Seorang pelajar Tingkatan Satu menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas terjatuh ke dalam telaga di Kampung Jelapang, Bandar Permaisuri, petang Rabu.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Norsyakirah Izati Nazliza, 13, ditemui lemas di dalam telaga yang terletak di belakang rumah datuknya, Mat Daud Dollah, 73.
Sebelum kejadian, anak sulung daripada lima beradik itu dikatakan mengikut datuknya memukat ikan di bendang yang terletak kira-kira 25 meter dari rumah datuknya.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam telaga yang ditenggelami air yang terletak di dalam sawah ketika datuknya sedang memukat.
Beliau berkata, kejadian menimpa mangsa itu dilihat dua sepupunya yang segera memaklumkan kejadian itu kepada datuk mangsa.
"Telaga itu tidak dapat dilihat kerana dipenuhi air sebelum gerakan mencari mangsa dijalankan dengan bantuan penduduk kampung.
"Mangsa berjaya ditemui di penduduk kampung sebelum dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat," katanya.
No comments:
Post a Comment