ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN KELANTAN DAN PEMBALAK

Tuesday 6 January 2015

SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN KELANTAN DAN PEMBALAK


SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN KELANTAN DAN PEMBALAK

KEMBALIKAN HAK RAKYAT KEPADA RAKYAT
Assalamualaikum wbt. Terus kepada maksud dan hasrat, tidak boleh menulis panjang kerana perlu menolong keluarga naikkan khemah untuk kami berteduh. Rumah kami hilang dihanyutkan arus deras. Dahulu rumah inilah yang menjadi tempat kami anak beranak tidur dan berteduh.

Kepada Kerajaan Kelantan dan Pembalak.
Dengan rendah diri, kami rakyat Kelantan memohon sumbangan Kayu, Plywood & lain-lain keperluan daripada Kerajaan Kelantan dan taukey-taukey serta proksi-proksi balak di Negeri Kelantan dan luar Negeri Kelantan untuk membina kediaman sementara bagi mangsa-mangsa banjir Negeri Kelantan yang telah kehilangan tempat tinggal setelah dihanyutkan arus deras dalam Bencana Banjir tempohari.

Kami percaya Taukey-taukey Balak sekelian telah mengaut keuntungan yang bukan sedikit daripada hasil Balak yang diambil dari Negeri Kelantan dan kami yakin, sumbangan yang bakal dibuat oleh para Taukey Balak sekelian sikit pun tidak akan merugikan perniagaan kalian.

Inilah masanya untuk Kerajaan Kelantan, taukey-taukey dan proksi-proksi Balak sekelian berkongsi keuntungan selain berzakat kepada Rakyat Negeri Kelantan yang ditimpa musibah.

Sekian lama kami Rakyat Marhaen melihat sahaja Taukey-taukey Balak sekelian mengaut untung atas perniagaan Kalian & kami hanya menerima "kesan" kemusnahan hasil dari keuntungan yang dibuat kalian.

Untuk SEKALI SAHAJA dalam hidup, kami mohon supaya Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan YAB Dato Ustaz Ahmad bin Yaakob, Taukey-taukey dan proksi-proksi balak sekelian "berkongsi" hasil bumi kami dengan mangsa-mangsa banjir supaya mangsa-mangsa banjir boleh memulakan kehidupan baru selepas ditimpa musibah.

Yang Benar mewakili
Rakyat Kelantan yang kehilangan Rumah dan tempat berteduh







No comments:

Post a Comment