ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AMANAH LANTIK NAIB PRESIDEN, TOKOH PROFESIONAL BAHARU

Monday, 15 February 2016

AMANAH LANTIK NAIB PRESIDEN, TOKOH PROFESIONAL BAHARU


KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Hasan Bahrom hari ini dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu susulan penyertaan beliau dan lima tokoh profesional lain ke dalam parti Islam itu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir sambil menyifatkan penyertaan golongan profesional ke dalam parti itu merupakan gelombang kedua selepas penghijrahan beramai-ramai bekas pemimpin Pas pada awal penubuhannya sejak 31 Ogos tahun lalu.

“Sejak pelancaran Amanah pada 16 September tahun lalu, pelbagai golongan termasuk golongan anak muda, lelaki dan perempuan berebut-rebut menyertai parti ini, masuk tahun ini, semakin ramai golongan menyatakan minat mereka untuk bersama-sama membentuk parti ini termasuk golongan cerdik pandai.

“Penyertaan golongan profesional ini merupakan gelombang kedua dan ini membuktikan Amanah semakin diterima oleh masyarakat pelbagai golongan,” katanya pada sidang media, di Wisma Amanah, di sini, hari ini.

Selain Hasan, lima lagi tokoh profesional yang menyertai Amanah pada hari ini, antaranya bekas pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Industri dan pembuatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Hamidon Musa; bekas pensyarah di Jabatan Matematik, UTM; Dr Ali Rahman; bekas Timbalan Pengarah dan Felo Penyelidik  Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTM, Dr Sulaiman Mohd Nor; bekas Pegawai Tadbir Diplomatik, Mohd Yusop Hasan dan bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Shah Alam, Dr. Ahmad Zaki Abdul Latiff.

Dalam sidang media sama, Anuar turut melancarkan keahlian Amanah secara online berkuatkuasa serta-merta dengan melayari laman sesawang di http://amanah.org.my atau di talian 03-62421511.

Anuar berkata, keahlian Amanah itu terbuka kepada semua pihak yang berumur 17 tahun ke atas.
SH

No comments:

Post a Comment