ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO : MAHASISWA UKM CABAR FAHMI ZAINOL BERDEBAT

Monday 3 November 2014

VIDEO : MAHASISWA UKM CABAR FAHMI ZAINOL BERDEBAT


Kuala Lumpur – Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini mencabar Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol untuk berdebat secara terbuka berhubung tindakannya yang dikatakan memperalatakan mahasiswa untuk kepentingan peribadi individu tertentu.

Menurut Speaker Aspirasi UKM, Farhan Khairuddin, tindakan Fahmi yang memperjuangan politik peribadi Anwar Ibrahim itu bukan mewakili suara majoriti mahasiswa.

“Dia (Fahmi) kena faham, baha tindakannya itu bukan mewakili suara majoriti mahasiswa.

“Dia mengunakan kapasitinya sebagai pemimpin untuk memperjuangkan politik peribadi seorang insan yang bernama Anwar Ibrahim, ini satu kenyataan dan bukannya tuduhan” ujarnya ketika ‘Forum Siswa: Suara Kampus Pinggir Denyut Nadi Rakyat’ anjuran SuaraTV baru-baru ini.

Farhan turut menyifatkan Fahmi sebagai ‘kuda tunggangan’ pihak-pihak tertentu yang hanya ingin mengunakannya sebagai pemimpin pelajar untuk mencucuk mahasiswa lain.

“Pembawakan politik ke dalam kampus hari ini (telah) dicucuk oleh sesetengah pihak. (pada saya) Fahmi Zainal hanyalah ‘kuda trojan’ tunggangan ‘tentera-tentera’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia tidak patut berlaku.

“Sebagai mahasiswa (kita perlu) ada pendirian dan berfikiran terbuka. Saya tolak sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh Fahmi Zainol itu.

“Kalau dia berani untuk berhujah dan merasakan tindakannya itu berada di pihak yang betul dan memperjuangan suara mahasiswa secara majoriti, saya cabar dia untuk berdebat” katanya lagi.

Fahmi sebelum ini dikatakan berdepan dengan sembilan pertuduhan atas kesalahan menganjur dan menyertai ceramah Ketua Pembangkang.

Beliau dikatakan telah menerima sepucuk surat dan diminta untuk menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin di universiti tersebut pada 7 November ini.
Pada Isnin, keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.

UM membantah penganjuran ceramah itu dan Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar UM), Prof Datuk Dr. Rohana Yusof berkata kakitangan universiti terbabit diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekitarnya pada pukul 4 petang.

Pada pukul 7 malam, dua pintu pagar utama universiti tersebut dikunci dan dikawal ketat oleh anggota keselamatan.
SuaraTV

No comments:

Post a Comment