Awas Penipu
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan amaran tentang sindiket penipuan BR1M 2015. Mereka kini semakin bergiat aktif dengan menghantar sms dan email kepada bakal penerima BR1M 2015 dengan meminta pengesahan nombor telefon untuk dihubungi.
Modus Operandi sindiket ini adalah dengan menyamar sebagai Pegawai LHDN dan cuba untuk berhubung dengan bakal penerima bantuan BR1M 2015. Pegawai palsu ini menawarkan langganan insurans BR1M (i-BR1M) dan membuat semakan status kelulusan BR1M 2015.
Banyak kes sebelum ini di mana mangsa hanya menerima separuh daripada bantuan BR1M yang sepatutnya diterima. Lebih malang ada yang tidak menerima sesen langsung setelah memberi maklumat peribadi kepada sindiket.
Sindiket ini sungguh licik di mana penyamaran mereka berjaya meyakinkan golongan emas terutamanya di kampung-kampung bahawa mereka akan menguruskan proses tuntutan BR1M 2015. Ini lah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau hubungi talian hotline Kementerian Kewangan 03-8882 4565/ 03-8882 4566 atau layari laman Rasmi eBR1M.
Yang pasti, tiada pegawai LHDN yang akan menghubungi anda untuk proses tuntutan BR1M atau iBR1M. Jika anda menerima sms atau email seperti di atas, sila delete sahaja.
Adakah anda layak BR1M 2015 ?
Tahun depan jumlah sumbangan BR1M 2015 dinaikkan pada RM950. Tiga kali bayar. Yang bujang pun dapat jugak.

PEMOHON | PENDAPATAN SEBULAN | BAYARAN BR1M | TARIKH BAYARAN |
KELUARGA
| RM 300 - JAN | ||
RM 3000 | RM 950 | RM 300 - MAY | |
RM 350 - SEPT | |||
RM 200 - JAN | |||
RM 3000 - RM 4000 | RM 750 | RM 200 - MAY | |
RM 350 - SEPT | |||
BUJANG | RM 2000 | RM 350 | RM 350 - JAN |
Jom Mohon
Apa lagi kawan-kawan, jom apply di Laman Rasmi eBR1M. Permohonan baru, kemaskini boleh dibuat secara talian atau manual dibuka pada 1 December hingga 31 December 2014.
Kalau klik sekarang tak pergi kemana-kemana pun stay kat page tuh. Pandai LHDN ni, malas pening kepala. So, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Online je sekarang ni. Mudah dan pantas. Jangan server down sudahlah.
“Kementerian berharap mereka yang masih belum membuka akaun supaya berbuat demikian bagi memudahkan pembayaran dilakukan tanpa majlis penyampaian seperti sebelum ini.
“Kita sasarkan kira-kira 7 juta pemohon mendapat manfaat daripada BR1M dan bila sudah ada akaun bank, bayaran RM950 dapat disalurkan kepada mereka dengan lancar,” Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Kalau yang tiada bank akaun tu, boleh lah buka sekarang. Senang nanti tidak payah beratur panjang nak ambil voucher pembayaran. 3 kali beratur tu. Pada yang ada mak ayah, sedara mara di kampung sila war-warkan. Beri juga peringatan tiada pegawai LHDN yang akan datang ke rumah. Penting tu.
No comments:
Post a Comment