ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: @PDRMsia MULAKAN SIASATAN KE ATAS TUN MAHATHIR - KPN

Monday 15 February 2016

@PDRMsia MULAKAN SIASATAN KE ATAS TUN MAHATHIR - KPN


Polis akan memulakan siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan kandungan blognya yang dilaporkan mempunyai unsur fitnah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya telah menerima beberapa laporan polis yang dibuat sejak beberapa hari lalu, yang meminta siasatan dijalankan.

"Ya, kita akui ada menerima laporan polis yang dibuat sejak semalam dan dua hari lalu.

"Setiap tindakan perlu mengikut prosedur. Jika benar ada kes fitnah, kita akan serah kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu, Datuk Abdul Ghafar Rajab, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, pagi tadi.

Tun Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc , 5 Februari lalu, mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.
AstroAwani

No comments:

Post a Comment