ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "LIDAH BERCABANG" !!!

Sunday, 14 January 2018

"LIDAH BERCABANG" !!!

Perumpamaan Melayu ini bermaksud orang yang tidak boleh dipercayai kerana percakapannya berdolak-dalik dan berubah.

Contoh termudah sekarang ialah Tragedi Memali.

Dulu ketika pemimpin PAN berada di dalam PAS, merekalah kononnya jaguh dan wira mempertahankan nasib mangsa Memali yang dizalimi pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir. 

Mat Sabu dalam satu Ceramah Perdana Keadilan Untukmu Memali yang bertarikh 23 Mei 2014 ada menyebut;
"Peristiwa Memali kita sebut dan kita ulang kerana ia suatu peristiwa paling pahit dalam sejarah selepas merdeka seperti juga di peringkat antarabangsa peristiwa Holocaust yang terus disebut sampai ke hari ini. " 

Kini, pada tahun 2017 apabila PAS menuntut Kerajaan menubuhkan Siasatan Diraja bagi menyiasat semula Tragedi Memali, sekalian pemimpin PAN tampil menjadi jaguh dan hulubalang mempertahankan Tun Dr Mahathir pula.

Presiden PAN kata terserah kepada Tun Dr Mahathir  samada hendak memohon maaf atau pun tidak. 

Timbalan Presiden PAN pula menuduh PAS mempolitikkan Memali untuk serang Tun Dr Mahathir.

Naib Presiden PAN yang berkuasa 10 pula berkata ini bukan masa bincang sejarah lama. 

Wah, hebat sungguh pemimpin lidah bercabang sebegini berpolitik.

Dulu, bersungguh mengecam Tun Dr Mahathir kini, berubah menjadi pembela Tun Dr Mahathir. 

Kalaulah sebegini sifir politiknya, PM Najib tidak perlu risau seandainya suatu hari nanti Kerajaan mahu tubuhkan Siasatan Diraja bagi menyiasat 1 MDB ketika PM Najib sudah bersara. Hal ini kerana sekalian pemimpin Pakatan Harapan pasti akan membelanya dengan syarat PM Najib sedia bersama PH.

No comments:

Post a Comment