ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KELEBIHAN JANGGUT UNTUK KESUBURAN HORMON WANITA ???

Saturday, 22 November 2014

KELEBIHAN JANGGUT UNTUK KESUBURAN HORMON WANITA ???


Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita.

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad saw. sejak lebih seribu tahun dahulu. 

Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik yang juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat, yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki menggandungi hormon testosterone yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? 

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu. Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Wallahualam.

Rasullullah saw. suka tengok lelaki berjanggut walau sehelai. 

Pada Zaman Rasulullah ada seorang lelaki yang berjanggut dua helai datang ke masjid dan semasa mengambil wuduk, lelaki tersebut memandang Rasulullah. 

Rasulullah pun senyum kepada lelaki itu. Lelaki itu hairan, mungkin Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hanya 2 helai di dagu. Keesokan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. 

Apabila terserempak dengan Rasulullah saw, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda. 

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” Lalu Baginda menjawab ”Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu, tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu."

Justeru simpanlah janggut wahai kaum Adam. It's Sunnah right?

"Hasbi Rabbi Jalallah. Maafi Qalbi Ghairullah.

Nur Muhammad Salallah. Laa ilaa ha ilallah. Muhammadur Rasullullah"

Sebarkan kepada kawan-kawan dan saudara mara. InshaaAllah kalian akan membuat ribuan, malah mungkin jutaan insan lain yang akan turut mengikut sunnah Rasullullah dan akan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Mulai hari ini isteri-isteri rajin-rajinlah belai janggut suami.

No comments:

Post a Comment