ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #PAU2014 : KEDUDUKAN UMNO & BN DALAM BAHAYA - @MuhyiddinYassin

Saturday, 29 November 2014

#PAU2014 : KEDUDUKAN UMNO & BN DALAM BAHAYA - @MuhyiddinYassin


Kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai penaraju kerajaan kini dalam bahaya jika persepsi dan pandangan orang muda terhadap parti tidak berubah.
Muhyiddin berkata jika situasi tersebut berterusan, dengan hanya penurunan dua peratus sahaja sokongan berbanding PRU13, BN boleh hilang kuasa sebagai penaraju kerajaan.

"Graf kedudukan kita sekarang menunjukkan penurunan, kalau situasi tidak bertambah baik, hanya dengan dua peratus penurunan undi kita dalam keadaan bahaya.

"BN pasti akan kalah; kita dalam keadaan amat bahaya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO, di PWTC petang Sabtu.

Menurut Muhyiddin, jika turun dua peratus BN hanya akan dapat 103 kerusi Parlimen dan untuk bentuk kerajaan memerlukan 112 kerusi.

"Sebaliknya jika kita kerja kuat dan naik sokongan dua peratus kita dapat 141 kerusi Parlimen, kalau naik 5 peratus 159 lebih dari majoriti dua pertiga," ujarnya.

Untuk dapat dua pertiga majoriti kerusi parlimen BN perlukan sekurang-kurangnya 148 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan kini.

Muhyiddin berkata dalam tempoh kurang dari 39 bulan menuju PRU14, persepsi dan pandangan orang muda terhadap UMNO dan BN perlu diubah.

"Kalau tidak ada pembaharuan, kedudukan kita berbahaya. Presiden komited untuk meluangkan lebih banyak masa untuk UMNO.

"PM akan korbankan masa lihat kepentingan parti, turun pada setiap kawasan," katanya lagi.

Untuk memastikan usaha mengubah persepsi dan pandangan orang muda itu berjaya, Muhyiddin berkata Badan Naziran Politik akan ditubuhkan.

Beliau menjelaskan, ahli-ahli yang tidak mempunyai jawatan dalam parti akan dilantik dalam badan yang dipantaunya itu.

"Ini langkah drastik. Saya akan pantau. Kalau ada kawasan kelabu jadi hitam, maka ada perkara yang perlu dilakukan. Inisiatif ini akan dilaksanakan awal tahun depan," katanya.

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin mengumumkan penubuhan Yayasan PIBG Nasional yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, dana sebanyak tidak kurang RM200 juta atas sumbangan kerajaan, Badan Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta akan diagih-agihkan kepada sekolah-sekolah luar bandar.

Mengulas mengenai pengumuman mengekalkan Akta Hasutan 1948 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin menjelaskan ia bukan satu desakan.

"Ada nyatakan kenyataan awal saya sebelum ini sebagai desakan. Ini bukan desakan, tetapi sebagai timbalan yang baik.

"Saya bersyukur dengan keputusan kekalkan Akta Hasutan dengan pengukuhan dan ditambah baik. Terima kasih," katanya

No comments:

Post a Comment