Sumber FB BNBBC memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan cuti di luar negara dan akan terus ke Kelantan sebaik tiba di tanah air.
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada PM Najib atas rasa prihatin beliau terhadap bencana yang menimpa negara.
Dalam perkembangan terbaru pagi ini, TPM Muhyiddin telah tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, sebentar tadi bagi meninjau keadaan banjir di Kelantan.
No comments:
Post a Comment