ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: APAKAH HUKUM DUDUK BERTONGKATKAN TANGAN KE BELAKANG ???

Monday 15 December 2014

APAKAH HUKUM DUDUK BERTONGKATKAN TANGAN KE BELAKANG ???


Ramai yang bertanya hukum duduk bertongkatkan tangan ke belakang setelah ramai yang berkongsi status ini di fb.

Dalam hadis ini menyatakan yang dilarang itu apabila seseorang menongkatkan tangan kirinya sahaja dibelakang dan ia merupakan cara duduk golongan yang dimurkai Allah iaitu Yahudi dan umumnya semua orang kafir dan sebagainya.
قال الشريد بن السويد : مر بي رسول الله صلى الله
عليه وسلم وأنا جالس هكذا وقد وضعت يدي اليسرى خلف ظهري واتكأت على ألية يدي فقال لي : "أتقعد قِعْدة المغضوب عليهم " رواه أبو داود .

Kata al syarid bin al suwaid: Rasulullah melintasi sedang aku duduk begini dia letakkan tangan kirinya belakang dan bertongkat dengannya maka Rasulullah s.a.w. Berkata: adakah engkau duduk dengan duduknya mereka yang dimurkai.

Hadis ini disahihkan oleh para imam seperti al hakim dan al zahabi, al Nawawi, Al Albani.

Hadis ini jelas membawa hukum haram walaupun ada sebahagian ulamak seolah-olahnya cenderung kepada hukum Makruh.

Tetapi yang diharamkan itu apabila bertongkat dengan tangan kiri ke belakang sama ada dalam solat atau diluar solat. Maka sesiapa yang nak duduk seperti itu hendaklah dia bertongkat sama ada dengan tangan kanannya sahaja atau kedua dua tangannya di belakang. Inilah pandangan yang diutarakan oleh Imam Ibn Baz, Ibn Utsaimin, dan selainnya.

Wallahu a'lam

Sumber: Link

No comments:

Post a Comment