Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan penyebaran berita palsu yang disebarkan di media sosial mengatakan penangguhan sekolah selama sebulan. Penangguhan sekolah tahun persekolahan 2015 adalah selama seminggu.
Sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad) dan bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
Ibu bapa dan orang awam di minta hubungi kementerian, dan semak di laman berita rasmi, jangan mudah percaya sebaran melalui media sosial.
KPM telah meminta SKMM menyiasat dan mengambil tindakan segera pada mereka yang menyebar berita palsu ini.
Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof
No comments:
Post a Comment