ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DOKTOR KASANOVA PIKAT GADIS GUNA AYAT CINTA, AJAK BERASMARA

Thursday, 13 November 2014

DOKTOR KASANOVA PIKAT GADIS GUNA AYAT CINTA, AJAK BERASMARA

Ampang – Seorang doktor muda kasanova dipercayai aktif memikat ramai gadis dan remaja menggunakan ayat novel cinta sebelum memujuk mangsa mengadakan hubungan seks.
Doktor lelaki berusia 20-an itu dikesan menggunakan laman sosial WeChat untuk berkenalan dengan mangsa sebelum diajak pulang ke rumahnya bagi melakukan seks.
Suspek dikesan menjadikan kediaman kondominium miliknya di Pandan Indah, di sini, sebagai lokasi untuk melakukan temu janji asmara.
Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru, suspek dikatakan berkenalan dengan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melalui laman sosial Wechat awal Oktober lalu.
Menurutnya, remaja perempuan yang masih bersekolah dan berasal dari Terengganu itu kemudian diajak melakukan temujanji beberapa kali oleh suspek.
“Mangsa dikatakan ‘cair’ dan terpikat dengan suspek yang bijak bermain kata-kata cinta. Malah, mangsa akhirnya mengikut suspek ke kondominium didiami sebelum melakukan hubungan seks.
“Mangsa hanya pulang ke rumah keesokan harinya selepas bermalam di rumah lelaki terbabit. Tindakan mangsa tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu bapanya gusar sebelum menyoal siasat punca kegagalannya pulang ke rumah,” katanya.
Dia berkata, mangsa akhirnya mengaku beberapa kali melakukan hubungan seks dengan doktor muda terbabit.
“Susulan itu mangsa dibawa ke Balai Polis Ampang, di sini, untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Ampang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan doktor pernah melakukan hubungan kelamin,” katanya.
Menurutnya, susulan itu, polis memberkas doktor terbabit sebelum ditahan reman enam hari bermula Khamis lalu.
“Polis turut melakukan pemeriksaan di kediaman suspek sebelum menemui bukti menunjukkan suspek turut menjalin hubungan dengan ramai wanita lain yang turut dibawa pulang ke rumahnya.
“Siasatan mendapati suspek sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor dan bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi,” katanya.
Menurutnya, suspek dipercayai bijak memikat gadis dengan kata-kata manis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment