ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : OPERASI NOMBOR PLATE TETAP DITERUSKAN !!!

Thursday, 13 November 2014

TERKINI : OPERASI NOMBOR PLATE TETAP DITERUSKAN !!!


MUTAKHIR: Operasi besar-besaran terhadap nombor plat pendaftaran, lampu HID & strobe tetap diteruskan, kata JPJ hari ini.
(Kenyataan rasmi JPJ diterima 6.53 petang)

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneruskan operasi bagi penguatkuasaan lampu HID dan lampu strob seperti yang ditetapkannya pada 1 November lepas.
    
Menurut JPJ, operasi nombor pendaftaran pula akan diteruskan dengan memberi fokus hanya terhadap pesalah yang melanggar undang-undang secara serius sahaja.
    
"Penguatkuasaan dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan nombor pendaftaran, lampu HID dan strob adalah berlandaskan keutamaan terhadap pengguna jalan raya.
    
"Dengan ini, JPJ akan meningkatkan usaha advokasi untuk memastikan masyarakat memahami akan pentingnya mematuhi garis panduan ini," kata JPJ dalam kenyataan hari ini.
    
Operasi itu penting kerana maklumat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan kesalahan seperti melanggar had laju, melanggar lampu isyarat merah, penggunaan telefon sewaktu memandu dan lain-lain kesalahan memberi kesan kepada keselamatan pengguna jalan raya.
 
"Kamera penguatkuasaan pada masa ini tidak mampu mengesan pesalah-pesalah yang menggunakan nombor pendaftaran yang tidak menepati spesifikasi," katanya. - Bernama



PS: Admin pening laaa... sekejap tangguh ... sekejap teruskan...
yang mana satu yang betul niii ???


No comments:

Post a Comment