 SUSPEK BERI KETERANGAN SEBAR BERITA PALSU BANJIR


CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melaporkan ejumlah 21 daripada 22 individu yang diminta tampil untuk membantu siasatan penyebaran berita palsu banjir di aplikasi pesanan dan laman sosial sudah berbuat demikian.

Manakala, seorang lagi individu telah membuat temujanji untuk tampil memberi keterangan pada pertengahan bulan ini.

"Individu-individu berkenaan sudah untuk memberi keterangan di pejabat SKMM di Cyberjaya, Pejabat Wilayah SKMM dan balai polis. Mereka mula tampil secara berperingkat bermula pada 29 Disember 2014 hingga ke hari ini.

"Semua kes akan diperkemas dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan SKMM hari ini.

Menurut kenyataan itu, SKMM sentiasa bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat sepuluh kes berita palsu banjir yang dikenal pasti. Pihak polis juga telah menahan seorang individu empat hari lalu di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana disyaki menyebarkan berita palsu banjir.

"Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, masyarakat umum dinasihati agar tidak bertindak dengan emosi dan menyebarkan berita yang belum ditentukan kesahihannya atau memapar semula berita tanpa usul periksa.

No comments:

Post a Comment