ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANWAR PELIWAT..., NURUL IZZAH TERIMA MAAF MAHATHIR !!!

Tuesday, 2 January 2018

ANWAR PELIWAT..., NURUL IZZAH TERIMA MAAF MAHATHIR !!!


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, anak kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menerima permohonan maaf Dr Mahathir Mohamad walaupun Tun Mahathir memenjarakan Anwar Ibrahim atas kes liwat dan salahgunakuasa.
"Saya terima permohonan maaf dan keterlibatan Tun Mahathir dalam usaha menyelamatkan masa depan Malaysi
Tun Mahathir dulu sangat diktator biarlah Najib menjadi diktator terakhir buat Malaysia. Jadikan masa depan, milik kita," kata Nurul Izzah dalam tulisan di akaun Facebooknya.
"Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia, dan kepadaNya jualah kita harus serahkan sebarang penghakiman.
Wan Azizah, Nurul Izzah sebelum ini tidak pernah mahu memaafkan Tun Mahathir atas kekejamannya. Pernah satu ketika apabila ditanya perasaannya bergabung dengan Mahathir, Izzah berkata ia amat sukar namun untuk politik dia dan keluarganya boleh berubah.
"Anda bercakap tentang hampir 20 tahun yang berlalu, bertahun lamanya berulang alik ke penjara untuk melawat ayah saya.
"Tetapi, saya fikir kita harus memahami bahawa anda mungkin membenci lelaki itu kerana tindakannya, kini anda perlu sedari kewujudannya.
Dr Mahathir membuat kejutan dengan memohon maaf  atas semua kesalahan beliau sepanjang menjadi ahli politik semasa berucap di hadapan 1,300 perwakilan dan pemerhati Bersatu di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu di Shah Alam walau bagaimanapun tidak mengkhusus terutama kepada Anwar Ibrahim yang dituduhnya sebagai peliwat.
“Saya, seperti manusia lain tidak mungkin sunyi dari berkata dan melakukan kesalahan bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.
“Saya pohon maaf terhadap apa jua kesalahan saya selama ini,” kata Dr Mahathir.
Bagaimanapun kurang dari beberapa jam Mahathir berkata mohon maaf itu hanya sebagai adat biasa orang Melayu tidak ada apa-apa.
Pemecatan kontroversi Anwar oleh Dr Mahathir pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat terpahat sebagai titik hitam di kalangan penyokong Anwar.



Mahathir pernah mengadakan sidang media ketika pemecatan Anwar dan beliau berkata Anwar seorang tidak bermoral kerana Homoseks dan peliwat.

1 comment: