ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: USTAZ KAZIM DIKEJARKAN KE HOSPITAL KERANA SERANGAN JANTUNG KETIKA CERAMAH DI KELANTAN

Friday 19 February 2016

USTAZ KAZIM DIKEJARKAN KE HOSPITAL KERANA SERANGAN JANTUNG KETIKA CERAMAH DI KELANTAN


BACHOK: Penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias mengadu sakit dada ketika berceramah di Gunong, di sini, sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kazim yang tiba di Kelantan petang tadi dari Terengganu, dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus, berkata sebaik naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan ceramah kerana sakit dada.

“Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan segera.

“Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM,” katanya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak menghampakan orang ramai.

Nik Ruslan berkata, keadaan Ustaz Kazim ketika tiba tadi sudah nampak kurang sihat dan wajahnya pucat, namun masih mahu meneruskan ceramah.

“Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk berjumpa dengan penduduk di Bachok,” katanya.

Ustaz Kazim Diserang Serangan Jantung Ketika Ceramah Di Kelantan

Sementara itu pembantu peribadinya, Annuar Mat Taib ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata ustaz Kazzim masih mendapatkan rawatan di hospital Universiti Kubang Kerian.

“Mohon semua untuk sama-sama mendoakan keadaan uztaz, beliau masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Setakat ini keadaan beliau dilaporkan agak stabil sebarang perkembangan akan saya maklumat” katanya ringkas kepada SuaraTV sebentar tadi.
SuaraTV

No comments:

Post a Comment