ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ADUN SELANGOR BERTIKAM LIDAH DENGAN GELARAN ANWAR "KETUM"

Tuesday, 25 November 2014

ADUN SELANGOR BERTIKAM LIDAH DENGAN GELARAN ANWAR "KETUM"

Rakyat News

SHAH ALAM 25 Nov - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias merujuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Awnar Ibrahim sebagai 'Ketum'.

Kenyataan Shamsudin yang merujuk 'ketum' sebagai Ketua Umum mendapat reaksi negatif daripada majoriti ADUN Pakatan Rakyat (PR).

"Kenapa Sungai Burong ketawa selepas sebut 'ketum'? Minta tarik balik," kata Adun Kota Anggerik (PKR) Yaakob Sapari.

"Ketum itu ringkasnya Ketua Umum. Kalau ada fikiran yang herot yang jahat itu saya tak masuk campur," kata Shamsudin menjawab.

Pertikaian itu dileraikan Timbalan Speaker Selangor Mohd Shafie Ngah yang menasihatkan Shamsuddin supaya tidak menggunakan istilah yang tidak bagus didengar.

Adun DAP kemudiannya membuat gelaran baru “kekang” terhadap Shamsudin, sebagai rujukan singkat kepada Ketua Pembangkang.

Beliau sebelum itu mempertikaikan peranan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang didakwanya tidak membantu pelaburan ekonomi negeri.

Sebaliknya, jawatan itu demi kepentingan peribadi dan parti, malah mengeruhkan lagi politik Selangor semasa kemelut menteri besar yang berlarutan sehingga sembilan bulan.

No comments:

Post a Comment