ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PM, TPM ANTARA KENAMAAN ZIARAH JENAZAH DATO' FUAD TAN SRI HASSAN AZAHARI

Monday, 8 December 2014

PM, TPM ANTARA KENAMAAN ZIARAH JENAZAH DATO' FUAD TAN SRI HASSAN AZAHARI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin antara kenamaan yang menziarahi jenazah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan di rumah keluarganya di Ampang Jaya pagi tadi.

Ayah Datuk Fuad, Qari terkenal Tan Sri Hassan Azahari menyambut kedua-dua pemimpin negara tersebut.

Turut kelihatan adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Chik, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di JPM, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi SPAD Datuk Seri Hamid Albar, Pengerusi UIAM Datuk Seri Utama Rais Yatim bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan ramai lagi.


Allahyarham, pernah memegang pelbagai jawatan dalam Pemuda Umno Selangor dan Pemuda Umno Malaysia serta merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang (BN) selama dua penggal dari 1990-1999.

Allahyarham dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Jasa pada 2009.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Bukit Teratai, Ampang, selepas zohor hari ini.
PERGINYA SEORANG ANAK MELAYU YANG SAYANGKAN
AGAMA, BANGSA & TANAHAIR

TRIBUTE BUAT FUAD HASSAN

Fuad bin Hassan Azahari
Anak seorang ahlul quran, guru segala qari
Tertanam nur alquran  dalam empunya diri
Di zaman muda bangkit dia membela  pertiwi
Ketika remaja lainnya mabuk tari menari

Ketika teman sebaya berkereta dan berjas lawa
Dia melempar ijazah membuka sekolah swasta
Menolong anak Melayu tercicir tidak terbela
Meski terpaksa bersarapan jam dua
Di warung sekolah yang di dirinya, Yayasan Anda

Fuad Hasan mungkin tidak terkenal 
Sepertinya Anwar ibrahim teman seperjuangan asal
Namun sumbangannya jangan dipersoal
Kerna kita sendiri pun belum tentu dapat kekal
Dapat Terus berjuang sepertinya sampai ajal
Warga PKPIM mustahil tidak tahu,

Fuad Hasanlah penghulu mereka sewaktu waktu
Ke hulu ke hilir membuang waktu
Tanpa meminta  upah, tiada diberi wang saku
Tetap tegar berjuang tidak sekadar guru
Membela generasi pelajar agar maju
Mengerah anak muda bangkit bersatu
Memurni peribadi umat, hidup harus berilmu

Pendokong ABIM mustahil lupa,
Fuad Hasanlah sekretaris mereka 
Mengilik fail merata rata
Menyiap laporan membentang kertas kerja
Menghantar ABIM ke persada dunia
Bekerja dia dan terus dia bekerja 
Tak tahu mana yang ABIM mana Yayasan Anda
Semua kerja di pulun belaka 
Kerna cintanya mendakwah Agama
Memertabat  bangsa mengharumkan negara

Warga MBM tentu masih ingat
Betapa Fuad Hasan menumpahkan keringat
Mengemudi gerakan belia agar bersemangat
Berpidato berhujjah berdialog hangat
Memprotes kezaliman di seantero tempat
Dengan hasrat dan cita cita tersemat
Martabat insan harus diangkat
Misi keadilan harusnya misi keramat
Generasi muda mesti  di angkat darjat
Jangan dibiar pemimpin belia kepala berulat
Kerna nantinya  umat akan tersesat
Minda terjajah hidup melarat.

Fuad Hasan adalah pejuang masyarakat
Di gelanggang  politik terus berkhidmat 
Tak kiralah wadah apa yang dia minat
Bukankah tampak dia terus berbuat
Membawa kebaikan mendatangkan manfaat
Usahlah diungkit caranya yang kita tak minat
Kerna kita pun bukanlah sempurna amat

Fuad Hasan sejak dulu memang Perkasa
Nampak macam sombong, tapi sangat berbahasa
Tiada lain dalam dirinya selain menumpah jasa
Pada agamanya , negaranya dan bangsa bangsa
Kerrna itulah ...
Dia disayangi Tuhan Yang Maha Esa
Memanggilnya pulang tepat masa
Ketika dia menjadi khalifah qabilah BerJASA

Zulldaud
Kajang
8 Disember 2014

No comments:

Post a Comment