ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: K.P.I TERBAIK BAGI SEMUA KETUA UMNO BAHAGIAN

Friday, 21 November 2014

K.P.I TERBAIK BAGI SEMUA KETUA UMNO BAHAGIAN

K.P.I, Petunjuk Prestasi Utama (Key Perfomance Indicator) atau bahasa mudahnya kayu pengukur bagi menentukan tahap keberkesanan atau kejayaan individu ataupun sesebuah organisasi.
Ianya juga boleh dijadikan panduan untuk menggariskan halatuju individu yang memimpin sesebuah organisasi maupun parti politik. Begitulah juga dengan UMNO, parti umat Melayu terbesar didunia. Sebuah parti politik yang begitu tersusun struktur organisasinya dan sebuah wadah perjuangan yang tersusun gerakerjanya seawal usia penubuhannya lagi.
UMNO melalui banyak proses ujian termasuk ujian populariti dan rakyatlah yang menghakimi UMNO selama lebih 60 tahun ini. Tidak dinafikan pasang surut, naik turunnya prestasi tonggak umat Melayu di Malaysia ini. Setiap ujian yang UMNO lalui ditempuhi dengan sabar dan berkat mesyuarah serta amalan Taat kepada Amir, maka UMNO berjaya satu demi satu halangan maupun ujian. Samada ujian tersebut datang dari dalam maupun ujian dari pihak lawan, UMNO kekal teguh menempuh segalanya.
Dua Penggal kebelakangan ini UMNO diuji dan diasak dengan impak hentakan yang agak kuat dan ianya hentakan fitnah dan kesan pudar-percaya terhadap UMNO dari pengundi yang tidak seperti kelazimannya. Kemuncaknya UMNO dan BN hilang lagi 2 negeri selama 2 pilihanraya Umum berturut-turut. Kalau Kelantan UMNO dan BN hilang kuasa selama lebih dari 20 tahun, kini menyusul Selangor dan Pulau Pinang yang telah masuk penggal kedua kekal di tangan pakatan haram.
Kita tidak boleh menipu diri bila berhadapan dengan isu Pilihanraya.
Sejauhmana atau sehebat mana gerakerja yang kita susun, akhirnya, rakyat yang layak mengundi akan menentukan untung nasib parti kita. ANGKA atau JUMLAH undi adalah segalanya. Perbezaan walaupun selisihnya hanya 1 Undi, membawa makna yang amat besar kerana dengan 1 UNDI tersebutlah maka Kerajaan boleh bertukar milik berpindah kuasa.
Kita tidak mampu lagi untuk menutup kelemahan dengan kelemahan daya kepimpinan yang lain. Kelemahan wajib dan wajar diatasi bukannya untuk diperdebatkan sambil jari telunjuk menghunus kearah kesilapan orang lain dan sebagai pemimpin.
K.P.I mudah untuk seseorang Ketua atau pemimpin parti adalah Penambahan Kadar Jumlah Pengundi Tegar UMNO. Pengundi yang terang-terang menyokong UMNO. Label warna condong-sokongan pengundi seperti kelabu, kelabu-putih, kelabu-hitam dan hitam itu tertakluk kepada daya jentera UMNO di bahagian tersebut.
Walau ianya K.P.I mudah namun hakikatnya itulah yang bakal menentukan samada UMNO kekal atau kehilangan kuasa.
Kiranya UMNO Pusat mewajibkan laporan bulanan mengenai statistik penambahan pengundi tegar ini, yakinlah kita bakal melihat dan menilai sendiri siapakah Ketua Bahagian yang betul-betul faham apa itu Perang Angka dalam Pilihanraya dan kita bakal menyaksikan negeri-negeri yang dahulunya di bawah pentadbiran UMNO-BN akan kembali semula dengan majoriti yang meyakinkan.
Walaupun gerakerja penambahan pengundi bukan terletak di bahu Ketua Bahagian sahaja namun kesungguhan Ketua akan mencorakkan segalanya.
Perhimpunan Agong UMNO adalah medan seruan terbaik untuk Ketua Bahagian UMNO supaya bangkit !
1 Undi mampu mengubah Gunung jadi Padang Jarak Padang Tekukur !!

No comments:

Post a Comment