KOTA BARU: Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu. {Artikel Berkaitan}
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi Selasa di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.
Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula pada Rabu, katanya yang ditemui pemberita di luar mahkamah majistret, di sini, Rabu.
"Polis pada hari ini (Rabu) telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh," katanya.
Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap kesemua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu Khamis.
Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut, katanya.
Sementara itu, Azham tidak menolak kemungkinan remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diliwat.
Katanya, polis turut akan meneliti laporan perubatan mangsa bagi membantu siasatan.
"Kami menjangkakan kes itu ditutup dalam masa terdekat kerana suspek berusia diantara 20 hingga 30 tahun dipercayai berasal dari kampung yang sama.
"Kami juga tidak menolak kemungkinan remaja perempuan itu turut diliwat.
"Polis mempunyai alasan untuk percaya bahawa hampir kesemua suspek berada pada pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu," katanya.
Menurut Azham, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
MStar
No comments:
Post a Comment