Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memperlekeh, menghina serta menjadikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik adalah biadap.
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah, berkata ia juga menunjukkan kecetekan akal pemimpin pembangkang yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini.
"Perbuatan kurang ajar Mahfuz yang membandingkan Sultan Ahmad Shah dengan pemimpin pakatan pembangkang, Tun Dr Mahathir adalah perbuatan bodoh, tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli politik berumur seperti beliau yang sepatutnya lebih faham akan sistem perundangan dan sistem beraja negara.
"Walaupun kita sedia maklum bahawa pemimpin pakatan pembangkang tidak pernah berhenti bermain politik sehingga sering membabitkan sultan yang juga lambang Raja Berpelembagaan negara, tindakan Mahfuz yang keterlaluan sehingga memalukan dan mempolitikkan keadaan kesihatan Sultan Ahmad Shah sudah melampaui batas seorang ahli politik.
"Beliau adalah seorang Ahli Parlimen, beliau masih tertakluk di bawah undang-undang apabila berceramah di hadapan orang awam," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Beliau mengulas klip video ceramah Mahfuz yang kini viral menerusi WhatsApp. Dalam klip itu, Mahfuz mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri oleh pakatan pembangkang dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal sebagai Sultan Pahang walaupun sedang gering.
Shahar berkata, Pemuda UMNO Pahang menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan
No comments:
Post a Comment