PENULIS sering kali cuba untuk mengelak dari mengulas kata kata Hadi atau lebih mudah disebut dari menyerang Pas. Walau pun kadang kadang ingin benar penulis menjawabnya. Namun realitinya penulis dan kebanyakan ahli dan penyokong UMNO tidak pun menganggap PAS sebagai musuh utama walau pun terpaksa berhadapan dengan parti bulan itu setiap kali PRU.. . Atas sebab itulah serangan penyokong UMNO terhadap PAS cukup minimun itu pun tidak lebih sebagai serangan balas pemimpin PAS keatas UMNO.
Malah penulis selalu berharap sekiranya UMNO terpaksa kalah, biarlah PAS yg menang, kerana penulis cukup bimbang UMNO kalah PAS juga tak menang menang.
Namun melihat penyokong PAS termasuk pemimpin utamanya begitu bersungguh sungguh berkempen memburukkan UMNO dalam page page politik, seolah olah bukan DAP musuh utama, rasanya sikap defensif penulis terhadap PAS perlu ditamatkan.
Hari ini barulah penulis tahu bahawa PAS sangat berbangga dengan sifat berlawannya malah UMNO pun turut diperlekehkan oleh Haji Hadi hanya kerana kononnya tidak berani berlawan dengan MCA dan MIC
Sebenarnya Tok guru,
UMNO lebih pentingkan kekuasaan Melayu islam dinegara ini secara bijaksana. Mencontohi kerajaan Rasulululah yang membuat perjanjian dengan bukan islam yang dinamakan "perjanjian Madinah", dimana bukan islam diberi hak untuk hidup aman dan jawatan turut diberi didalam kabinet Rasulullah untuk sama sama mentadbir negara. Begitu juga perinsip BN bukan islam diberi hak untuk hidup dinegara ini dengan aman, dengan UMNO menjadi parti paling dominan didalam BN..
Kesemua jawatan penting dipegang oleh pemimpin dari parti UMNO mewakili orang islam bermula dari dari jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, , Menteri Pelajaran, Menteri KKLW, dan satu dua kementerian diberi kepada kaum Cina dan India.
Atas perinsip inilah UMNO mewakili melayu islam dengan rendah hati terus menjadi parti tertua didunia ini kekal menjadi pemerentah bagi negara Malaysia
Ternyata Tahaluf Siyasi ala UMNO jauh lebih berkesan apabila Melayu islam kekal menjadi dominan didalam Barisan Nasional seterusnya kekal menjadi pemerentah selama 60 tahun sejak negara ini merdeka hingga kini.
Kami mengakui PAS memang berani. Sebagai contoh pada PRU
ke 13 yang lalu. Walau begitu ramai ilmuan islam (tidak berpolitik) merayu kepada PAS agar jangan bertahaluf Siyasi dengan DAP dan PKR namun PAS memandang sinis pandangan ilmuan islam bukan dikalangan orang politik PAS tadi.
Malangnya nasihat dan rayuan ilmuan ilmuan islam tadi tidak diendah langsung oleh PAS. Lebih malang ada pemimpin tertinggi PAS menempelak mereka dengan mengatakan usah campur soal politik dan mereka jagalah soal hukum hakam seperti soal Haid dan Nifas, .Satu sindiran memperlekehkan ilmuan tadi.
Walhal mereka bukan calang calang ilmuan islam, ada dikalangan ilmuan islam tadi mufti dan ada yang tersohor didalam bidang masing masing..
Akhirnya PAS begitu gah dengan Tahaluf Siyasinya bersama DAP dan PKR. Penulis beranggapan pada penyokong PAS Tahaluf Siyasi PAS waktu itu menganggap suci dan yang terbaik kerana cukup pantang bagi UMNO menyerang DAP, maka berbondong bondonglah Melayu PAS dan Melayu PKR memaki hamun orang UMNO sekiranya menyerang rakan tahaluf siyasi PAS yang suci murni itu.
Sehinggakan pentadbiran Lim Guan Eng pun digelar pemerentahan Omar Abdul Aziz dan ada pula desas desus entah dari mana puncanya menyebut Lim Guan ingin memeluk islam selepas PRU nanti.
Akhirnya PRU 13 berlalu dan keputusan PRU 13 diketahui. PAS yang bercita cita mengantikan UMNO dalam senario politik negara merupakan parti paling sedikit memenangi kerusi dengan 20 kerusi Parlimen .
Tahaluf siyasi PAS dan sifat berani parti itu akhirnya melahirkan anak sulung DAP yang pertama iaitu PAN dengan 6 kerusi dimiliki PAS diambil pemimpin yang belot untuk tubuhkan PAN.
Sikap berani PAS juga menjadikan parti tersohor PAS tinggal 14 kerusi parlimen sahaja dengan "anak tidak sah taraf" iaitu PAN kini menjadi musuh utama PAS telah menyerang PAS seperti UMNO sebelum ini.
Untuk Hadi yang mendakwa UMNO penakut untuk berlawan dengan MCA dan MIC, penulis mengakui pemimpin UMNO tidak meletakkan keberaniaan perkara utama, sebaliknya kebijaksanaan dengan tidak memperjudikan nasib melayu islam dinegara ini.. Walau pun dari segi berpakaian diakaui PAS lebih islamik dengan serban dan jubah meleret leret ditanah. .
Pada penulis untuk sedekad dua ini, satu satunya parti yang mampu mewakili orang islam dinegara ini ialah UMNO, kerana berdasarkan prestasi semasa. PAS dilihat masih tidak mampu untuk diyakini prestasinya dan penulis yakin UMNO perlu bertindak bijaksana kerana sekiranya UMNO tewas berdasarkan keadaan terkini PAS juga tidak akan menang.
Sehubungan itu UMNO selaku parti tunjang didalam Barisan Nasional tidak boleh bertindak sepertimana PAS. Berperang dengan kawan dan lawan.
Berdasarkan hasutan Tok guru Haji Hadi, sekiranya UMNO mengikuti cara PAS. Keadaan UMNO akan berlaku seperti mana keadaan PAS kini, selepas hampir 60 tahun berjuang. PAS tidak ubah. Menang sorak kampung tergadai.
Dengan 60 tahun pengalaman selaku pemerentah bagi negara ini kata kata Hj Hadi kepada UMNO selaku parti tunjang didalam Barisan Nasional yang mencipta sejarah sebagai parti tertua didunia kekal menjadi parti pemerentah disesebuah negara, kata kata Hadi tidak ubah seperti mengajar itek berenang.
Ini kah politik matang ala Hadi?
Meminjam kata kata sahabat penulis YB Senator Dato Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki lebih 10 tahun dahulu, ketika dia mengunjungi rumah penulis dan kami santai berbincang tentang masa depan politik negara dalam skop orang islam yg merupakan satu petikan dalam bahasa Arab yg beliau terjermahkan dan penulis tujukan kepada PAS terutama Presidennya Hadi Awang:
" Jangan tergesa gesa untuk mendapatkan sesuatu ketika belum masanya, kerana kita akan dihukum dengan tidak mendapatkannya"
Tulisan
Rozmi Mokhtar
No comments:
Post a Comment