ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEGUAM MAUT REMPUH LORI

Saturday 20 December 2014

PEGUAM MAUT REMPUH LORI


Johor Bahru: Seorang peguam maut dalam kemalangan membabitkan kereta dipandunya dengan sebuah lori di Kilometer 12, Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat sini, pagi kelmarin.

Mangsa, Norisah Abu Aman, 59, berasal dari Senai, di sini, maut selepas kereta Proton Gen2 yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan kira-kira jam 10.15 pagi.

Menurut jurucakap polis, kemalangan itu dipercayai berpunca apabila mangsa yang datang dari arah Kota Tinggi menuju ke Kulaijaya, gagal mengawal kenderaannya sebelum memasuki laluan bertentangan.

Katanya, sebuah lori yang datang dari arah Kulaijaya ketika itu berada di laluannya sebelum kereta mangsa melanggar bahagian hadapan kenderaan terbabit.

“Mangsa yang memandu seorang diri maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori mengalami kecederaan ringan dan kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulaijaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Tan Moh Chuan turut mengesahkan insiden kemalangan maut itu.
hmetro

No comments:

Post a Comment