ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GUAN ENG TERJERAT DENGAN BERITA PALSU

Friday, 5 January 2018

GUAN ENG TERJERAT DENGAN BERITA PALSU

Apa sahaja yang terlintas depan mata kalau dah benci tanpa usul periksa akan dicekup dijadikan bahan untuk melanyak dan memburukkan musuh. Bagi yang tiada pertimbangan dosa pahala mendakap pula fahaman "matlamat menghalalkan cara" ianya biasa dan tiada masalah.

Lim Guan Eng berstatus YAB Ketua Menteri. Punya pegawai dan kakitangan serta penasihat dikeliling kelalangnya. Sepatutnya beliau lebih cermat dan berhati-hati bila keluarkan kenyataan. Namun dalam kes ini tidak.

Kemarahan dan kebencian terhadap PAS membara dalam jiwa dan pemikirannya. Sumber TV3 dan NST tanpa disahkan terus dijadikan nas untuk memburuk dan membelasah PAS dan Tuan Guru Presiden PAS.

Tuan Guru tidak pernah menyebut PM dan kabinet Malaysia mesti Muslim semuanya. Yang dketengahkan Tuan Guru tentang kewajiban PM itu seorang Muslim.

Bagi Guan Eng laporan TV3 dan NST peluang terbuka iuntuk memomokkan PAS di mata rakyat khasnya yang bukan Islam. Inilah peluang mencantas Presiden PAS.

Malangnya TV3 dan NST telah salah petik kenyataan Tuan Guru dan ternyata Ketua Menteri dan Setiauaaha Agung DAP telah menganjingkan diri terjerat dengan berita palsu.

Guan Eng dan DAP penipu dan penghasut sedang mereka tahu mustahil pendirian PAS begitu.

Kesimpulannya berhati-hatilah rakyat Malaysia dengan pemimpin dan parti yang jahat seumpama ini. Selamatkan Malaysia dari mereka yang lapar kuasa dan sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa.

No comments:

Post a Comment