ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUJAN LEBAT 7 HARI MELANDA PANTAI TIMUR

Sunday 28 December 2014

HUJAN LEBAT 7 HARI MELANDA PANTAI TIMUR


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) meramalkan hujan lebat beserta tiupan angin kencang di beberapa negeri terutama pantai timur dan timur Johor bermula esok sehingga 2 Januari depan.
Berikutan itu, keadaan banjir di beberapa negeri seluruh negara terutama Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka bertambah buruk selepas menerima taburan hujan luar biasa bagi tempoh berkenaan.
Ketua Pengarah JMM Datuk Che Gayah Ismail berkata, pihaknya mengeluarkan satu nasihat hujan lebat peringkat kuning yang bermula 28 Disember sehingga 2 Januari depan.
“Bagi tempoh itu, taburan hujan di beberapa negeri terutama di pantai timur menerima jumlah hujan luar biasa berbanding kebiasaannya dan ia memburukkan keadaan banjir.
“Negeri lain terjejas dengan keadaan itu termasuk Perlis, Kedah, Perak Utara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Che Gayah menasihatkan semua penduduk yang terjejas akibat banjir bersiap sedia kerana keadaan mungkin tambah kritikal minggu depan.
Katanya, cuaca beransur pulih awal Januari depan selepas melalui fasa hujan lebat yang berlaku pada 2 Januari ini.
“Semua negeri dilanda banjir sudah tepu dan dilimpahi air,” katanya.
hmetro


No comments:

Post a Comment